Menurut Kamus Dewan edisi ketiga muka surat 1532, perkataan "ustaz" membawa erti tuan atau guru agama lelaki. Perkataan ini berasal daripada bahasa arab. Di Negara kita kalimah ustaz diguna secara menyeluruh bagi merujuk kepada golongan agamawan yang mengajar di sekolah-sekolah samada formal atau tidak formal.
Ustaz adalah seorang yang dirujuk dalam hal berkaitan Agama Islam. Nasihat dan pengajaran ustaz didengari oleh murid. Di sekolah ustaz akan mengajar murid mata pelajaran Agama Islam. Antara objektif daripada pangajaran ini ialah untuk melahirkan murid yang beriman, berilmu dan beramal dengan ilmunya.
Dalam sukatan Pendidikan Islam tahun lima ada satu tajuk berkaitan solat berjamaah yang di atara lain menerangkan kelebihan dan fadhilat solat berjamaah. Nilai dan penghayatan yang diharapkan ialah semoga murid dapat memahami dan melaksanakan solat secara berjamaah.
Hukum solat jamaah, kelebihan solat jamaah diajarkan oleh ustaz kepada muridnya. Pendidikan Islam menekankan nilai, penghayatan dan amalan. Ianya tidak terbatas hanya kepada hafazan untuk dijawab dalam peperiksaan semata.
Apabila menyentuh bekenaan solat berjamaah maka sudah tentu praktiknya dititik beratkan. Murid-murid sudah tentu akan lebih mudak praktik solat berjamaah apabila amalan ini di mulakan oleh para ustaznya.
Amat malang sekali para ustaz yang mengajar murid tentang solat jemaah tapi mereka sendiri tidak menjadikannya sebagai amalan harian lebih-lebih lagi subuh berjamaah. Ustaz j-QAf dan juga bukan j-QAF sememangnya tahu objektif tersirat Pendidikan Islam.
Sepatutnya ustaz kena ingat dengan firman Allah SWT:
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
44. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?
Tidakkah ustaz hafaz dan selalu baca ayat:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
Hari ini ustaz berceramah tentang isra' mikraj. Pasti soal solat dibangkitkan. Entah kali keberapa para ustaz dijemput ceramah isra' mikraj. Persoalan solat ditekankan. Umum mengetahui bahawa solat cara nabi adalah yang terbaik. Dalam bab solat lima waktu nabi amat menitik beratkan solat secara berjamaah. Para ustaz tahu benda ini tapi ustaz pun tak datang solat berjamaah!
Salam isra' mikraj.
3 comments:
Assalammualaikum.. salam ziarah.
salam ziarah.. jika ada masa kunjungi www.terjah.com
Salam...entri yg bermanfaat...
Post a Comment