وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ
هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ بِمَا
تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Sekali-kali
janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka
dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya
kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. harta yang mereka bakhilkan itu akan
dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. dan kepunyaan Allah-lah segala
warisan (yang ada) di langit dan di bumi. dan Allah mengetahui apa yang kamu
kerjakan (Ali Imran:180)
Kita
diajar supaya berbuat baik kepada orang lain. Ada dua hubungan perlu kita jaga
untuk dapat kemuliaan hidup, pertama hubungan dengan Allah, kedua hubungan
sesama manusia. Sikap orang Islam sesama mereka adalah saling hormat menghormati
sayang menyayangi.
Umat
Islam adalah diibaratkan seperti satu tubuh. Jika sakit salah satu anggota
badan makan yang lain sakit juga. Antara nikmat Islam ialah Allah swt menjadikan
umat Islam itu bersaudara. Apabila sebut bersaudara maka tidak ada saudara yang
mahu mencelakakan saudaranya sendiri.
Satu
hadis nabi:
اتّقِ اللهَ حيثما
كنت وأتيع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن
Takwalah
kamu kepada Allah di manapun kamu berada, ikuti keburukan dengan kebaikan niscaya
kebaikan itu akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak
mulya (Abu Dawud)
Bulan
puasa pahala amalan adalah berganda. Kita dianjurkan agar banyak membuat
kebajikan kepada orang lain lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Antara kerja
kebajikann ialah tolong mereka yang kehilangan suami. Sabda nabi saw:
الساعي على الأرملة
والمسكين كالمجاهد في سبيل الله –وأحسبه- قال: وكالقائم اللذي لا يفتر وكالصا ئم
لا يفطر "متفق عليه
Orang
yang membantu para janda dan orang-orang
miskin bagaikan mujahid di jalan Allah , dan saya kira beliau bersabda :
“Bagaikan orang yang solat malam tanpa lelah, dan bagaikan orang yang berpuasa
yang tidak pernah henti.( muttafaq alaih )
Begitu
juga halnya berkenaan anak yatim. Nabi saw bagitahu:
"أنا وكافل
اليتيم في الجنة هكذا " رواه البخارى
Saya
dan orang yang mengurus anak yatim di syurga seperti ini (sambil mengisyaratkan
dua jari, telunjuk dan tengah) HR Al-Bukhari.
Bulan
Ramadan bulan infaq. Jom infaq!
0 comments:
Post a Comment