1.
Demi masa.
3.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan saling nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi
kesabaran.
Ar- Razi dalam tafsirnya bagitahu bahawa ruginya seseorang yang mana modalnya
mencair macam air batu. Dia faham surah al-asr dengan melihat seorang
menjual air batu lalu depan dia. Al-Imam
as-Syafie bagitahu bahawa memadailah seseorang yang memahami betul-betul surah
ini untuk dia dapat petunjuk jadi orang baik.
Paling
takut kita rugi macam air batu cair tadi. Di akhirat bawa banyak karung amal
ibadat tapi tak lekat, jatuh tengah jalan. Kita tak mahulah amalan kita di
dunia sia-sia. Antara perkara yang menyebabkan amalan kita mencair ialah sebab
hasad. Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه
وسلم bagitahu bahawa hasad itu memakan amalan
kebaikan sepertimana api memakan kayu. Rugi. Maka apa untungnya kita berhasad
dengki?
Dalam
kitab Riyadhus Solihin, al- Imam an-Nawawi bawa satu hadis daripada Sohih Muslim,
cerita tentang orang muflis. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para
sahabat menjawab: "Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang
mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sebenarnya
orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat
datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di
dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta
dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.
Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima
pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan
kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih
banyak, maka Allah akan memberi pula
dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu
Allah campakkan dia ke dalam neraka.”
Kita berdoa agar modal amalan kita tidak mencair macam air
batu cair. Alangkah ruginya kita. Makanya kita kena banyak belajar supaya kita
tahu. Bila tahu kita amal mengikut neraca yang sebenar. Mudah-mudah Allah
terima . Amin.
0 comments:
Post a Comment