Firman Allah dalam surah
al-baqarah ayat 187; “Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah
pakaian bagi mereka. Ibnu Abbas bagitahu maksudnya ialah mereka adalah pemberi
ketenangan kepada kamu dan kamu pemberi ketenangan kepada mereka. Rabi’ bin
Anas bagitahu maknanya ialah isteri itu selimut bagi kamu dan kamu selimut bagi
mereka.
Lelaki memerlukan wanita, wanita
memerlukan lelaki. Lelaki dan wanita diibaraktkan seperti pakaian yang mana
pakaian ini diperlukan samada lelaki atawa wanita. Kita memerlukan pakaian.
Dengan pakain kita nampak cantik dan bergaya. Nak keluar rumah tak boleh
bertelanjang. Antara faedah pakaian ialah untuk berlindung daipada sejuk atawa
panas. Nabi semasa nak pakai pakaian baginda berdoa:
"اللَّهُمَّ
إني أسألُكَ منْ خَيْرِهِ وَخَيْر ما هُوَلَهُ، وأعُوذُ بِكَ مِنْ
شَرّهِ وَشَرّ ما هُوَ لَه"
Ya
Allah, ku pohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan yang dibawanya dan aku
berlindung kepada-Mu keburukannya dan keburukan yang dibawanya. –
Maksud kebaikan antara lain ialah untuk menutup aurat, jaga diri daripada panas
dan sejuk dan yang paling penting untuk ibadat.
Pakaian menutup aurat kita.
Oleh itu tidak dapat tidak kita kena berpakaian. Bila Allah kata pasangan kita
adalah pakaian kita, maknanya ia sangat
rapat dengan kehidupan kita. Pasangan kita melengkapkan kekurangan hidup kita. Menjadi
sebahagian daripada kita. Oleh itu, pasangan kita sepatutnya mencantikkan
akhlak kita, memelihara kita daripada perkara yang buruk.
Pakaian menutup kekurangan
dan keburukan tubuh badan kita. Ada kudis ada parut dan sesuatu yang mengaibkan
kita tidak dapat dilihat manusia. Begitu juga suami isteri sepatutnya menjaga
nama baik pasangan masing-masing. Para isteri jangan ikut geng borak yang apabila mereka bersama-sama dengan
kawan-kawan mereka berborak, mereka menceritakan keaiban suami masing-masing.
Ingat, hadis nabi berkenaan dengan wanita masuk neraka sebab kufur terhadap
kebaikan yang dibuat suami, seolah olah suami tak pernah buat kebaikan
sedikitpun.
Sabda
Rasulullah SAW : “Aku diperlihatkan neraka, kebanyakan penghuninya adalah
wanita, disebabkan mereka kufur“. Lalu sahabt bertanya: “Apakah mereka kufur
kepada Allah?” Baginda jawab: “Mereka kufur kepada suami, kufur terhadap
kebaikan. Seandainya kamu berbuat baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang
masa, lalu dia melihat satu saja keburukan darimu maka dia akan berkata: ‘Aku
belum pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu“ (HR : Bukhari dan Muslim).
Begitu juga dengan suami,
tidak boleh buka aib isteri. Macamana kalau ada orang sebut bahawa baju yang
kita pakai itu buruk, apa kita akan rasa? Marah. Sebab itulah kita keluar berpakaian
cantik lagi bergaya, lendik berseterika kerana nak jaga imej kita. Begitulah
juga pasangan kita, mereka adalah imej kita sebenarnya.
Antara beza manusia dengan
binatang ialah manusia memerlukan pakaian manakala binatang tak memerlukan
pakaian, Manusia tidak boleh hidup tanpa pakaian. Justeru, seorang manusia
memerlukan pasangan hidup. Jangan kata kita boleh hidup sendiri. Ada orang
hidup tak mahu kahwin. Itu tak betul tu. Inilah keindahan Islam kerana Islam
meletakkan perkahwinan sebagai satu keperluan dalam agama. Tidak seperti agama
lain seperti paderi Kristian, tidak berkahwin. Kasihan!
Pakaian kita dijaga sokmo
supaya tahan lama, begitulah juga, kita kena pandai menjaga pasangan kita.
Supaya pakaian itu tahan lama, kita kena tahu cara nak jaga pakaian itu. Pasangan
kita pun begitu juga. Untuk kekal lama berpasangan, kita kena jaga perhubungan
itu. Seperti juga kita kena pandai memilih pakaian kita sebelum kita pakai,
kita juga kena pandai memilih pasangan yang sesuai untuk kita sebelum kita
kahwini mereka.
Musim cuti sekolah ini, ramai
orang buat kenduri kahwin. Bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan,
diucapkan:
بــارك الله
لكمــا .. وبارك عليكمــا .. وجمع بينكما في خير
0 comments:
Post a Comment