"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, June 23, 2015

Tazkirah Tarawih 1436 – Malam 6: Puasa dan Sihat




Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Jika orang tanya kita “awak sihatkah”? Jawapannya samada ya atau tidak. Kalau kita sihat kita jawab “ya”. Kalau sakit kita jawab sebaliknya. Manusia dalam bab sihat terbahagi kepada empat golongan:

1. Sihat jasmani dan rohani
2. Sihat jasmani tapi rohani sakit
3. Sakit jasmani tapi rohani sihat
4. Sakit jasmani dan rohani

Jadi kita berada di mana? Masing-masing boleh lihat diri masing-masing dan buat pilihan jawapan. Sekarang alhamdulillah, kita yang datang masjid ni sihat jasmani. Kalau kita sakit mungkin kita tak dapat datang masjid. Dalam satu hadis:

نعمتان مغبون فيهما كثيرٌ من الناس الصحة، والفراغ

Dua nikmat yang mana manusia tertipu dengannya: sihat dan waktu terluang.

Ada orang masa sihatnya tidak digunakan untuk beribadat kepada Allah. Bila datang sakit baru teringat nak kembali kepada Allah. Tak sama masa sihat dengan sakit. Masa terluang perlu diisi dengan ketaatan. Sebenarnya tak ada istilah tak ada kerja dok saja-saja dalam Islam. Membuang masa tanpa apa-apa yang berfaedah amat merugikan. Orang Islam diamnya adalah fikir, kalamnya adalah zikir.

Kita tidak akan masuk syurga kecuali dengan hati yang sihat. Pada hari akhirat, harta benda dan anak pinak tidak memberi faedah kepada kita.

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)

di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, (as syuaraa’:88 – 89).

Ibn Qayyim dalam kitabnya   إغاثة اللهفان في مصايد الشيطان  membahagikan hati kepada tiga:sihat, sakit, mati. Di dalam membincangkan qalbun salim-hati yang sihat bersih beliau menjelaskan iaitu hati yang benar-benar mentauhidkan Allah tiada syirik baginya, hati yang bersih daripada segala penyakit hati.

Dalam satu hadis riwayat Muslim:

عَجَبًا لأمرِ المؤمنِ إِنَّ أمْرَه كُلَّهُ لهُ خَيرٌ وليسَ ذلكَ لأحَدٍ إلا للمُؤْمنِ إِنْ أصَابتهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فكانتْ خَيرًا لهُ وإنْ أصَابتهُ ضَرَّاءُ صَبرَ فكانتْ خَيرًا لهُ ".

" Sungguh pelik urusan orang mukmin itu, semua perkara baginya baik belaka, semua ini tidak didapati oleh orang lain melainkan orang mukmin: Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu baik baginya, dan jika dia ditimpa kemudharatan dia bersabar, maka itu baik baiknya." 

Kita kena tanya diri kita adakah kita syukur apabila kita mendapat kesenangan? Adakah kita sabar apabila ditimpa kesusahan? Kesusahan ini termasuklah kita sakit. Jadi kondisi mukmin ini baik-baik belaka samada semasa senang ataupun susah. Jika masa senang dia bersyukur, jika masa sakit susah dia sabar.

Dan ini tidak terjadi kecuali kepada orang  mukmin.

Mendapat kesihatan adalah nikmat. Nabi   صلى الله عليه وسلم  ada bagitahu bapa saudaranya Abbas. Abbas ni salah seorang sahabat yang masuk Islam terkemudian sekali.

"يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّ رَسُولِ اللَّهِ سَلِ اللَّهَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ"

“Wahai Abbas, wahai pakcik Rasulullah, mintalah kesihatan yang baik kepada Allah di dunia dan di akhirat.”

Antara doa yang baik kita amalkan ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Saya nak tambah sikit. Bulan Ramadan ni ramai orang yang banyak baca quran, zikir, sembahyang. Ada orang mesej tanya saya ada seorang jamaah yang sembahyang baca fatihah kuat sehingga mengganggu orang lain. Perbuatan ni tak baik.

Kita baca fatihah dalam solat biar kita saja yang dengar tak boleh ganggu jemaah lain. Begitu juga masa baca quran. Baca quran di masjid dalam masa sama ada jemaah lain yang nak solat. Jadi bacaan sebegini tak elok. Lainlah kalau baca sorang-sorang di rumah. Nak baca kuat tak apalah.

Kadang-kadang kita beribadat ni dalam keadaan syok sendiri. Kita ingat betul dah tapi dia sebenarnya berlawanan dengan sunnah. Satu ketika nabi keluar bertemu manusia:

bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar menemui orang-orang yang sedang melaksanakan solat dengan mengeraskan bacaan mereka, maka Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang solat itu berbisik/bermunajat kepada Rabb-nya (Penguasanya), maka hendaklah dia memperhatikan apa yang ia bisikkan/munajatkan kepada-Nya. Dan janganlah sebahagian kamu mengeraskan (bacaan) al-Qur’ân atas yang lain.
 
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآَصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Dalam ayat akhir surah al-a’raf Allah سبحانه وتعالى bagitahu:

Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.

والله أعلم، والسلام عليكم

Monday, June 22, 2015

Tazkirah Tarawih 1436 – Malam 5: Ramadan dan Jalan-jalan Kebaikan



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Allah telah membuka banyak ruang kebaikan apabila tiba Ramadan maka sayugia kita sebagai orang Islam untuk merebut dan berlumba-lumba mengejar kebaikan tersebut. 

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. (al-baqarah:148).

Di dalam membicarakan nikmat yang diperolehi oleh ahli syurga di dalam syurga Allah menceritakan dalam surah al-muthoffifin:

إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ (22) عَلَى الْأَرَائِكِ يَنْظُرُونَ (23) تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ (24) يُسْقَوْنَ مِنْ رَحِيقٍ مَخْتُومٍ (25) خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ (26)

Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga), Mereka (duduk) di atas kerusi malas sambil memandang. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan mereka yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari pati arak yang ditutup rapat, penutupnya adalah kasturi; dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.

Berlumba-lumba ni maknanya bbadi danlah. Siapa cepat dia dapat. Contohnya untuk dapatkan saf pertama siapa datang awal dia dapat saf pertama yang mana pahalanya lebih banyak daripada orang lain. Dalam satu hadis

لوْ يعْلمُ النَّاسُ مَا في النِّداءِ والصَّفِّ الأَولِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يسْتَهِموا علَيهِ لاسْتهموا علَيْهِ

Sekiranya manusia mengetahui kelebihan azan dan saf pertama kemudian mereka tidak dapat kecuali dengan mengundi nescaya mereka akan mengundi. Sampai begitu sekali mereka sanggup undi buat giliran, hari ini siapa duduk depan, esok orang lain pula.

Kita di sini tak payah undi, pakat tak mau duduk saf pertama. Tok bilal kata pakat lari supaya mudah nak cabut. Ini kelebihan yang sepatutnya kita pakat-pakat berebut. Allah sebut:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa ( Ali Imran:133).

Jalan-jalan kebaikan sungguh banyak. Begitu juga jalan kejahatan. Kalau kita melalui jalan kebaikan maka kita dapat pahala kalau kita melalaui jalan kejahatan maka dapat dosa. Kita nak dapat pahala amat mudah nak dapat dosa pun begitu juga. Dalam satu hadis:

عُرِضَتْ عَلَيَّ أَعْمَالُ أُمَّتِي حَسَنُهَا وَ سَيِّئُهَا فَوَجَدْتُ فِي مَحَاسِنِ أَعْمَالِهَا الْأَذَى يُمَاطُ عَنْ الطَّرِيقِ وَ وَجَدْتُ فِي مَسَاوِئ أَعْمَالِهَا النُّخَاعَةَ تَكُونُ فِي الْمَسْجِدِ لَا تُدْفَنُ
Dibentangkan kepada aku amalan-amalan umatku, baik dan buruknya. Maka aku dapati di antara amalan yang baik umatku ialah mengalih daripada jalan sesuatu yang menyusahkan lalu lalang dan aku dapati antara amalan buruknya ialah ludah di masjid yang tidak dikambus”.

Maknanya segala sesuatu kebaikan yang kita buat untuk menyebabkan orang lain senang maka kita dapat pahala. Ada duri tengah jalan kita buang, ada pelepah nyiur jatuh kita angkat. Ini semua adalah kebaikan.

Berludah dalam masjid tak boleh. Dulu masjidnya tak macam kita. Kalau ada air liur ke kahak ke maka boleh dikambus terus sebab masjid dulu tanah gitu je. Sama juga dapat dosa kalu buang sampah merata, menyusahkan orang lain.

Antara kebaikan juga yang boleh kita lakukan pada bulan Ramadan ini ialah dengan bersedekah. Sedekah zaman sekarang mudah sangat. Kalau kita tak jumpa fakir miskin kita cari je dalam internet. Kalau yang nak minta derma atau bantuan terus kita bank in secara online. Dapat pahala insya Allah.

Kadang-kadang kita takut juga sedekah kita tak sampai kepada sasaran. Orang yang tak sepatutnya dapat. Ada satu masjid Di Pasir Putih. Derma masih berjalan, masjid siap lama dah. Kita takut sedekah kita diambil oleh orang lain. Sebenarnya kita dapat pahala juga walaupun sedekah kita tak sampai sasaran kerana ia berdasarkan niat.
Dalilnya cerita dua beranak Yazid dan Maan. Dalam satu hadis:
عن أبي يزيد معن بن يزيد بن الأخنس رضي الله عنهم، وهو وأبوه وجده صحابيون، قال‏:‏ كان أبي يزيد أخرج دنانير يتصدق بها فوضعها عند رجل في المسجد فجئت فأخذتها فأتيته بها، فقال‏:‏ والله ما إياك أردت، فخاصمته إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ ‏"‏ لك ما نويت يا يزيد، ولك ما أخذت يامعن‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏
Dari Abu Yazid yaitu Ma'an bin Yazid bin Akhnas radhiallahu 'anhum. Ia, ayahnya dan neneknya adalah termasuk golongan sahabat semua. Kata saya: "Ayahku, yaitu Yazid mengeluarkan beberapa dinar yang dengannya ia bersedekah, lalu dinar-dinar itu ia letakkan di sisi seseorang di dalam masjid. Saya - yakni Ma'an anak Yazid - datang untuk mengambilnya, kemudian saya menemui ayahku dengan dinar-dinar tadi. Ayah berkata: "Demi Allah, bukan engkau yang kukehendaki - untuk diberi sedekah itu."Selanjutnya hal itu saya adukan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Bagimu adalah apa yang engkau niatkan hai Yazid – yakni bahwa  engkau telah memperoleh pahala sesuai dengan niat sedekahmu itu - sedang bagimu adalah apa yang engkau ambil, hai Ma'an - yakni bahwa engkau boleh terus memiliki dinar-dinar tersebut, kerana juga sudah diizinkan oleh orang yang ada di masjid, yang dimaksudkan oleh Yazid tadi." (Riwayat Bukhari)
Malam ini ada orang dari Maahad Tahfiz dengan mudirnya ada bersama kita untuk pohon derma untuk madrasah tahfiz. Saya jemput Ustaz Rridwan, mudir madrasah tahfiz al-Huda untuk memberi sepatah dua kata.

# Yang nak derma boleh salurkan ke akaun:Atas nama Madrasah Tahfiz al-Huda
            Bank Islam 03018010161893
            Maybank 553131009828
            CIMB  8602250118

Sunday, June 21, 2015

Tazkirah Tarawih 1436 – Malam 4



Ramadan: Ujian Kelaparan
Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Kita selalu dengar anak kita kata “Laparlah”. Kita pun jawab “sabarlah”. Lapar adalah satu ujian Allah ketika puasa.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(al-baqarah:155)
Lapar adalah ujian Allah. Kita kenyang adalah pemberian Allah. Ada orang makan sampai tiga pinggan tapi tak kenyang-kenyang. Ada orang yang makan sikit tapi Allah bagi dia rasa kenyang. Inilah kehidupan di dunia. Kehidupan di syurga tiada perasaan lapar dan dahaga. Kalau tuan-tuan rujuk dalam surah Taha Allah berfirman:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى (116) فَقُلْنَا يَا آَدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى (117) إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَى (118)
Dan (Ingatlah) ketika kami Berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", Maka mereka sujud kecuali iblis. ia membangkang.  Maka kami berkata: "Hai Adam, Sesungguhnya Ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, Maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.  Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang,(Taha:116 – 118)
Kehidupan dalam neraka Allah akan rasakan lapar dan dahaga kepada punghuninya
لَيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِنْ ضَرِيعٍ (6) لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِنْ جُوعٍ (7)
Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.(al-qhasiah:6 – 7)
Kita di Malaysia alhamdulillah aman damai dan sejahtera. Cukup makan dan segala. Ada kawan sayu post gambar tiga orang yang kurus kering sampai kelihatan tulang dia. Dikatakan gambar ini adalah pemuda di Syiria. Allah! Mereka diuji dengan ujian lapar. Banyak lagi di negara lain yang tak cukup makan. Kita tak tahu apa yang berlaku di Iraq, Yaman. Palestin dan lain-lain.
Ada satu gambar seorang syaikh yang tak terkata bila ada dalam satu rancangan soal jawab dalam TV ada seorang Somalia yang bertanya sahkah puasa dia dalam keadaan dia sahur tak makan dan buka puasa pun tanpa makan. Subhanallah! Saya menitis air mata bila melihat gambar ini.
Banyak dalam hadis nabi berdoa berlindung daripada lapar antaranya
اللهم إني أعوذ بك من الجوع فإنه بئس الضجيع
ِAku berlindung daripada kelaparan, sesungguhnya dia adalah seburuk teman yang dibawa tidur
Suka saya nak nyatakan di sini bahawa dalam kitab Riyadhus solihin ada satu bab باب فضل الجوع وخشونة العيش والاقتصار على القليل من المأكول والمشروب والملبوس وغيرها من حظوظ النفس وترك الشهوات
Keutamaan Lapar, Hidup Serba Kasar, Cukup Dengan Sedikit Saja Dalam Hal Makan, Minum, Pakaian Dan Lain-lain Dari Ketentuan-ketentuan Badan Serta Meninggalkan Kesyahwatan-kesyahwatan (Keinginan-keinginan Jasmaniyah). Banyak hadis berkenaan dengan kelebihan lapar ini antaranya hadis dari Urwah dari Aisyah radhiallahu 'anha, bahwasanya Aisyah pernah berkata: "Demi Allah, hai anak saudaraku, sesungguhnya kita melihat ke bulan sabit, kemudian timbul pula bulan sabit, kemudian timbul pula bulan sabit. Jadi tiga bulan sabit yang bererti dalam dua bulan lamanya, sedang di rumah-rumah keluarga Rasulullah s.a.w. tidak pernah ada nyala api." Saya - yakni Urwah -berkata: "Hai makcik, maka apakah yang dapat menghidupkan anda sekalian?" Aisyah radhiallahu 'anha menjawab: "Dua benda hitam, yaitu kurma dan air belaka, hanya saja Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa tetangga dari kaum Ansar, mereka itu mempunyai beberapa ekor unta manihah, lalu mereka kirimkanlah air susunya itu kepada Rasulullah s.a.w. kemudian memberikan minuman itu kepada kita." (Muttafaq 'alaih)
Urwah ini adalah anak kepada pasangan Asma’ dan az Zubair. Urwah dengan Aisyah jadi mak saudara dia sebab Asma’ mak dia adik beradik dengan Aisyah.
Anak kita kalu buka posa dengan tamar mecak selalu!

Satu lagi cerita Abu Hurairah yang lapar jalan huyung hayang sampai jatuh pengsan. Orang sangka dia gila maka orang ramai letak kaki atas muka dia, Allah! dia tidak gila tetapi kerana lapar.
Kita di Malaysia Allah bagi nikmat yang melimpah ruah sepatutnya kita balas nikmat itu dengan beribadat kepada Allah.
فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآَمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (4)
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah Ini (Ka'bah). Yang Telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Quraish:3 – 4).
Dalam ayat lain Allah menceritakan tentang nabi Ibrahim:
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ (78) وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ (79)
(yaitu Tuhan) yang Telah menciptakan aku, Maka dialah yang menunjuki aku, Dan Tuhanku, yang dia memberi makan dan minum kepadaku,(as suaraa’:78 -79)
والله أعلم. وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا