"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Tuesday, May 10, 2016

Al-Baqarah 109 - 110

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (109)  وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآَتُوا الزَّكَاةَ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (110)

109.  Banyak di antara ahli Kitab (yahudi dan Nasara) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah mereka, sehingga  Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
110.  Dan Dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat. dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan.
 
Pengajaran Ayat:
 
1.Yahudi dan Nasara mengetahui bahawa agama Islam adalah agama yang hak, Sikap  dengki dan permusuhan mereka terhadap Islam menyebabkan mereka suka jika umat Islam kembali kufur.
2.Umat Islam terlebih dahulu perlu menguatkan hubungan mereka dengan Allah untuk berhadapan dengan musuh Allah.
3.Perasaan muraqabatullah dalam diri umat Islam.
 

3 comments:

musafir kehidupan said...[Balas]

Muraqabatullah tu apa maksudnya ust?

mohdrusli said...[Balas]

bermula muraqabatullah itu ialah bahawa seseorang hamba itu yakin bahawa dirinya itu di dalam pengawasan Allah zahir dan batin. Maka bagaimana sesorang hamba akan bermaksiat kepada Allah? Pengajaran ayat ini dikutip dari ayat akhir yang bermaksud "Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan."

musafir kehidupan said...[Balas]

Ok, faham. syukran ust..

Post a Comment