Islam
merupakan rahmat seluruh manusia sedunia. Ianya bukan milik golongan tertentu
daripada bangsa Melayu, bukan juga milik orang Arab di Asia Barat. Nabi
Muhammad saw sebagai pembawa risalah Islam daripada Allah swt.
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا
رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan
untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.(al-anbiya’:107)
Dakwah nabi menjangkau sempadan kaum dan benua,
meliputi jin dan manusia bahkan segala penduduk dunia dan seisinya mendapat
rahmat daripada risalah Islam ini. Dulu sebelum kebangkitan nabi, umat manusia di
Jazirah Arab hidup dengan kedaan yang amat jelek. Kejelekan ini di suarakan
oleh Jaafar bi Abi Talib kepada an Najasyi, Raja Habsyah.
أَيُّهَا
الْمَلِكُ ، كُنَّا قَوْمًا أَهْلَ جَاهِلِيَّةٍ ، نَعْبُدُ الأَصْنَامَ ،
وَنَأْكُلُ الْمَيْتَةَ ، وَنَأْتِي الْفَوَاحِشَ ، وَنَقْطَعُ الأَرْحَامَ ،
وَنُسِيءُ الْجِوَارَ ، وَيَأْكُلُ الْقَوِيُّ مِنَّا الضَّعِيفَ وَكُنَّا عَلَى ذَلِكَ
حَتَّى بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْنَا رَسُولا مِنَّا ، نَعْرِفُ نَسَبَهُ
وَصِدْقَهُ وَأَمَانَتَهُ وَعَفَافَهُ ، فَدَعَانَا إِلَى اللَّهِ تَعَالَى لِنُوَحِّدَهُ
وَنَعْبُدَهُ ، وَنَخْلَعَ مَا كُنَّا نَعْبُدُ نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِنْ دُونِهِ
مِنَ الْحِجَارَةِ وَالأَوْثَانِ ، وَأَمَرَنَا بِصِدْقِ الْحَدِيثِ ، وَأَدَاءِ
الأَمَانَةِ ، وَصِلَةِ الرَّحِمِ ، وَحُسْنِ الْجِوَارِ ، وَالْكَفِّ عَنِ
الْمَحَارِمِ وَالدِّمَاءِ ، وَنَهَانَا عَنِ الْفُحْشِ ، وَقَوْلِ الزُّورِ ،
وَأَكْلِ مَالِ الْيَتِيمِ ، وَقَذْفِ الْمُحْصَنَةِ ، وَأَمَرَنَا أَنَّ نَعْبُدَ
اللَّهَ وَحْدَهُ وَلا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا ، وَأَمَرَنَا بِالصَّلاةِ وَالزَّكَاةِ
وَالصِّيَامِ ،
Wahai Raja! Kami dahulunya adalah kaum jahiliah; kami menyembah
berhala, memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), mendatangi
perkara-perkara yang keji, memutuskan hubungan kekeluargaan, menyakiti hati
jiran. Mereka yang kuat di kalangan kami menindas orang yang lemah. Begitulah
keadaan kami, sehinggalah Allah menghantarkan kepada kami seorang rasul. Kami
kenal akan keturunannya, kami kenal akan benar cakapnya, kami kenal akan
amanahnya, kami kenal dia seorang yang memelihara diri dari keburukan. Lalu dia
menyeru kami kepada Allah agar kami mentauhidkan-Nya dan menyembah-Nya; dia
juga meminta agar kami tanggalkan apa yang kami dan keturunan kami sembah
selain Allah yang terdiri daripada batu-batu dan berhala-berhala. Dia
perintahkan kami supaya bercakap benar, tunaikan amanah dan hubungkan
silaturahim. Dia melarang kami dari membuat perbuatan keji, perkataan dusta,
memakan harta anak yatim, menuduh zina wanita-wanita baik. Dia menyuruh kami
agar hanya menyembah Allah yang esa, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, dia
menyuruh kami agar bersolat, berzakat dan berpuasa.
Dengan menyahut dakwah nabi, masyarakat Arab berubah menjadi
harmoni dan dihormati seterusnya Islam berkembamg ke serata alam. Islam
merupakan agama seluruh manusia sedunia.
Islam
mengakui dan mengangkat suku bangsa apapun di dunia, seraya tidak merendahkan
satu di bawah yang lainnya. Islam sebagai rahmat bagi sarwa sekalian alam. Islam
memiliki al-Quran sebagai panduan umum yang autentik sepanjang zaman.
Jadinya
sempena Ramadan yang meupakan bulan turunnya al-Quran ini mari sama-sama kita
mengaji al-Quran supaya rahmat itu dapat dikecapi secara utuh dan menyeluruh.
وَنُنَزِّلُ
مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ
الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan
kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang
yang zalim selain kerugian.(al-isra’:82)