Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam
Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota
Bharu
Bulan Ramadan merupakan
satu medan perjuangan untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Perjuangan dalam
bulan Ramadan adalah dengan susah payah. Berlapar pada siang hari, menahan
keletihan berqiam pada malamya.
Para sahabat nabi diuji
lebih hebat lagi daripada kita. Dalam bulan Ramadan berlakunya peperangan Badar.
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ
فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Sungguh Allahسبحانه
وتعالىtelah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu
adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada
Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ali Imran:123)
Keadaan kaum
muslimin lemah kerana jumlah mereka sedikit, hanya 313 orang sahaja berbanding
dengan 1000 orang tentera kafir. Walaubagaimanapun perjuangan itu menjadi manis
dan mudah kerena mereka memiliki kesabaran dan ketakwaaan. Iman dan takwa
merupakan sumber kekuatan orang Islam dalam menempuh perjuangan.
بَلَى إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ
فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آَلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ
مُسَوِّمِينَ
Bahkan, jika kamu
bersabar dan bertaqwa, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu
juga, nescaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda
bersiap siaga.
Dalam bulan Ramadan
juga berlaku satu peristiwa besar iaitu pembukaan Kota Mekah. Berlaku pada
tahun kelapan hijrah. Dalam kitab sirah kita boleh baca bahawa betapa susahnya
para sahabat untuk memasuki Kota Mekah menempuh perjalanan yang jauh dalam
keadaan tubuh badan lemah dan haus sehingga ada dalam kalangan sahabat yang
berbuka puasa.
Nabi sendiripun
berbuka puasa dan baginda mengangkat bekas air nenunjukkan kepada para sahabat.
Baginda menyuruh para sahabat yang letih dan tak mampu supaya berbuka. Bagi yang
tetap mahu berpuasa bagingda nabi bersabda أولئك
العصاة - mereka itu derhaka kerana tidak mengambil
rukhsah yang diberikan oleh Allah. Mereka berada dalam musafir.
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ
فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maka barangsiapa dalam
kalangan kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka
(wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari
yang lain. (al-baqarah:184)
Islam tidak mahu
menyusahkan umatnya.
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Contohnya jika seseorang
itu bekerja memandu bas ulang alik Kota Bharu Kuala Lumpaur. Jika puasanya menyebabkan
dia letih dan membahayakan penumpang maka dia mesti buka puasa kerana menjaga
maslahah yang lebih besar. Tapi jangan makan depan orang.
Semoga kita diberi
kekuatan untuk meneruskan perjuanga pada bulan Ramadan sehingga ke akhirnya lebih
kurang ada 18 hari lagi dan seterusnya pada bulan lain.
0 comments:
Post a Comment