"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, June 18, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 1




Mengingati Nikmat Ramadan

Firman Allah :
فَاذْكُرُوا آَلَاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. (al-a’raf:69)
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana memberikan kita nikmat bertemu dengan Ramadan sekali lagi pada tahun ini. Dalam satu hadis:

إذا كان أولُ ليلةٍ من شهرِ رمضانَ : صُفِّدَتِ الشياطينُ ومَردَةُ الجنِّ، وغُلِّقَتْ أبوابُ النيرانِ فلم يُفتَحْ منها بابٌ، وفُتِّحَتْ أبوابُ الجنةِ فلم يُغلَقْ منها بابٌ، وينادي مُنادٍ يا باغِيَ الخيرِ أقبِلْ، ويا باغِيَ الشَّرِّ أقصِرْ وللهِ عُتَقاءُ من النارِ، وذلك كلَّ ليلةٍ
Apabila tiba malam pertama daripada bulan Ramadan, syaitan dan jin dibelenggu, dan ditutup pintu-pintu neraka tidak dibuka daripadanya walaupun satu pintu, dibuka pintu-pintu syurga tidak ditutup walaupun satu pintu, dan ditugaskan seorang Malaikat untuk menyeru “Wahai pencinta kebaikan datanglah, wahai pencinta keburukan berhentilah.” Dan bagi Allah ada pembebasan daripada api neraka dan ini berlaku setiap malam.

Nikmat Allah kepada kita amat banyak
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya (an Nahl:18).

Kita di Malaysia Allah bagi makanan dan minuman yang melimpah. Tak ada berlaku bekalan makanan kita terputus. Cuma tahun lepas kita kena banjir dan ada beberapa tempat makanan terputus beberapa hari itupun taklah sampai mati kebulur.
Jadi nikmat ini perlu kita syukuri.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim:7)

Esok hari pertama kita puasa. Kita kena balas nikmat Allah ini dengan sama-sama kita mentaati perintah-Nya. Mudah-mudahan pemberian Allah ini kita balasnya dengan amalan kebaikan. Insya Allah kita sambung dengan witir.





0 comments:

Post a Comment