"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, June 14, 2016

Kita Mulia Kerana Islam




نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فإن ابتغينا العزة بغيره أذلنا الله

Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, Sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya maka Allah menghinakan kita.

Kemuliaan kita tertakluk setakat mana kita dapat mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling banyak taqwanya.

Di situlah mulianya kita. Kita mulia bukan kerana harta maupun tahta. Bukan juga kerana wanita. Kita mulia dengan kehidupan beragama yang kita bawa.

Satu fenomena yang perluu kita usaha mengubahnya  iaitu lemahnya kesedaran umat terhadap keislamannya. Muslim tak bangga mengaku muslim. Nak praktik sunnah pun payah.

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (139)
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ (125)

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya,maka Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.


Untuk itu sempena Ramadan ni mari kita sama-sama bina semula kekuatan kita yang sebenarnya sudah sedia ada. Kita pakat kembali kepada ruh Islam yang dengannya kita jadi kuat . Mudah-mudahan kita sentiasa berda di landasan yang diredai Allah.



0 comments:

Post a Comment