"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, July 4, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 17: Untung atau Rugi?



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Hari ini kita dah puasa 16 hari. Terawih malam ini adalah malam ke-17. Kalau kita muhasabah kembali Ramadan yang kita lalui ini adakah ianya merupakan keuntungan kepada kita atau sebaliknya mendapat kerugian? Jika peniaga ditanya untungkah jualan mereka pada Ramadan ini  nescaya rata-rata akan jawab untung . Ini kerana kita lihat ramai orang membeli di sana. Sifir mudah jika ramai pelanggan maknanya peniaga akan dapat untung. 

Pelajar yang ambil peperiksaan mahukan kejayaan kerana kejayaan merupakan  keuntungan dan kegagalan adalah kerugian bagi mereka. Bagi kita yang berdaftar sebagai usahawan akhirat maka sudah tentu kita akan mencari keuntungan untuk akhirat kita.

Dalam surah Faatir ayat 29:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.

Untung rugi adalah daripada Allah . Allah beri kepada hambanya samada bentuk zahir atau batin.
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى (43) وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا (44)
Dan bahawasanya dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, Dan bahawasanya dialah yang mematikan dan menghidupkan.(an-najm:43 – 44)

Kalau orang berniaga dia akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan mereka. Dia ada planning marketing mereka. Mereka berfikir mencari keuntungan. Margin yang dikeluarkan bagaimana modal yang sedikit tapi dapat keuntungan yang banyak.

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling baik untuk usahawan akhirat mendapat kadar keuntungan berganda. Sebab itu kita kena tengok amalan kita. Yang fardhu dibuat sebaik mungkin yang sunat ditambah di lipat gandakan usaha. Bagi mereka yang mengejar dunia ikut dialah. Mereka tak fikir akhirat hanya keuntungan dunia semata.

Perniagaan yang paling tinggi keuntungannya ialah berjuang fisabilillah.

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآَنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.(at taubah:111)

Tempat kita mungkin susah untuk berperang fisabilillah kecualilah kalau berlaku. Satu lagi kentungan yang perlu kita cari ialah keuntungan yang tak putus-putus. Bagaimana  usaha yang kita buat itu sedikit tapi dapat untung berpanjangan. Orang yang paling banyak dapat keuntungan berpanjangan ialah nabi.
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ
Dan Sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.(al-qalam:3)

Adakah nabi sahaja yang dapat pahala yang tidak putus-putus? Jawapannya tidak. Kitapun boleh dapat pahala tanpa henti.
إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya. (al-insyiqaq:25)

Bagimanakah cara kita buat sesuatu dan keuntungan pahalanya berterusan? Kita sambung malam esok.

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 16: Rayuan Infaq Palestin



Disampaikan oleh: al-sayyid Ibrahim Mataar (Gaza, Palestin)
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Saya ingin memetik satu ayat dalam quran. Ayat ini semua orang tahu dan semua orang baca.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kenapakah Allah pilih Masjidil Aqsa sebagai tempat transit nabi sebelun mikraj ke langit sehingga sampai ke Sidratul Muntaha? Apakah kelebihan Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya? Masjidil Aqsa adalah pengkalan kepada kebaikan seluruhya. Masjidil Aqsa dan sekitarnya adalah tempat perkumpulan semua manusia pada suatu hari nanti.

Sekarang apa jadi dengan Masjidil Aqsa? Apa yang telah berlaku ke atas Masjidil Aqsa? Masjid yang dahulunya di bawah takluk Umar al-Khattab. Masjid yang dahulunya dibebaskan oleh Salehuddin al-Ayyubi. Masjid yang mendapat pembelaan daripada Marwan. Apa nasib Masjidil Aqsa sekarang?

Masjidil Aqsa sekarang berada di bawah cengkaman Yahudi. Yahudi telah mencemari kesucian Masjidil Aqsa.  Mereka telah menjadikan Masjidil Aqsa tidak berfungsi sebagaimana dahulu. Bahkan umat Islam Palestin sendiri tidak boleh solat di situ kecuali dengan keizinan mereka sedangkan Masjidil Aqsa adalah milik umat Islam.

Apakah peranan kita tuan-tuan? Sanggupkah kita lihat kesucian Masjidil Aqsa di ludah dengan air liur Yahudi? Siapakah yang akan mempertahankan Masjidil Aqsa? Siapakah yang mahu berjihad menegakkan agama Allah?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Masjidil Aqsa perlukan pembelaan. Kita boleh menolong agama Allah ini dengan harta kita dengan tenaga kita dengan pemikiran kita. Doa tuan-tuan untuk Ummat Islam di sana. Mudah-mudahn kita diberkati dan diredai Allah

Thursday, July 2, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 15: Tadabbur surah al-isra’ ayat 26



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

وَآَتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang terdekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membazir. (al-isra’:26)

Sebenarnya antara pahala yang banyak ialah bersedeqah. Dan orang yang paling utama untuk kita beri sedeqah ialah kepada kaum kerabat. Ada kes berlaku di Kubang Kerian. Seorang lelaki yang meminta sedeqah di tengah-tengah jalan melalui pintu-pintu kereta orang yang lalu lalang. Di Jalan Kuala Krai pun ada juga, dekat dengan Restoren Horizon. Mereka meminta sedeqah daripada orang yang yang berhenti dalam kereta di lampu isyarat.

Kita terfikir dalam hati jika betul orang ini miskin dan memerlukan bantuan, takkan tak ada kaum kerabat dia. Ataupun takkanlah semua kaum kerabat dia miskin macam dia. Sedeqah yang paling utama ialah kepada kaum kerabat dahulu. Orang yang mempunyai pertalian darah dengan kita kemudian barulah orang miskin dan orang yang bermusafir.

Ada satu kisah dalam Sohih Bukhari dan Muslim. Seorang sahabat yang bernama Abu Talhah. Beliau seorang yang kaya memiliki harta dan kebun kurma, antaranya yang terletak betul-betul berhadapan dengan masjid nabi. Kebun itu bernama “Bairuha’”. Apabila turunnya ayat :
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. (Ali-Imran:92)

Maka beliau menemui nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  dan berkata : “Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang bermaksud:

“Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. ” (Ali Imran: 92)
Sedangkan harta yang paling kucintai adalah kebun Bairuha, lalu kebun itu aku sedekahkan kerana Allah. Aku mengharapkan kebaikan dan bekalannya iaitu pahalanya di akhirat di sisi Allah. Dari itu, wahai Rasulullah! Manfaatkanlah kebun itu”. Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersabda::
"بخ بخ ذاك مال رابح"
Eloklah! Itu adalah harta yang menguntungkan, itu adalah harta yang menguntungkan!

Abu Talhah pun tanya pendapat nabi nak bahagi kepada siapa kebun itu maka baginda صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab:
“ seeloknya kebun itu engkau berikan kepada kaum kerabatmu. ”

Abu Talhah pun membahagikan kebun itu dan memberikan kepada kaum kerabat dan anak-anak saudaranya.

Satu kisah lagi ialah Zainab as Thasaqafiyyah . Beliau adalah seorang wanita bangsawan yang kaya-raya, suaminya Abdullah bin Mas'ud, seorang sahabat Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang miskin. Suatu ketika Zainab mendengar Nabi SAW bersabda, "Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu sekalian, walaupun dengan perhiasanmu".

Ketika tiba di rumah dan bertemu dengan suaminya, ia menceritakan sabda Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  tersebut kepada suaminya dan berkata, "Sesungguhnya engkau adalah orang yang tidak mampu, tolong datang dan tanyakan kepada Nabi SAW, apa boleh aku bersedekah kepadamu”.

Tetapi Ibnu Mas'ud meminta supaya Zainab sendiri bertemu nabi.  Zainab datang ke rumah Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, kebetulan di sana telah ada seorang wanita Ansar menunggu Nabi untuk menanyakan hal yang sama. Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ memerintahkan Bilal keluar menemui dua wanita tersebut, dan Zainab berkata,
"Wahai Bilal, sampaikan kepada Rasulullah, dua orang wanita menanyakan kepada kepada baginda, apakah kmi boleh berikan sedeqah kami kepada suami dan anak-anak yatim yang kami asuh? Tetapi, tolong jangan dijelaskan siapa kami" 

Bilal masuk kembali menemui baginda dan menyampaikan pertanyaan mereka berdua. Nabi tanya siapa mereka berdua. Zainab bagitahu dah jangan cakap siapa mereka tapi Bilal apabila Nabi tanya maka Bilal jawab "Seorang wanita Ansar dan Zainab, ya Rasulullah!"  Nabi tanya balik:
أَيُّ الزَّيَانِبِ هِيَ ؟ ، قَالُوا : امْرَأَةُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
"Zainab yang mana?"  Zaman nabi ada ramai yang namanya Zainab. Maka dijawab "Isteri Abdullah bin Mas'ud" .

Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,
لها أجران أجر الصدقة وأجر القرابة

"Baginya akan mendapat dua macam pahala, pahala membantu kerabatnya, dan pahala sedeqah"

Dalam ayat tadi juga Allah larang daripada membazir. Membazir ini ialah menggunakan harta lebih daripada yang dikehendaki. Berlebihan dalam makanan- Macan kita makan buka puasa sampai sepuluh lauk. Padahal cukup bagi kita dua tiga lauk saja. Membazir ni tak semestinya kita buang makanan tak habis. Walaupun kita makan habis tapi lebih daripada keperluan maka itu juga dikira membazir.

Dalam harta kita ada hak untuk orang lain yang perlu kita tunaikan. Harta kita bukan harta kita secara mutlak.

Dalam tafsir ayat
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Satu hadis nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يقول بن آدم مالي مالي وهل لك من مالك إلا ما أكلت فأفنيت أو لبست فأبليت أو تصدقت فأمضيت
Berkta anak Adam “Hartaku! hartaku! Apakah engkau memiliki harta wahai anak Adam kecuali apa yang engkau telah makan dan habis, atau engkau pakai lalu lusuh, atau engkau sedekahkan lalu engkau berlalu membawanya.

Wallahu a’lam

Wednesday, July 1, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 14: Takut dan Gerun Kepada Allah



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Sebagaimana sedia maklum bahawa objektif pensyariatan puasa ialah untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Antara takrif taqwa yang dijelaskan oleh ulama ialah perasaan gerun dan takut kepada Allah.

Perasaan gerun dan takut kepada Allah akan menatijahkan seseorang untuk tidak berani membuat maksiat kepada-Nya. Manusia ada persaan takut. Takut kepada binatang buas seperti harimau, takut kepada guruh petir, takut kepada hantu dan lain-lain.

Jika takut kepada harimau maka jangan pergi tempat harimau berada. Begitulah seterusnya kita akan melarikan diri daripada sesuatu yang kita takuti. Tapi takut kepada Allah kita tak boleh lari bahkan kena mendekati Allah dengan amalan soleh.

Takut kepada Allah akan menyebabkan kita masuk ke dalam syurga, bebas daripada azab neraka. Pada hari akhirat penduduk syurga ditanya bagaimana mereka boleh masuk syurga.

وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ (25) قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ (26) فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (27)

Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya. Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab)". Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami daripada azab neraka. (at Thur:25 – 27)

قُلْ آَمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا (107) وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا (108) وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (109)

Katakanlah: "Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, Dan mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami, Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi". Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.(al- isra:107 – 109)

Khusyu’ itu takutlah. Kita sembahyang tak berapa khusyu’ sebab perasaan takut dan gerun kita kepada Allah tidak seberapa. Jadi untuk mendatangkan khusyu’ maka kena hadirkan perasaan takut.
Bagaimana cara untuk mendapatkan rasa takut kepada Allah? Antara caranya ialah kita kita berdoa:

اللهم إني أسألك خشيتك في الغيب والشهادة،
Ku pohon daripada persaan takut kepada-Mu pada yang ghaib dan nyata

Kita apabila memandu kereta tiba-tiba nampak kilat petir depan kita maka kita rasa takut, gerun. Ada dalam satu hadis nabi ajar bila berada dalam situasi begini. Al Imam al-Bukhari bubuh dalam الأدب المفرد tapi hadis ni sanadnya tak sohih dan beliau tidak meletakkannya dalam sohih Bukhari. Doa nabi ajar apabila melihat panah petir:
اللهم لا تقتلنا بغضبك ولا تهلكنا بعذابك وعافنا قبل ذلك
Ya Allah! Janganlah engkau bunuh kami kerana kemurkaan-Mu dan janganlah kamu binasakan kami dengan azab-Mu, Maafkanlah sebelum daripada itu. wallahu a’lam.