"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, July 18, 2015

Idul Fitr 1436



من العائدين والفائزين، كل عام وأنتم بخير، تقبل الله منكم

درفد
محمد روسلي إسماعيل
وان نورليلى عبد الرزاق
حافظة
حسنى صالحة
حميدة
محمد





Thursday, July 16, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 29: Teruskan Beramal



Disampaikan oleh: al-syeikh Hisyam Abdul Bari(Imam Madinah Ramadan)
Tempat: Madinah Ramadan, Kota Bharu

Tiada ucapan yang boleh saya kata pada malam ini, malam perpisahan kita dengan Ramadan. Saat ini saya bersedih, tuan-tuan juga bersedih kerana Ramadan akan meninggalkan kita. Sesungguhya ibadat puasa dan quran memberi kesan kepada jiwa mukmin.

Walaupun Ramadan akan berlalu tapi tuhan Ramadan tetap ada selamanya. Jika kita terkesan dengan puasa dan quran maka kita boleh lagi teruskan dengan puasa dan membaca quran selain bulan Ramadan.

Tahun ini tahun kelima saya bersama dengan anda. Saya menganggap bahawa tuan-tuan adalah keluarga saya dan saya adalah ahli keluarga tuan-tuan. Di sini saya tidak terasa terasing kerana budi pekerti tuan-tuan yang mulia. Iamya jarang ada dalam diri orang arab.

Selepas ini saya akan balik ke tempat saya bertugas, di Jeddah. Di sana saya rasa saya orang asing bila bersama dengan warga Arab Saudi, Di Malaysia saya rasa gembira sekali bersama dengan tuan-tuan. Saya rasa ini adalah hasil didikan al-marhuma Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mentadbir negeri ini. Saya alhamdulillah mula-mula datang ke sini saya dibawa berjumpa dengan al marhum.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan terima kasih kepada tuan-tuan semua kerana mengimarahkan khemah ini bersama saya. Tanpa kehadiran tuan –tuan maka tiada guna khemah yang luas ini dibina.

Alhamdulillah negeri ini dipimpin oleh pemimpin  yang soleh. Dahulunya Tok Guru Nik Abdul Aziz dan sekarang penggantinya Ustaz Ahmad Yaakob yang juga berpewatakan zuhud dan wara’. Adakah tuan tuan lihat pemimpin lain yang sanggup datang bersolat bersama kita rakyat jelata? Tapi malam ini menteri besar bersama kita semua.

Saya berharap agar kepimpinan beliau bersama para exconya dapat meneruskan gaya kepimpinan yang dibawa sebelum ini. Tuan- tuan bantulah kepimpinan yang ada sekarang dengan apa cara.

Wednesday, July 15, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 28: Muliakanlah dan Hormatilah



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Muliakanlah sesuatu yang dituntut untuk kita muliakan samada masa, orang atau tempat. Contohnya kalau masa sekarang ini bulan Ramadan, bulan yang dimuliakan oleh Allah.
Kita mesti memuliakan dan menghormati orang yang disuruh agar kita memuliakannya. Islam mengajar kita memuliakan tetamu. Dalam satu hadis قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Hadis yang lain daripada Abi Musa al As’ari

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ : إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ ، وَحَامِلِ الْقُرْآنِ غَيْرِ الْغَالِي فِيهِ وَالْجَافِي عَنْهُ ، وَإِكْرَامَ ذِي السُّلْطَانِ الْمُقْسِطِ
 “Sesungguhnya termasuk pengagungan kepada Allah adalah memuliakan orang yang sudah beruban lagi muslim, memuliakan ahli Qur’an dengan tidak berlebihan dan tidak pula meninggalkannya terus, dan memuliakan para pemimpin yang berbuat adil.”
 
Dalam hadis ini ada tiga golongan yang perlu dimuliakan. Pertama adalah memuliakan orang muslim yang sudah beruban. Meskipun orang itu tidak lebih rendah pangkatnya dari kita. Walaupun pendidikan kita lebih tinggi dari orang itu. Orang tua sudah lebih banyak memakan asam garam kehidupan. Mereka lebih memiliki banyak pengalaman dalam hidup. Rasulullah  bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيَعْرِفْ شَرَفَ كَبِيرِنَا
“Bukan termasuk golonganku orang yang tidak menyayangi orang muda diantara kami dan tidak menghormati orang yang tua”.
 
Menghormati dan memuliakan orang yang lebih tua juga termasuk salah satu ajaran Islam. Yang kedua ialah memuliakan ahli quran. Ahli quran ialah ahli alim ulama yang arif dalam ilmu agama.

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu : “Sesungguhnya Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam mengumpulkan antara dua orang korban perang Uhud. Kemudian berkata :’Siapa yang lebih banyak hafalan Qur’annya di antara keduanya?’ Baginda mendahulukannya masuk ke liang lahad.

Maka dari itu kita harus memuliakan para Ahlul Qur’an ini karena mereka adalah waliyullah(para wali Allah). Muliakanlah para penghafal Qur’an dan orang-orang yang mempelajari al-Qur’an. Kita adalah umat yang dimuliakan Allah sehinggakan pada hari akhirat Allah tak akan benarkan umat lain memasuki syurga kecuali selepas umat nabi Muhammad memasukinya terlebih dahulu.
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ
“Kamu adalah sebaik-baik ummat”

Dalam sebaik-baik ummat itu ada lagi yang pling baik iaitu sabda nabi
خيركم من تعلم القرآن وعلمه
“Yang terbaik dalam kalngan kamu ialah yang belajar quran dan mengajarkannya.”

Dan yang ketiga adalah memuliakan para pemimpin yang adil. Para pemimpin yang menegakkan syariat Islam yang menjadikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai panduan dan menjadikan ulama sebagai penasihatnya. Jika pemimpin salah kita tak boleh mengaibkannya. Tegur dia dengan nasihat yang baik.

Cukup dengan memuliakan ketiga golongan itu maka Allah akan memuliakan kita kerana itu termasuk memuliakan Allah. 

Kita dah nak mengakhiri bulan Ramadan. Diharapkan amalan kita berterusan juga pada selepas Ramadan. Teruskan dengan hadir solat jamaah, baca quran, qiam. Bulan Ramadan sembahyang terawih juga merupakan qiam Cuma ianya qiam yang diawalkan. Biasanya qiamullail ni buat lepas tidur.
Wallahu ta’ala a’lam

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 27: Check List Iman



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Malam ni malam 27, maknanya kita semakin hampir ke garisan penamat. Marilah sama-sama kita semak balik tahap iman kita. Senarai semak ini biasanya kalau nak raya kita buat senarai semak. Apa lagi yang belum dibeli, mana yang perlu ditukar supaya sambutan hari raya disambut dengan sempurna.

Antara senarai semak tahap iman kita ialah sejauh mana rasa ukhuwwah sesama kita? Orang yang mencapai kesempurnaan iman akan rasa manisya hidup dalam persaudaraan Islam. Islam amat menitikberatkan persaudaraan.

Iman yang mantap juga akan menatijahkan kemanisan dalam ibadat. Kita kena semak diri kita adakah ibadat yang kita buat itu memberikan kenikmatan kepada kita. Dalam satu hadis tapi hadis ni sanad dia dhaif cuma maknanya sahih sabda nabi صلى الله عليه وسلم
لا يشبع المؤمن من خير حتى يكون منتهاه الجنة
Tidak terasa kenyang orang mukmin dalam kabaikan sehinggalah pengakhirannya itu syurga.

Semakan seterusnya ialah sejauh manakah rasa syoknya kita untuk masuk syurga Allah. Allah suruh kita bersegera beramal untuk mencapai syurga. Orang Kelantan kata bbadi dan. Nak eja lagu mana ni? Makna katanya kita berlumba-lumba untuk mengejar syurga yang dijanjikan Allah.

Akhir sekali kita tengok sejauh manakah iman kita membangkitkan rasa semangat untuk berdakwah. Orang mukmin tak akan rasa senang jika apa yang diperolehinya tidak disampaikan kepada orang lain. Dapat sikit bagi sikit tapi malangnya ada orang yang tak mahu mengajar kononnya tak ada ilmu. Nak sebar agama ni tak perlu kita kuasai banyak ilmu. 

Akhir sekali suka saya ingatkan bahawa malam 27 ni kalau bagi negara-negara arab mereka mengatakan inilah lailatul qadr. Mengikut Ibnu Abbas malam al qadr ini adalah malam yang ke 27.

Angka tujuk bagi orang arab cukup signifikan. Dalam seminggu ada tujuh hari. Tawaf di kaabah tujuh pusingan, sae safa marwa 7 pusingan, nak melontar di ketiga-tiga jamrah pun guna tujuh biji anak batu, kejadian langit tujuh lapis begitu juga bumi.
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ
17 Ramadan dah lepas yang ada 27. Kita tak tahu bila sebenarnya berlaku lailatul qadr. Ianya berubah setiap tahun. Mungkin tahun ni malam 27, mungkin tahun lepas malam 23 wallahu a’lam.

Semoga kita diberi kekuatan untuk terus beribadat.

Tuesday, July 14, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 26: Apa Itu Ehsan?




Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Suka kita memetik ayat  surah al-ahqaf:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat ehsan kepada dua orang ibu bapaknya, 
Ehsan ini dengan makna mudahnya berbuat baik. Kita bukan saja disuruh berbuat baik kepada ibu bapa saja bahkan meliputi semua makhluk. Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم  bersabda

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Masa perang bila kita nak bunuh musuh pun kena ada ehsan, iaitu cukuplah sekadar bunuh dengan menghilangkan nyawa musuh, tak payah kita cincang-cincang jasad mereka. Kepada binatang sembelihan pun begitu juga. Contohnya kalau kita nak sembelih lembu korban maka jangan kita tunjuk kepada lembu-lembu lain.
Persoalannya sejauh manakah sifat ehsan kita setakat hari ini kita dah puasa 25 hari? Adakah kita tersentuh bila melihat seorang makcik meraih simpati kita? Apa perasaan kita jika orang itu mak kita atau mungkin mak saudara kita? Tiadakah perasaan ehsan kita terhadap mereka?
Ada satu kisah seorang wanita pelacur dalam kalangan Bani Israel, melihat seekor anjing yang kehausan maka dia telah memberi minum menggunakan sepatunya maka Allah mengampunkan dosanya kerana ehsannya terhadap anjing.
بينما كلبٌ يطيفُ بِرَكيَّة قد كاد يقتله العطش، إذ رأته بغيٌّ من بغايا بني إسرائيل، فنزعت موقَهَا ، فاستقت له به، فسقته إياه فَغُفر لها به

Dalam urusan jual beli kita amalkan sikap ehsan samada kita pembeli atau penjual. Pergi bazar Ramadan beli kuih harga sembilan ringgit tujuh puluh sen kita bagi sepuluh ringgit. Baki tiga puluh sen kita sedekah kat dia. Itu ehsan. Penjual pula sesama mereka jika ada sikap ehsan maka alangkah bagusnya. 
Ehsan juga mesti ada dalam ibadat kepada Allah. Dalam satu hadis tuan-tuan boleh rujuk dalam hadis empat puluh iaitu hadis yang kedua berkenaan dengan soalan Jibril kepada nabi. Jibril tanya nabi apakah itu Islam, Iman dan beliau tanya apakah itu Ehsan? Jawab nabi  
صلى الله عليه وسلم
أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Kamu sembah Allah seolah kamu melihat-Nya, jika tidak maka sesungguhnya Allah melihat kamu.
Semoga Allah memberikan kita sikap ehsan sesama Makhluk dan juga Ehsan dalam beribadat.