Alhamdulillah syukur kepada Allah
swt yang telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadan, mudah-mudahan
Ramadan pada tahun ini memberikan kita anugerah kemenangan, menjadikan kita
insan taqwa, hasil daripada ibadah puasa yang kita lakukan insya Allah.
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa,(Al-baqarah:183)
Amalan
puasa akan menatijahkah taqwa. Taqwa merupakan cahaya yang menerangi kehidupan
muslim. Dengan suluhan cahaya taqwa inilah seseorang muslim akan dapat menjadi
contoh kepada masyarakat, menjadi punca cahaya yang dengannya masyarakat dapat
tumpang sama.
أَوَمَنْ
كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ
كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ
لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan
apakah orang yang sudah mati [orang yang telah mati hatinya yakni orang-orang
kafir dan sebagainya] Kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya
cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah
masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap
gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah kami
jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.(al-an’am:122)
Ramadan
adalah bulan terbaik untuk kita melakukan perubahan. Ianya adalah bulan
pengampunan. Pintu syurga dibuka seluasnya manakala pintu neraka ditutup rapat.
اِذَا جاَءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ
Apabila
datang Ramadan maka dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka serta
dibelenggu syaitan durjana. ( HR. Bukhori Muslim).
Mari
sama-sama kita pertingkatkan kualiti dan kuantiti ibadat kita semoga kita dapat
meraih reda-Nya.
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ
إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
Barang
siapa berpuasa di bulan Ramadann dengan landasan iman dan penuh harap akan
pahala, maka ia memperoleh ampunan dari dosa-dosa yang lalu ( HR. Muttafaq
alaih ).
0 comments:
Post a Comment