Dalam surah al-ahqaf ayat 15 Allah
berfirman:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ
أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ
أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى
وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Kami
perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibubapanya,
ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah
(pula). mengandungnya sampai menyusuinya dalam tempoh tiga puluh bulan,
sehingga apabila dia dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa:
"Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Telah Engkau
berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang soleh
yang Engkau redai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada
anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku
termasuk orang-orang yang berserah diri".
Perbanyakkan
doa ini terutamanya bagi yang dah sampai 40 tahun.
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ
الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا
تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ
الْمُسْلِمِينَ
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat
Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku
dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku
dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada
Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."
Doa ini juga elok diamalkan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ،
وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ والْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ،
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا َالْمَمَاتِ
Ya Allah! aku
berlindung dengan engkau daripada sikap lemah dan malas, daripada sikap
pengecut dan nyanyuk tua, daripada sikap bakhil kedekut. YA Allah aku
berlindung denganmu daripada azab kubur dan ujian hidup dan mati.
Suatu ketika seorang sahabat datang jumpa nabi dan bagitahu
bahawa dia dengar nabi berdoa berbagai doa sehingga dia tak mampu untuk menghafaz
semuanya. Nabi bagi doa ini yang merangkumi semua bentuk permohonan nabi.
Bagi kita yang yang tak larat dah nak belajar dan hafaz
pelbagai doa yang nabi baca maka inilah doa yang merangkumi semuanya:
اللَّهُمَّ
إني أسألُكَ مِنْ خَيْرٍ ما سألَكَ منْهُ نَبِيُّكَ
مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما اسْتَعاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ
مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وأنْتَ المُسْتَعانُ وَعَلَيْكَ
البَلاغُ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ باللَّهِ"
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon
kepada-Mu segala kebaikan apa yang dipohonkan oleh Nabi-Mu Muhammad sallallahu
alaihi wasallam dan kami berlindung daripada kejahatan apa yang dipohon
perlindungannya oleh Nabi-Mu Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Engkaulah
tempat meminta pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan hajat, tiada daya
dan upaya kecuali dengan (kekuasaan) Allah.”
Selamat
berdoa semoga Allah terima!
1 comments:
Aminnn..alhamdulillah
Post a Comment