Disampaikan oleh:
al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim
Padang Bongor, Kota Bharu
Jika orang tanya kita
“awak sihatkah”? Jawapannya samada ya atau tidak. Kalau kita sihat kita jawab
“ya”. Kalau sakit kita jawab sebaliknya. Manusia dalam bab sihat terbahagi
kepada empat golongan:
1. Sihat jasmani dan
rohani
2. Sihat jasmani tapi
rohani sakit
3. Sakit jasmani tapi rohani
sihat
4. Sakit jasmani dan
rohani
Jadi kita berada di
mana? Masing-masing boleh lihat diri masing-masing dan buat pilihan jawapan.
Sekarang alhamdulillah, kita yang datang masjid ni sihat jasmani. Kalau kita
sakit mungkin kita tak dapat datang masjid. Dalam satu hadis:
نعمتان مغبون فيهما كثيرٌ من الناس الصحة،
والفراغ
Dua nikmat yang mana manusia tertipu dengannya: sihat dan waktu
terluang.
Ada orang
masa sihatnya tidak digunakan untuk beribadat kepada Allah. Bila datang sakit
baru teringat nak kembali kepada Allah. Tak sama masa sihat dengan sakit. Masa
terluang perlu diisi dengan ketaatan. Sebenarnya tak ada istilah tak ada kerja
dok saja-saja dalam Islam. Membuang masa tanpa apa-apa yang berfaedah amat
merugikan. Orang Islam diamnya adalah fikir, kalamnya adalah zikir.
Kita
tidak akan masuk syurga kecuali dengan hati yang sihat. Pada hari akhirat,
harta benda dan anak pinak tidak memberi faedah kepada kita.
di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,Kecuali
orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, (as syuaraa’:88 – 89).
Ibn
Qayyim dalam kitabnya إغاثة
اللهفان في مصايد الشيطان membahagikan hati kepada tiga:sihat, sakit,
mati. Di dalam membincangkan qalbun salim-hati yang sihat bersih beliau
menjelaskan iaitu hati yang benar-benar mentauhidkan Allah tiada syirik baginya,
hati yang bersih daripada segala penyakit hati.
Dalam
satu hadis riwayat Muslim:
عَجَبًا لأمرِ المؤمنِ إِنَّ أمْرَه
كُلَّهُ لهُ خَيرٌ وليسَ ذلكَ لأحَدٍ إلا للمُؤْمنِ إِنْ أصَابتهُ سَرَّاءُ شَكَرَ
فكانتْ خَيرًا لهُ وإنْ أصَابتهُ ضَرَّاءُ صَبرَ فكانتْ خَيرًا لهُ ".
" Sungguh pelik urusan
orang mukmin itu, semua perkara baginya baik belaka, semua ini tidak didapati
oleh orang lain melainkan orang mukmin: Jika dia mendapat kesenangan dia
bersyukur, maka itu baik baginya, dan jika dia ditimpa kemudharatan dia
bersabar, maka itu baik baiknya."
Kita
kena tanya diri kita adakah kita syukur apabila kita mendapat kesenangan? Adakah
kita sabar apabila ditimpa kesusahan? Kesusahan ini termasuklah kita sakit. Jadi
kondisi mukmin ini baik-baik belaka samada semasa senang ataupun susah. Jika
masa senang dia bersyukur, jika masa sakit susah dia sabar.
Dan ini tidak terjadi kecuali
kepada orang mukmin.
Mendapat
kesihatan adalah nikmat. Nabi صلى الله عليه وسلم ada bagitahu bapa saudaranya Abbas. Abbas ni
salah seorang sahabat yang masuk Islam terkemudian sekali.
"يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّ رَسُولِ اللَّهِ سَلِ
اللَّهَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ"
“Wahai Abbas, wahai pakcik Rasulullah,
mintalah kesihatan yang baik kepada Allah di dunia dan di akhirat.”
Antara
doa yang baik kita amalkan ialah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ
وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Saya nak tambah
sikit. Bulan Ramadan ni ramai orang yang banyak baca quran, zikir, sembahyang.
Ada orang mesej tanya saya ada seorang jamaah yang sembahyang baca fatihah kuat
sehingga mengganggu orang lain. Perbuatan ni tak baik.
Kita baca fatihah
dalam solat biar kita saja yang dengar tak boleh ganggu jemaah lain. Begitu
juga masa baca quran. Baca quran di masjid dalam masa sama ada jemaah lain yang
nak solat. Jadi bacaan sebegini tak elok. Lainlah kalau baca sorang-sorang di
rumah. Nak baca kuat tak apalah.
Kadang-kadang
kita beribadat ni dalam keadaan syok sendiri. Kita ingat betul dah tapi dia sebenarnya
berlawanan dengan sunnah. Satu ketika nabi keluar bertemu manusia:
bahawa Rasulullah صلى الله عليه
وسلم keluar menemui orang-orang yang sedang
melaksanakan solat dengan mengeraskan bacaan mereka, maka Baginda bersabda:
“Sesungguhnya orang yang solat itu berbisik/bermunajat kepada Rabb-nya
(Penguasanya), maka hendaklah dia memperhatikan apa yang ia bisikkan/munajatkan
kepada-Nya. Dan janganlah sebahagian kamu mengeraskan (bacaan) al-Qur’ân atas
yang lain.
وَاذْكُرْ رَبَّكَ
فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ
وَالْآَصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Dalam ayat akhir
surah al-a’raf Allah سبحانه وتعالى
bagitahu:
Dan sebutlah
(nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan
tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk
orang-orang yang lalai.
0 comments:
Post a Comment