"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, June 9, 2016

Hidup Sihat Cara Nabi




Antara kata-kata hikmat yang saya ingat ialah

الصحة تاج المرء لا يعرفها إلا المريض

“Sihat itu adalah mahkota seseorang, tidak mengenalinya kecuali orang sakit”. Kita apabila sihat tak rasa sangat berharganya nilai sihat ni tapi apabila sakit baru kita terkenang akan nikmat kesihatan. Dalam satu hadis nabi bagitahu bahawa dua perkara manusia tertipu dengannya, sihat dan waktu lapang.

Sihat adalah satu nikmat yang perlu disyukuri. Cara mensyukuri nikmat sihat ialah dengan cara beribadat kepada-Nya dengan tahap maksimun. Masa sihat boleh pergi masjid solat jemaah. Masa sihat boleh baca quran banyak-banyak. Kalau dah mari sakit maka susah nak bergerak ke masjid.

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَةَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ (28) جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا وَبِئْسَ الْقَرَارُ (29)

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang Telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?,  Yaitu neraka jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (Ibrahim:28-29)

Sihat ni bukan sahaja sihat tubuh badan tapi meliputi ruh, akal dan fizikal. Ada orang ambil berat tentang tubuh badan dia saja. Jaga kesihatan zahir. Jaga makan minum, bersenam, tidak merokok tidak minum arak kerana rokok dan arak ni bayak mudharat daripada manfaat.

Islam anjurkan kita sihat meliputi semua aspek, rohani dan jasmani.


االمُؤْمِنُ القَوِيُّ اَحَبُّ إِلىاللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِيْ كُلٍّ خَيْرٌ.

Seorang mu’min yang kuat itu lebih dicintai Allah dari pada mu’min yang lemah, dan pada masing-masing ada kebaikan.( HR,Muslim )

Bulan Ramadan ni juga salah satu anugerah Allah bagi kat kita supaya kita sihat. Sihat tubuh sihat iman sihat hati juga emosi. Hadis nabi 

صُوْمُوْا تَصِحُّوْا

Berpuasalah maka kalian akan sihat. Hadis ini walaupun ada pendapat kata dia hadis dhaif tapi maknanya sohih. Bahkan sudah terbukti dari segi kedoktoran bahawa puasa ini salah satu cara untuk sihat.

Tips menjaga kesehatan cara Rasulullah saw antara lain:

a) Shaum yang sesuai dengan sunnah. Bab ini kena mengaji secara bertungkus lumuslah  kalu nak tahu cara puasa nabi yang menghasilkan sihat.
b)    Olah raga (riyadhah). Nabi banyak berjalan kaki malah ada direkodkan dalam hadis bahawa baginda main lumba lari dengan Aisyah. Sihat boleh kasih sayang pun terpaut. Tak  beli alat riadhah mahal-mahal pun tak apa.

c)    Berbekam. Satu lagi berbekam. Amalan berbekam ni bagus untuk kesihatan. Nabi suka berbekam. Alhamdulillah tempat kita ramai orang boleh jadi juru bekam. Ada perkhidmatan gi sampai dalam rumah pun ada. Shahrudin pun ada buat promosi bekam. Tak payah bayar pun tak apa.

Intihanya, Jom Sihat Cara Nabi!

0 comments:

Post a Comment