عن أبي هريرة؛ رفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم قال:إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم. ولكن إنما ينظر إلى أعمالكم وقلوبكم
Hadis marfuk daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu".
Hadis marfuk daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu".
Memiliki rupa paras yang menarik serta harta yang melimpah ruah menjadi idaman manuasia. Naluri manusia sukakan paras rupa dan bergaya ditambah lagi dengan harta. Manusia boleh menjadi hilang pertimbangan hanya kerana mahu menjaga paras rupa dan merebut harta.
Ramai orang sanggup menghabiskan masa dan harta hanya kerana mahu menjaga penampilan diri supaya tampak bergaya. Lelaki ataupun wanita mahu dipandang hebat di hadapan khalayak. Mereka akan risau jika penampilan tidak cantik dengan jerawat yang berbintik.
Penilaian Allah bukan kepada gambaran luaran. Allah nilai manusia dari segi amalan dan hatinya. Inilah yang sepatutnya diambil berat oleh kita. Ingatlah, badan yang kita gosok tiap-tiap hari dengan sabun, rambut yang kita syampukan dan diletakkan hiasan, bentuk tubuh badan yang menawan, kelak satu hari nanti akan dimandikan, dikapankan dan dikebumikan.
0 comments:
Post a Comment