"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, February 27, 2016

Menuju Rumah Pasti Milik




Melihat kepada gambar rumah yang diviralkan di alam maya. Ada rumah mampu lihat, ada rumah mampu milik, ada rumah yang pasti milik. Begitulah lebih kurang bahasanya. Yang nak disebut di sini ialah rumah yang ketiga –rumah pasti milik, Namanya kubur.

عن عبد الله ابن عمر، أخَذ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بمَنكِبي فقال : )كُنْ في الدنيا كأنك غريبٌ أو عابرُ سبيلٍ ) . وكان ابنُ عُمرَ يقولُ : إذا أمسيْتَ فلا تنتَظِرِ الصباحَ، وإذا أصبحْتَ فلا تنتظِرِ المساءَ، وخُذْ من صحتِك لمرضِك، ومن حياتِك لموتِك .البخاري

ambil peluang sihat sebelum sakit
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم  memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai orang dagang atau seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Hidup kita ini satu perjalanan. Kesudahan kepada perjalanan orang mukmin ialah bertemu Allah dengan mendapat reda-Nya.

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). (az-zumar:54)

Allah zahirkan kerosakan di laut dan di darat agar manusia kembali.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). ar rum:41

Kita ini dalam perjalanan menuju rumah pasti dan pasti milik. Macam kapal terbang, Para penumpang dalam masa kita dalam kapal boleh buat apa-apa aktiviti. Kita jalan 40 tahun 50 tahun 60 tahun.kapal akan landing dan penumpang akan turun bawa beg dan bekal masing-masing menuju ke terminal. Manusia akhirnya akan landing ke dalam kubur juga bawa bekal. Allah swt suruh kita cari bekal. Sebaik-baik bekal ialah taqwa. 
 
kapal terbang menuju destinasi
Orang kaya mati last sekali naik kereta jenazah walupun ada kereta mewah. Ke mana nak dibawa? Bawa ke kubur, ke rumah pasti milik. Orang miskin matipun naik kereta jenazah pergi kubur. Kaya dan miskin dua-duanya akan diadili di mahkamah Allah.Sangat menyayat hati.

Semua orang akan mati menuju ilahi. Yang mengiringi tiga jenis; harta, keluarga dan amal.

يرحع اثنان ويبقى واحد Harta dan ahli kelurga akan balik selepas pengkebumian. Yang tinggal dengan kita hanyalah amalan. Maka sebelum kita dijemput masuk dalam kubur, mari sama-sama kita buat persiapan. Hidup di dunia tak kekal lama. Akhirat jua tempat kita. Lubang kubur sudah tersedia. Menungggu tetamu setiap masa. Tidak kira kecil besar tua muda. Yang pasti semuanya akan ke sana.

0 comments:

Post a Comment