"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, June 30, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 13: Ramadan dan Pengurusan Masa




Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu



Masa adalah suatu yang amat bernilai bagi manusia. Orang ada mengatakan bahawa masa itu emas. Sebenarnya ia bukan emas. Ianya lebih bernilai daripada emas. Apa pandangan kita jika kita lihat seseorang membuang begitu saja ketul-ketul emas? Pastinya kita mengatakan bahawa orang ini kurang waras.

Ironinya ramai orang membuang masa begitu saja tanpa membuat perkara yang berfaedah. Padahal masa itu amat berharga. Amat berharga. Banyak dalam quran Allah menggunakan objek yang berkaitan dengan masa.
وَالْعَصْرِ
Berkaitan dengan masa
وَالْفَجْرِ
Berkaitan dengan masa
وَالضُّحَى
Berkaitan dengan masa. Dan banyak lagi ayat dalam quran menceritakan tentang masa.
Jika kita tanya seseorang berapa tahunkah kamu mahu hidup?
A.100 tahun
B.200 tahun
C. 300 tahun

Dia akan jawab jawapan yang tiada dalam pilihan. Dia nak hidup selamanya, seribu tahun atau lebih. Namu begitu hakikatnya manusia akan mati.

Umur umat nabi Muhammad  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pendek-pendek. Umur umat nabi terdahulu panjag. Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun. Nabi Musa lebih 400 tahun. Melihat keadaan umur umat nabi Muhammad  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ maka baginda meminta kepada Allah agar dikurniakan kepada umat ini kelebihan yang boleh menyamai umat nabi terdahulu.

Maka Allah telah menganugerahkan kepada kita lailatul qadr. Beridat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan, Lebih kurang 83 tahun tiga bulan. Bayangkan jika kita dapat beribadat pada malam al-qadr ini sebanyak sepuluh kali. Bukankah ianya lebih baik daripada 833 tahun?
Amat rugi bagi mereka yang mengsia-siakannya. Hidup di dunia ni tak lama mana.
وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu menurut perhitunganmu. (al-hajj:47)

Jesteru kita mesti manfaatkan waktu hidup ini dengan sebaiknya. Dalam satu hadis

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ : عَنْ عُمُرِهِ ، فِيمَ أَفْنَاهُ ؟ وعَنْ شَبَابِهِ ، فِيمَ أَبْلَاهُ ؟ وَعَنْ مَالِهِ ، مِنْ أَيْنَ ؟ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ ؟ وَعَنْ عِلْمِهِ ، مَاذَا عَمِلَ فِيهِ ؟ "

Tidak berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehinggalah ditanya akan empat perkara: umurnya ke mana dihabiskannya, waktu mudanya bagaimana diisinya, hartanya dari mana dia miliki dan bagaimana dia belanjakannya, ilmunya apakah dia amalkannya.

Manusia apabila mencapai umur 40 tahun adalah umur yang sudah matang. Sepatutnya umur begitu sudah cukup untuk dia membetulkan halatuju kehidupannya.

حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

sehingga apabila dia Telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang Telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Dalam surah al-ahqaf ayat 15 ini jika kita perhatikan ayat ini amat mendalam maknanya dan amat bagus doa ini jika kita membacanya. Sepatutnya umur 40 sudah cukup matang untuk kita menilai kehidupan. Malangnya ada juga orang umur 60 masih belum matang. Masih belum menghargai erti kehidupan. Manusia apabila mati dia merasakan kehidupan di dunia amat sebentar
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا
Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) sepetang atau sepagi hari].

Semoga kita diberi taufiq oleh Allah untuk menguruskan masa dengan efisen. Masa yang ada ini janganlah kita bazirkan. Ingat isyarat Allah kepada kita dengan gigi yang sudah gugur, mata yang sudah kabur, urat yang sudah kendur, selera yang sudah luntur, selalu jumpa doktor, bila jasad terkujur, Itu tandanya kita sudah dekat dengan kubur.

Monday, June 29, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 12: Ramadan Satu Perjuangan




Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Bulan Ramadan merupakan satu medan perjuangan untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Perjuangan dalam bulan Ramadan adalah dengan susah payah. Berlapar pada siang hari, menahan keletihan berqiam pada malamya. 

Para sahabat nabi diuji lebih hebat lagi daripada kita. Dalam bulan Ramadan berlakunya peperangan Badar.
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Sungguh Allahسبحانه وتعالىtelah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ali Imran:123)

Keadaan kaum muslimin lemah kerana jumlah mereka sedikit, hanya 313 orang sahaja berbanding dengan 1000 orang tentera kafir. Walaubagaimanapun perjuangan itu menjadi manis dan mudah kerena mereka memiliki kesabaran dan ketakwaaan. Iman dan takwa merupakan sumber kekuatan orang Islam dalam menempuh perjuangan.
بَلَى إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آَلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ
Bahkan, jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda bersiap siaga.

Dalam bulan Ramadan juga berlaku satu peristiwa besar iaitu pembukaan Kota Mekah. Berlaku pada tahun kelapan hijrah. Dalam kitab sirah kita boleh baca bahawa betapa susahnya para sahabat untuk memasuki Kota Mekah menempuh perjalanan yang jauh dalam keadaan tubuh badan lemah dan haus sehingga ada dalam kalangan sahabat yang berbuka puasa.

Nabi sendiripun berbuka puasa dan baginda mengangkat bekas air nenunjukkan kepada para sahabat. Baginda menyuruh para sahabat yang letih dan tak mampu supaya berbuka. Bagi yang tetap mahu berpuasa bagingda nabi bersabda أولئك العصاة  - mereka itu derhaka kerana tidak mengambil rukhsah yang diberikan oleh Allah. Mereka berada dalam musafir.
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maka barangsiapa dalam kalangan kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (al-baqarah:184)

Islam tidak mahu menyusahkan umatnya.
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

Contohnya jika seseorang itu bekerja memandu bas ulang alik Kota Bharu Kuala Lumpaur. Jika puasanya menyebabkan dia letih dan membahayakan penumpang maka dia mesti buka puasa kerana menjaga maslahah yang lebih besar. Tapi jangan makan depan orang.

Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan perjuanga pada bulan Ramadan sehingga ke akhirnya lebih kurang ada 18 hari lagi dan seterusnya pada bulan lain.

Sunday, June 28, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 11: Sentiasa Memohon Perlindungan Dengan Allah



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Dalam bulan Ramadan syaitan dibelenggu. Tidak semua syaitan dibelenggu. Sebab itu ada dalam kalangan kita yang masih bermaksiat kepada Allah. Mereka termasuk perangkap syaitan. Tipu daya syaitan juga berlaku pada bulan Ramadan.

Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada terpedaya dengan syaitan. Serangan syaitan ini belaku setiap masa lebih-lebih lagi pada waktu malam. Nabi صلى الله عليه وسلم  ajar agar kita berdoa ketika terkejut daripada tidur sebagaimana yang disebut oleh At Tirmizi:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "إذا فزع أحدكم في النوم فليقل: أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه وشر عباده، ومن همزات الشياطين وأن يحضرون، فإنها لا تضره".

Barangsiapa yang terkejut daripada tidur hendakalah dia membaca

أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه وشر عباده، ومن همزات الشياطين وأن يحضرون
Sesungguhnya dia tak akan dapat memudharatkannya.

Elok juga kita amalkan tiga qul pada setiap pagi dan  malam. Baca tiga kali sebagai benteng kita daripada syaitan dan makhluk yang lain. Dalam kalangan makhluk ada yang berhasad dengki dengan kita. 

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)
1.  Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,
2.  Daripada kejahatan makhluk-Nya,
3.  Dan daripada kejahatan malam apabila telah dilitupi gelap,
4.  Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada tali.
5.  Dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki."

Rasulullah sebelum turunnya ayat ini baginda mendoakan kedua cucunya Hassan dan Hussain baginda baca:
" أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ "

Semoga kita selalu berada di bawah perlindungan dan pengawasan Allah.