Zikir
dan doa merupakan amalan yang sangat dituntut. Doa merupakan senjata bagi orang
mukmin.
فَاذْكُرُونِي
أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Kerana
itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan
bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(al-baqarah:152)
الَّذِينَ
آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ
تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(ar-ra’du:28)
Kalau
kita perhati ayat berkenaan puasa dalam surah al-baqarah ayat 183, 184, 185.
Ayat 186 Allah sebut tentang doa.
وَإِذَا
سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا
دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186)
Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya
Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa
kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Ayat
187 Allah sebut kembali ayat berkenaan puasa. Kenapa terselit antara ayat puasa
itu dengan ayat berkenaan doa? Bakpo? Ibnu Kathir dalam tafsirnya bagitau
terdapat ayat berkenaan doa antara ayat puasa itu merupakan isyarat supaya bersungguh-sungguh
dalam berdoa ketika puasa.
Orang
puasa ni doa dia mustajab lebih-lebih lagi saat nak berbuka. Malangnya orang
kita ni waktu nak buka sibuk dengan juadah serba makneka. Nak doa entah ke
mana. Ambillah ruang dan peluang beberapa detik sebelum buka puasa dengan menadah
tangan membaca doa. Tak tadah tangan pun tak apa.
Zikir
dan doa yang terbaik ialah yang ma’thur daripada nabi saw. Maksud ma’thur ialah
hak mari daripada nabi. Dengan kata lain nabi beramal dengan doa dan zikir itu.
Sekarang
ada zikir dan doa ma’thurat yang dihimpun oleh Hassan al-Banna. Dikeluarkan dalam
bentuk risalah pun ada, dalam bentuk buku kecil boleh bubuh dalam poket pun ada
bahkan dalam HP kita pun boleh buat masuk zikir tu. Tak ada alasan lagi untuk
kita tak baca zikir ma’thurat.
مَنْ قَال: لااله
إلاالله وحْدَهُ لآشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَىَ
كُلِّ شيئٍ قديْرٌ, فِيْ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ,كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ
رِقَابٍ, وكُتِبَتْ لَهُ ماِ
ئَةُ
حَسَنَةٍ, ومُحِيَتْ عَنْهُ مَائَةُ سَيِّئَةٍ, وكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ
الشَّيْطَان يَومَهُ ذلِك حتَّى يُمْسِيْ, ولَمْ يَأْتِ أحَدٌ بِأفْضَلَ مِمَّا
جَاءَ بِهِ إلا رَجُلٌ
عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْهُ.
Barang
siapa membaca : لااله إلاالله وحْدَهُ لآشَرِيْكَ لَهُ,
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَىَ كُلِّ شيئٍ قديْرٌ
dalam sehari 100 X, maka baginya pahala seperti membebaskan 10
orang hamba, ditulis untuknya 100 kebaikan, dihapus darinya 100 keburukan, ia dijaga
dari gangguan syaitan dari pagi sampai petang, dan tidak ada seorangpun yang dapat
meraih lebih baik kecuali seorang yang membaca lebih banyak dari itu. ( HR,
Muttafaq alaih ).
0 comments:
Post a Comment