"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Showing posts with label al-fawaid. Show all posts
Showing posts with label al-fawaid. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Peringkat taqwa

Taqwa terdiri daripada tiga peringkat, pertama menjauhkan hati dan anggota badan daripada perbuatan dosa dan maksiat. Kedua menjauhkan hati dan anggota badan daripada perkara yang makruh. Ketiga menjauhkan hati daripada perkara yang tidak berfaedah.

Peringkat pertama memberikan kehidupan kepada hamba, peringkat kedua memberikan kesihatan dan kekuatan, manakala peringkat ketiga memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada hamba.

Mafhum hadis nabi SAW: “Di antara tanda kebaikan seseorang muslim ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah kepadanya”

Syair:

غموض الحق حين تذب عنه * يقلل ناصر الخصم المحق

ضل عن الدقيق فهوم قوم * فتقضي للمجلّ على المدقّ

بالله أبلغ ما أسعى وأدركه * لا بي ولا بشفيع لي من الناس

إذا أيست وكاد اليأس يقطعني * جاء الرجاء مسرعا من جانب اليأس

Jika kamu membela kebenara * Maka sedikitlah pembela musuh

Fikiran khlayak jauh daripada gandum * Sehingga membawa yang jelas di atas yang samar

Dengan Allah aku mencapai apa yang aku capai* Bukan dengan diriku ataupun bantuan orang

Jika aku berputus asa sehingga ianya hampir-hampir memutuskan aku * Dengan segera harapan datang menggantikan putus asa.

Sunday, March 27, 2011

Dua Perkara Yang Berlawanan Tidak Boleh Bersatu

نزه فؤادك من سوانا تلقنا#
فجنابنا حل لكل منزه
Bersihkan hatimu daripada selain-Ku
yang bersih boleh dekat denganku

Hati yang sibuk mencintai selain Allah dan mengikuti kehendak-Nya tidak mungkin untuk mencintai dan merindui-Nya serta ingin bertemu dengan-Nya. Lidah tidak akan berzikir untuk menyebut-Nya dan anggota badan tidak akan sudi tunduk beribadat kepada-Nya kecuali jika lidah dan anggota badan itu dikosongkan daripada mengingat dan mengabdi kepada selain-Nya.

Firman Allah mahumnya:

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".