"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, June 30, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 13: Ramadan dan Pengurusan Masa




Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu



Masa adalah suatu yang amat bernilai bagi manusia. Orang ada mengatakan bahawa masa itu emas. Sebenarnya ia bukan emas. Ianya lebih bernilai daripada emas. Apa pandangan kita jika kita lihat seseorang membuang begitu saja ketul-ketul emas? Pastinya kita mengatakan bahawa orang ini kurang waras.

Ironinya ramai orang membuang masa begitu saja tanpa membuat perkara yang berfaedah. Padahal masa itu amat berharga. Amat berharga. Banyak dalam quran Allah menggunakan objek yang berkaitan dengan masa.
وَالْعَصْرِ
Berkaitan dengan masa
وَالْفَجْرِ
Berkaitan dengan masa
وَالضُّحَى
Berkaitan dengan masa. Dan banyak lagi ayat dalam quran menceritakan tentang masa.
Jika kita tanya seseorang berapa tahunkah kamu mahu hidup?
A.100 tahun
B.200 tahun
C. 300 tahun

Dia akan jawab jawapan yang tiada dalam pilihan. Dia nak hidup selamanya, seribu tahun atau lebih. Namu begitu hakikatnya manusia akan mati.

Umur umat nabi Muhammad  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pendek-pendek. Umur umat nabi terdahulu panjag. Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun. Nabi Musa lebih 400 tahun. Melihat keadaan umur umat nabi Muhammad  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ maka baginda meminta kepada Allah agar dikurniakan kepada umat ini kelebihan yang boleh menyamai umat nabi terdahulu.

Maka Allah telah menganugerahkan kepada kita lailatul qadr. Beridat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan, Lebih kurang 83 tahun tiga bulan. Bayangkan jika kita dapat beribadat pada malam al-qadr ini sebanyak sepuluh kali. Bukankah ianya lebih baik daripada 833 tahun?
Amat rugi bagi mereka yang mengsia-siakannya. Hidup di dunia ni tak lama mana.
وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu menurut perhitunganmu. (al-hajj:47)

Jesteru kita mesti manfaatkan waktu hidup ini dengan sebaiknya. Dalam satu hadis

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ : عَنْ عُمُرِهِ ، فِيمَ أَفْنَاهُ ؟ وعَنْ شَبَابِهِ ، فِيمَ أَبْلَاهُ ؟ وَعَنْ مَالِهِ ، مِنْ أَيْنَ ؟ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ ؟ وَعَنْ عِلْمِهِ ، مَاذَا عَمِلَ فِيهِ ؟ "

Tidak berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehinggalah ditanya akan empat perkara: umurnya ke mana dihabiskannya, waktu mudanya bagaimana diisinya, hartanya dari mana dia miliki dan bagaimana dia belanjakannya, ilmunya apakah dia amalkannya.

Manusia apabila mencapai umur 40 tahun adalah umur yang sudah matang. Sepatutnya umur begitu sudah cukup untuk dia membetulkan halatuju kehidupannya.

حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

sehingga apabila dia Telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang Telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Dalam surah al-ahqaf ayat 15 ini jika kita perhatikan ayat ini amat mendalam maknanya dan amat bagus doa ini jika kita membacanya. Sepatutnya umur 40 sudah cukup matang untuk kita menilai kehidupan. Malangnya ada juga orang umur 60 masih belum matang. Masih belum menghargai erti kehidupan. Manusia apabila mati dia merasakan kehidupan di dunia amat sebentar
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا
Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) sepetang atau sepagi hari].

Semoga kita diberi taufiq oleh Allah untuk menguruskan masa dengan efisen. Masa yang ada ini janganlah kita bazirkan. Ingat isyarat Allah kepada kita dengan gigi yang sudah gugur, mata yang sudah kabur, urat yang sudah kendur, selera yang sudah luntur, selalu jumpa doktor, bila jasad terkujur, Itu tandanya kita sudah dekat dengan kubur.

0 comments:

Post a Comment