Ramadan: Jangan
Persiakan Peluang Keemasan
Disampaikan oleh:
al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid
Mukim Padang Bongor, Kota Bharu
Dalam satu hadis yang terdapat dalam Sahih
Ibnu Hibban, juga terdapat dalam at-targhib wat tarhib,
Daripada Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik
ke atas mimbar, kemudian beliau berkata :
"Amin..amin. .amin..". Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda:
"Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah gerangan?)" Kemudian Rasulullah memberikan keterangan sebabnya:
"Amin..amin. .amin..". Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda:
"Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah gerangan?)" Kemudian Rasulullah memberikan keterangan sebabnya:
"Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan, kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadhan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah:Amin" Kemudian aku meng aminkannya. "Dan barang siapa yang mendapatkan orang tuanya, atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara, kemudian dia tak mau berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :Amin" "Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan selawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (amin), maka aku katakan "Amin"
Kesimpulan yang kita nak ambil ialah
Ramadan yang datang ini janganlah kita lepaskan peluang untuk mendapat
pengampunan tuhan. Bagaimana seseorang tidak mendapat Pengampunan? Mungkin dia
tidak berpuasa kerana jika dia berpuasa maka dosanya akan diampunkan.
من صام رمضان
إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan penuh
keiman dan pengharapan, dosanya yang lalu diampunkan.
Mungkin juga dia berpuasa tapi puasanya
tertolak. Amat rugi jika kita melalui Ramadan tapi masih lagi leka sehingga tak
berjaya meraih kejayaan. Sepatutnya kita rebut peluang Ramadan ini untuk
mendekatkan diri dengan amalan soleh.
Dalam surah Faatir ayat 37, dekat-dekat
akhir surah, Allah menceritakan rintihan ahli neraka. Firman Allah:
وَهُمْ
يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي
كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ
وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ
Dan mereka berteriak di dalam neraka itu
: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal
yang saleh berlainan dengan yang Telah kami kerjakan". dan apakah kami
tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang
mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah
(azab kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
Kita selalu dengar hadis al-Hakim dalam al-mustadrak اغتنم
خمسا قبل خمس “Rebutlah
lima perkara sebelum datang lima perkara Waktu mudamu sebelum datang
waktu tuamu,Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, Masa kayamu sebelum
datang masa kefakiranmu, Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu,Hidupmu
sebelum datang kematianmu.”
Kita alhamdulillah masih hidup, kalau
kita mati kita tiada di masjid ini. di
kubur tempat kita. Kita masih sihat alhamdulillah. Kalu kita sakit tak boleh
mari masjid. Jadi peluang keemasan ini perlu dimanfaatkannya.
Dua tiga hari lepas ada dalam surat
khabar berkenaan kerajan Kelantan tidak membenarkan perlawanan bola sepak
sepanjang Ramadan. Bila kita baca kita terfikir ada juga orang yang masih
lagi minat bola walaupun bulan Ramadan.
Tak taulah mungkin kalu ada perlawanan maka orang akan terbagi dua ada nak
tengok bola ada nak solat tarawih. Kita tak boleh bayang ada jugak yang nak
tengok bola. Adakah bola boleh menolong kita di kubur esok? Adakah bola akan memberi
manfaat kepada kita di padang mahsyar?
Semoga kita semua tidak termasuk dalam
golongan orang yang lalai dan leka. Semoga kita tak terpedaya dengan dunia
sehingga kita lepaskan peluang berharga bulan Ramadan ini. والله أعلم kita terus
dengan witir.
0 comments:
Post a Comment