"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, April 16, 2011

Kelebihan ilmu yang bermanfaat

فصل في فضيلة العلم النافع

Bermula kelebihan ilmu yang memberi manfaat itu amat banyak sebagaimana yang dijelaskan di dalam al quran dan hadis nabi SAW, Antaranya firman Allah SWT:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dalam ayat ini Allah sebut darjat yang Allah nak angkat bagi orang beriman dan berilmu. Orang yang beriman dan ada ilmu pengetahuan lebih tinggi darjatnya daripada orang yang beriman tapi tidak berilmu.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa maksud orang berilmu di sini ialah orang yang membaca quran, alim dalam bidang quran. Dalam satu hadis nabi SAW bagitahu bahawa Allah SWT mengangkat sesuatu kaum dengan al quran dan Allah merendahkan kaum yang lain juga dengan al Quran.

Allah sebut:

بَلْ هُوَ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَمَا يَجْحَدُ بِآَيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ

Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat kami kecuali orang-orang yang zalim.

Abdullah bin Abbas berkata;

"Bagi ulama itu beberapa pangkat di atas pangkat orang mukminin dengan 700 pangkat yang mana beza antara tiap-tiap dua pangkat itu perjalanan 500 tahun."

Dalam ilmu mustholah hadis, kata Abdullah bin Abbas di sini dinamakan hadis mauquf, juga dikenali sebagai athsar.

Abdullah bin Abbas terkenal dengan jolokan حبر الأمة وترجمان القرآن - pena bagi ummat dan pentafsir praktikal bagi quran. Beliau adalah anak kepada bapa saudara nabi SAW.

Firman Allah SWT:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Maksud dengan ulama dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah. Orang mengetahui- maknanya orang berilmu.

Sebab itu kalau seseorang semakin banyak belajar, semakin derhaka kepada Allah, semakin tinggi ijazah semakin nak lawan hukum Allah maka itu tandanya ilmu yang dimiliki tiada manfaat baginya atau dengan kata lain orang itu sebenarnya tidak berilmu.

Dalam bahasa Arab, kalimah ulama' ialah kata jamak (plural) bagi alim. Kalimah alim (عالم) ertinya seorang alim, kalau ramai orang alim kita kata ulama (علماء).

Di antara hadis nabi SAW berkenaan kelebihan ilmu yang bermanfaat ini sabda nabi SAW maksudya:

"Ulama itu adalah pewaris nabi". Hadis ini daripada Abi Darda', riwayat Abi Daud dan Ibn Majah. Sanadnya adalah sahih.

والله أعلم

Thursday, April 14, 2011

Halangan dan rintangan orang Islam

1.Orang bukan Islam yang memerangi
2.Orang Islam yang hasad dengki
3.Syaitan
4.Hawa nafsu


Saturday, April 9, 2011

Halaqah RS

Tarikh:25 Mac 2011

Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau

Masa:selepas solat Subuh

Berfikir tentang kehebatan ciptaan Allah

قال الله تعالى " إنما أعظكم بواحدة أن تقوموا لله مثنى وفرادى ثم تتفكروا " سبأ

Katakanlah: "Sesungguhnya Aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua- dua atau sendiri-sendiri; Kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu. dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.

Berdua-dua atau sendiri-sendiri maksudnya ialah bahawa dalam menghadap kepada Allah, beribadat dengan penuh khusuk dan ikhlas mengikut landasan syrak. Kemudian merenungkan keadaan Muhammad s.a.w.

Nabi SAW tidak gila. Baginda hanya sebagai utusan Allah SWT yang mana tugasnya menyeru manusia supaya mentauhidkan Allah. Kalau dulu sebelum Muhammad diutuskan sebagai rasul kamu menggelarkannya sebagai orang yang paling amanah maka kenapa kamu tidak boleh menerima dakwah dan seruannya.


قال تعالى " إن في خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار لآيات لأولي الألباب الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السموات والأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك " الآيات آل عمران

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.


قال تعالى " أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت وإلى السماء كيف رفعت وإلى الجبال كيف نصبت وإلى الأرض كيف سطحت فذكر إنما أنت مذكر " الغاشية

17. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,

18. Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?

19. Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?

20. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?

21. Maka berilah peringatan, Karena Sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.


Thursday, April 7, 2011

10 wasiat Hassan Al Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Janji kita

Janji kita yang terawal:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Surah al-A’raf : 172

Janji kita dengan Allah:

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. albaqarah : 83

Janji kita untuk membenarkan ajaran rasulillah:

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. ali imran 81-82

Janji kita dulu, kini dan selamanya ialah:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (al-An’am : 162-163)