Para
hadirin sekalian.
Allah swt tidak suruh kita beribadat kepadanya kecuali
dengan keadaan ikhlas. Ibadat kita tak akan diterima jika tiada ikhlas.
وَمَا
أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Padahal
mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan
kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan
shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.
Agama
yang lurus bermakna jauh daripada syirik (mempersekutukan Allah) dan jauh daripada
kesesatan.
Musuh
kita yang nyata, syaitan akan sentiasa berusaha untuk punjuk rayu kita,
menyesatkan kita daripada landasan kehidupan yang benar. Usaha ini tak akan
berhasil kalau kita ada ikhlas. Antara ciri munafiq ialah menunjuk-nunjuk dalam
beribadah. Munafiq ialah orang yang ada lompang dalam agamanya. Zahir mereka
Islam tapi dalam hati mereka kufur.
إِنَّ
الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى
الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ
إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya
orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan
mereka. dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan
malas. mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan
tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali (an nisa’:142)
Jesteru
kita kena usaha supaya kita ikhlas. Antara caranya ialah:
a) Wudhuhul hadaf – matlamat kena jelas. Kita beribadat untuk dapat
reda Allah bukan pujian manusia. Pedulikan apa orang nak kata. Manusia ni kalau
kita nak ikut rentak mereka maka tak berkesudahan. Ingat cerita Joha dengan
anaknya itu. Semua yang dibuat tak kena pada pandangan manusia.
b) Ittibau' sunnah – ikut sunnah. Dalam ibadat kita tak boleh membijakkan
diri. Mesti kena berpandukan sunnah nabi. Ada dua syarat ibadat kita diterima,
pertama betul dengan syarak dan yang kedua ikut nabi. Baru jadi ikhlas.
c) Merenungkan bahaya riya’ – Apa untungnya kita dengan riya’ ni? Riya’ ialah
nak nunjuk amalan kepada orang lain dengan niat nak minta puji ke nak masyhur
ke atawa apa-apa sahaja yang dia dapat daripada manusia bukan kerana Allah
semata. Dalam satu hadis qudsi Allah amat murka kepada orang yang buat amalan dengan
menduakannya. Hari akhirat Allah kata pergilah minta pahala yang kamu buat
untuk mereka masa di dunia dulu.
لاَيَقْبَلُ اللَّهُ
مِنَ الْعَمَلِ إِلاَّ كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتَغَى بِهِ وَجْهَهُ.
Allah
tidak menerima amal, kecuali yang dikerjakan dengan ikhlas karena Dia semata,
dan dimaksudkan untuk mencari reda-Nya. ( HR. Ibnu Majah ).
إِنَّ أَخْوَفَ
مَاأَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ, قَاَلُوْا : وَمَا الشِّرْكُ
الأَصْغَرُ يَارَسُوْلَ اللَّهِ؟
قَالَ : الرِّيَاءُ.
Sesungguhnya
sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah syirik kecil.
Sahabat bertanya ; apa syirik kecil itu ya Rasulallah ? Jawab Rasul ( Saw ) : “
Riya’ “ ( HR. Ahmad ).
Jom kita ikhlas dan jangan malas mudah-mudahan ibadat kita diterima oleh-Nya.
Jom kita ikhlas dan jangan malas mudah-mudahan ibadat kita diterima oleh-Nya.
2 comments:
salam ramadhan buat ust sekeluarga..alhamdulillah atas peringatan..
Alhamdulillah
Post a Comment