"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, June 15, 2016

Waspada Terhadap Perancangan Musuh


 
Islam adalah agama yang diredai oleh Allah. Barangsiapa yang cari agama selain Islam maka dia tak akan diterima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam kalangan orang rugi.

Sejarah dari dulu kini selamanya memperlihatkan kita bahwa Islam sentiasa dicemburui oleh musuhnya. Mereka yang membenci Islam akan bersaha untuk memadamkan cahaya Islam ini daripada terus menyinari alam buana.

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya".(as-saff:8)

Dalam surah al-baqarah ayat 120 Allah bagitahu bahawa dua pihak tak akan reda kepada kita sehinggalah kita ikut gaya kehidupan agama mereka. Mereka ialah orang Yahudi dan Nasara.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Gerakan memburukkan Islam ini cenderung kepada yang syubuhat, memutar belitkan fakta dan membuat fitnah terhadap umat Islam. Yang ini kita fahamlah sebab mereka bukan Islam tapi malangnya ada juga dalam kalangan Islam yang terlibat juga dengan perkara ini.

Sepatutnya kita umat Islam sama-sama memartabatkan  Islam di persada dunia bukannya lawan tak setuju dengan Islam dan orang yang nak mendaulatkannya. Kita mesti sama-sama mempertahankan agam Islam daripada diceroboh kesuciannya.

Terdapat banyak kesan gerakan memburukkan Islam ini kita dapat lihat umat ragu terhadap Islam, umat meninggalkan Islam,umat berpecah dan menjadi lemah. Sekarana ni ada satu trend yang disebut sebagai Islamaphobia- fobia terhadap Islam. Bila sebut Islam maka terbayang sesuatu yang negatif.

Jesteru mengambil semagat ruh Ramadan ini mari sama-sama kita mempertahankan Islam daripada anasir buruk. Buktikan kepada dunia bahawa kita umat terbaik. Perbaiki ukhuwwah sesama kita. Sep kita jangan ppecoh! Dampingi ulama, kembali kepada quran dan sunnah. Sentiasa menunaikan amanah.




لاتَزالُ طائِفَةٌ مِنْ أمَّتي ظاهِريْنَ على الحقِّ لايخْذُلُهم مَنْ خذَلهُم حتى قِيامِ الساعةِ.
Akan tetap ada dari ummatku thoifah ( golongan ) yang tetap dalam kebenaran, tidak akan rasa terhina dengan hinaan orang terhadap mereka dari manapun hingga hari kiyamat.( HR.

الإسلامُ يعْلو ولا يُعْلى عليْه.
Islam itu tinggi, dan tidak ada yang mengunggulinya.

0 comments:

Post a Comment