Pertembungan
Antara Manusia dan Syaitan
Disampaikan oleh:
al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا
النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا
خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai sekalian manusia, makanlah yang
halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu
mengikuti langkah-langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
nyata bagimu(al-baqarah:168).
Semalam kita baca hadis bahawa syaitan
dibelenggu pada bulan Ramadan وصفدت الشياطين
. Walaupun begitu titik perseteruan antara manusia dan syaitan tiada noktah.
Semua manusia akan cuba disesatkan oleh Syaitan. Tak kira siapa saja jenis
manusia akan disesatkan oleh syaitan samada kecil, besar, tua, muda, lelaki,
perempuan asalkan nama keturunan Adam.
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي
آَدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Ayat ni kita selalu baca dalam surah
yasin.
Bukankah Aku Telah memerintahkan kepadamu
wahai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata bagi kamu",(yasin:60)
Antara tipu daya syaitan terhadap manusia
ialah dengan cara mengambil makanan yang tak baik. Alhamdulillah kita telah
sembahyang, puasa, keluar zakat dan sebagainya kita dah lakukan tapi dalam bab
mencari rezeki kita mungkin terlibat dengan haram. Perkara makan yang halal ini
benda besar sebenarnya.
Dalam satu hadis
أيها الناسُ ! إنَّ
اللهَ طيِّبٌ لا يقبلُ إلا طيِّبًا . وإنَّ اللهَ أمر المؤمنين بما أمر به
المرسلين . فقال : يَا
أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا
تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ . [ 23 / المؤمنون / الآية 51 ] وقال : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا
مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ [ 2 / البقرة / الآية 172 ] . ثم ذكر الرجلَ يطيلُ السَّفرَ . أشعثَ أغبَرَ . يمدُّ يدَيه إلى
السماءِ . يا ربِّ
! يا ربِّ ! ومطعمُه حرامٌ ،
ومشربُه حرامٌ ، وملبَسُه حرامٌ ، وغُذِيَ بالحرام
. فأَنَّى
يُستجابُ له ؟
Wahai manusia! Sesungguhnya
Allah ta’ala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah
memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para rasul-Nya dengan
firman-Nya: Wahai Para Rasul makanlah yang baik-baik dan beramal soleh.
Dan Dia berfirman: Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik dari
apa yang kami rezkikan kepada kalian. Kemudian baginda menyebutkan ada
seseorang melakukan perjalan jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia
mengangkatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata: Ya Tuhanku, Ya Tuhanku,
padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan kebutuhannya
dipenuhi dari sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana
doanya akan dikabulkan. (Riwayat Muslim).
Kita lihat dalam hadis ini Allah dahulukan dengan arahan mengambil
makanan yang baik kemudian baru beramal soleh. Kita terlepas pandang dalam bab
makan walupun kita solat sedangkan memakan makanan halal itu arahan pertama
sebelum beramal soleh
- كُلُوا مِنَ
الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا
Saya nak tambah dua permasalahan di sini,
iaitu masalah saf kanak-kanak dan yang kedua berkenaan saf muslimah.
Yang pertama, umum masyarakat kita
berpandangan bahawa kanak-kanak yang belum berkhatan, kita kata berkhatan-
sebenarnya khitan. Mereka ini tidak boleh duduk dalam saf dewasa kerana akan
menyebabkan saf terputus dan mungkin solat orang lain tak sah sebab menanggung
najis.
Sebenarnya pandangan ini adalah daripada
ijtihad yang mana dalil dan hujahnya tidak kuat. Kalau kita tengok daripada
hadis sohih kita dapati kanak-kanak ini sebenarnya boleh berada dalam saf
dewasa. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik:
أن جَدَّتَه مُلَيكَةَ
دَعَتْ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم
؟طعامٍ صنَعَتْه، فأكَل منه، فقال قوموا فَلأصَلِّيَ بكم . فقُمتُ إلى حَصيرٍ لنا
قد اسوَدَّ من طُولِ ما لُبِسَ، فنَضَحْتُه بماءٍ، فقام رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ
عليه وسلَّم واليتيمُ معي، والعَجوزُ من ورائِنا، فصلَى بنا ركعتين .
bahawa neneknya, Mulaikah, mengundang Rasulullah
صلى الله عليه وسلم untuk menghadiri jamuan
makanan yang ia sediakan. Maka Rasulullah صلى الله
عليه وسلم bersabda: "Bangunlah kalian, sungguh aku
ingin solat mengimami kalian semua." Anas berkata; Lalu aku berdiri di
sedidang tikar milik kami yang warnanya telah menghitam kerana telah lama
dipakai, lalu aku memerciki tikar tersebut dengan air. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdiri, lalu aku dan seorang anak yatim
berdiri di belakangnya, sedang di belakang kami ada seorang nenek yang sudah
tua. Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu solat dua rakaat bersama kami.
Nabi membiarkan Anas berdiri dengan kanak-kanak
menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh duduk dalam saf orang dewasa cumaya ada
hadis dalam Riwayat Muslim:
ليلني منكم أولوا الأحلام والنهى ثم الذين يلونهم hendaklah orang-orang yang cerdik pandai
mengiringiku kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka. an-
Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini mengatakan maksudya ialah yang berada
betul-betul dibelakang nabi ialah dalam kalangan orang cerdik supaya dapat jadi
imam pengganti jika imam terbatal. Jadi kanak-kanak boleh berada di saf kedua
atau ketiga.
Kita tak boleh belajar satu kitab saja. Belajar
ni kena perlukan banyak sumber, dalil dan hujah untuk diguna pakai. Contohnya
lagi dalam kitab تحفة الأحوذي oleh al-Mubarakpuri beliau menyimpulkan bahawa kanak-kanak
boleh diletakkan dalam satu saf bersama orang lain.
Sebenarnya kita dah bincang masalah ni
dalam kuliah kita tapi biasalah orang kita kalau tidak Ramadan tidak ramai yang
datang. Bukan nak kata kat sesiapa tapi begitulah. Jadi malam-malam begini kita
ambil peluanglah buat pengisian tazkirah.
Yang kedua berkenaan dengan saf muslimah.
Muslimah disebalik sana kalu buleh tak payah bawa sejadah. Alhamdulillah
masjid kita dah ada carpert. bukan tikar getah yang tak selesa. Dia jadi
masalah saf tak lurus dan tak rapat jika masing-masing sembahyang atas sejadah
masing-masing. Ini adalah bertentangan dengan sunnah nabi kata سدوا الخلل
–hendaklah kamu penuhkan ruang-ruang.
Kita tak nampak muslimah di sebalik tabir
tapi kita dapat tahu melalui sumber-sumber yang betul dan boleh dipercayai.
Sebenarnya masalah ni lama dah cumanya bila dah ada orang mesej maka kita kena
ambil beringat.
Tazkirah malam ni sepuluh minit. Semalam
lima minit. Insya Allah tazkirah kita antara lima hingga sepuluh minit tak lebih
daripada itu. Kita sambung dengan witir.
0 comments:
Post a Comment