Taqlid, bid’ah dan khurafat adalah tiga penyakit yang masih menular
dalam masyarakat kita. Tak kira musim
apa ada sahaja tiga penyakit ini termasuk apabila kita menyambut Ramadan. Kesemuanya
adalah berpunca daripada kejahilan masyarakat, hasil daripada tidak mahu
belajar ilmu agama.
Antara fenomena taqlid bulan Ramadan ialah ramai orang berpusu-pusu
ke masjid pada awal-awal Ramadan tapi bila nak raya masjid kosong macam tak ada
apa-apa. Ibadat dilakukan sebab ikut orang ramai. Orang ramai ke masjid kita ke
masjid. Orang ramai ke market kita pun ke market. Orang sibuk cari lailatul
qadar tapi kita ikut orang lain ke Kamdar. Budaya begini amat tak molek sekali.
Bid'ah pun begitu juga. Antara bid’ah bulan Ramadan ialah amalan
mandi khusus apabila masuk Ramadan. Ada ni dia mandi tah apa apa kita pun tak
tahu puncanya. Mereka beranggapan mandi ni sebagai mandi besar nak sambut Ramadan.
Ini bid’ah munkarah.
Satu lagi bid’ah ialah sebahagian manusia ada yang mengerjakan solat
Lailatul Qadr dengan cara solat dua raka’at dengan berjama’ah setelah solat
tarawih. Kemudian pada akhir malam, mereka solat lagi seratus raka’at. Solat
ini mereka kerjakan pada malam yang menurut sangkaan kuat mereka adalah
lailatul qadr. Oleh karena itu solat ini dinamakan solat lailatul qodr. Tidak
ragu lagi bahwa ini adalah bid’ah yang nyata.
Manakala khurafat bulan Ramadan ialah sebagaimana yang banyak viral
dalam whatsupps. Konon ruh kembali pada bulan Ramadan. Mereka mungkin terkeliru
dengan ayat surah al qadr.
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ
فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
Ruh
situ bukan makna ruh orang mati.
Jadinya
untuk solusi permasalahan di atas ialah kita pakat kembali kepada pemahaman
aqidah yang shahihah dengan menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan.
Belajar ilmu betul-betul jangan jadi pak turut yang mengkhinzir buta. Buat amalan
ikut sunnah supaya tidak punah. Tinggalkan khurafat dekatkan diri kepada Allah
dengan taat yang berpandu syariat.
0 comments:
Post a Comment