"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, November 19, 2014

Hamba Yang Bersyukur



Selalu kita  ucap “Syukur Alhamdulillah”. Selalu juga kita dengar orang ucap “Syukur Alhamdulillah”. Satu ucapan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah. Allah suruh kita bersyukur. Orang yang bersyukur dicintai Allah manakala orang yang kufur amat dibenci Allah.
Salah satu tanda orang yang bersyukur ialah melazimi qiyamullail-bangun malam. Ada orang panggil solat tahajjud. Nabi selalu bangun qiyamullail sehingga pecah-pecah kaki baginda sebab lama berdiri solat malam. Isteri baginda, Aisyah bertanya: “Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Kenapa masih melakukan sedemikian? Jawab Baginda: “Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”
Nabi solat malam panjang qiyamnya. Dalam satu hadis sahih nabi solat malam tidak lebih 11 rakaat. Ada orang sembahyang terawih lapan rakaat campur witir tiga rakaat. Katanya ini sunnah nabi. Tempat kita ni antara polimik yang tak pandai selesai apabila tiba Ramadan ialah manusia madang berbalah tentang bilangan rakaat solat terawih. Yang buat lapan campur tiga claim inilah paling sunnah.
Nabi kalaupun buat lapan campur tiga rakaat lagu mana sifat solat baginda? Kita solat lapan rakaat ada pecah-pecah ke kaki kita? Kalu kata nak ikut nabi kena  baca macam nabi baca, kena qiyam lama macam nabi qiyam baru ngam sungguh kata nak ikut nabi. Puak kita ni ikut sunnah separu-separuh. Macam poligamilah. Kalau nak kawin lebih satu dia berhujjah itu sunnah tapi kehidupan dia dalam berpoligami punah ranah. Kasihan kat isteri. Hidup bermadu yang sepatutnya manis macam madu bertukar jadi pahit lebih daripada hempedu.
Nabi dalam komentarnya kenapa qiam malam baginda jawab baginda nak jadi hamba yang bersyukur. Ciri-ciri hamba yang bersyukur ni antara lain ialah bangun qiyamullail. Berapa orang boleh melazimi qiyamullail? Tak ramai. Qiyamullail ni adalah solat yang paling afdhal selepas solat lima waktu. Nak jadi hamba yang bersyukur ni tak ramai. Allah bagi tahu:
وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Dan sedikit sahaja dalam kalangan hambaku yang bersyukur”.
Makanya marilah sama-sama kita jadi hamba Allah yang bersyukur. Kena didik jiwa untuk bangun beribadah waktu malam yang kelam saat manusia dibuai mimpi malam di atas tilam, kita bertafakur di tikar sejadah, mengharap reda Allah menuju taqwallah.

Monday, November 17, 2014

Ilmu Ghaib



Katakanlah: "Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah ada padaku, dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan tidak mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku."Katakanlah:"Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Apakah kamu tidak memikirkannya".             (Surah Al-An'am : ayat 50)

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم   adalah manusia biasa daripada bangsa Arab yang dilantik oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai rasul untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar. Baginda dianugerahkan dengan beberapa keistimewaan iaitu diturunkan wahyu, dikurniakan mukjizat dan dipelihara dengan sifat maksum. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  bukanlah malaikat atau anak Tuhan sebagaimana yang dakwa oleh sesetengah golongan.

Baginda tidak mempunyai kuasa terhadap khazanah Allah سبحانه وتعالى dan ilmu-ilmunya. Baginda juga tidak mengetahui tentang perkara-perkara ghaib melainkan apa yang diberitahu kepadanya. Baginda menjalankan tugasnya sebagai utusan Allah سبحانه وتعالى melalui pimpinan wahyu Ilahi.

Sebagai pesuruh Allah, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم   telah dianugerahkan dengan beberapa keistimewaan antaranya termasuklah wahyu, mukjizat dan maksum. Anugerah tersebut adalah untuk membezakan baginda dengan orang biasa dan juga untuk menolak dakwaan daripada sesetengah golongan yang mendakwa dirinya sebagai Nabi.

Perkara-perkara ghaib terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pertama perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah سبحانه وتعالى sahaja seperti alam barzakh, syurga, neraka dan sebagainya. Kedua perkara ghaib yang Allah سبحانه وتعالى  beritahu kepada malaikat seperti ajal maut dan rezeki seseorang. Bahagian ketiga ialah perkara ghaib yang dapat diketahui melalui kajian yang dilakukan oleh manusia seperti terdapat bahan galian di dalam bumi.

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah manusia biasa yang diutus untuk membimbing manusia kepada agama Allah. Mafhum firman Allah سبحانه وتعالى  “Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".(110 al-Kahf)

Rasulullah tidak mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali dengan izin Allah سبحانه وتعالى  . “Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.(an naml:65)”. Kalau nabi sendiripun tak tahu perkara ghaib maka adakah kita lebih daripada nabi?

Dewasa ini banyak orang cakap tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan dengan penuh keyakinan. Ramai yang nak jadi tukang bomoh dan tukang ramal. Sebut tentang tarikh kiamat akan berlaku sekian tarikh sekian masa. Ramai pula yang percaya sedangkan firman Allah yang maha esa surah Luqman ayat 34 sudah menjelaskan tentangnya.

Jesteru tak payahlah kita bernujum menyelinap masuk ke ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali Allah. Beriman dengan perkara ghaib adalah salah satu ciri al-muttaqin. Mengetahui semua perkara ghaib bukan syarat sahnya iman kita. Selamat beramal!










Tuesday, August 5, 2014

ليس العيد من لبس الجديد



                                                  تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال                                          

Meraikan Kemenangan 1 Syawal: Menangkah Kita?










Setiap tahun menjelang satu Syawal umat Islam menyambut hari raya puasa yang dikenali juga sebagai idul fitri.  Di dalam Islam menyambut hari raya bukan sekadar untuk bergembira dengan pakaian baharu dan segala aneka kuih muih tetapi ianya lebih daripada itu. Hari raya adalah manifestasi penghambaan  hamba kepada al- Khaliq yang telah memberikan nikmat yang amat banyak.

Anugerah hari raya adalah sebagai meraikan kemenangan umat Islam menundukkan hawa nafsu selama sebulan dengan melakukan amalan puasa yang mana objektifnya adalah untuk melahirkan insan bertaqwa. Ironinya umat Islam sekarang menjadikan 1 Syawal sebagai hari untuk bersuka ria sehingga terleka dan tenggelam dalam noda dan dosa.

Sepatutnya hari raya dihiasi dengan takbir, tahmid dan taqdis memuji dan membesarkan Allah swt sepertimana yang dianjurkan oleh baginda nabi saw dan inilah yang menjadi praktik para salafus solih sebelum kita. Satu fenomena yang amat ketara ialah bilamana golongan remaja yang terbabit dalam gaya hidup yang tak selari dengan nilai-nilai Islam, maka wujudlah gejala seperti lepak, pergaulan bebas, bersekedudukan tanpa nikah, perzinaan, minum minuman keras, berpoya-poya pada hari raya.

Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan bagi hamba-Nya menempuh jalan untuk kembali kepada Nya, Allah menjadikan berulang-ulang setiap tahun adanya hari raya sesudah hambanya itu membersih jiwa sebulan Ramadan. Manusia kembali kepada fitrah. Hatinya bersih lagi suci seperti bayi yang baru dilahirkan.

Ibadat puasa yang telah kita kerjakan berdasarkan syariat Allah swt. bukanlah sekadar menahan makan dan minum semata-mata tetapi kita dituntut mengawal seluruh anggota zahir dan batin agar kita tidak melakukan yang mungkar dan keji.

1 Syawal adalah hari kegembiraan dan kesyukuran kepada orang yang beriman yang telah mendapat kemenangan dan kejayaan menyempurnakan ibadat puasa Ramadan disamping memperolehi rahmat keampunan dan kebebasan daripada api neraka.

Persoalannya menangkah kita jika jiwa kita masih kotor dengan noda dan dosa? Menangkah kita jika sesama kita masih bersengketa? Menangkah kita jika kehidupan kita bersalut dengan muamalat riba? Menangkah kita jika masih berdendam dengan sanak saudara? Menagkah kita jika kehidupan kita hanya untuk memuaskan nafsu semata?

Semoga sambutan hari raya kali ini lebih bermakna kepada kita dalam rangka menuju insan taqwa. Selamat Menyambut Hari Raya kepada anda semua. Mudah-mudahan amalan kita diterima dan kita meraih reda-Nya.

Sunday, July 20, 2014

Muhasabah Diri Sebelum Ramadan Pergi




Ramadan 1435H berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi. Bagi insan mukmin lagi muttaqin maka dia akan berusaha mempergunakan ruang yang ada ini dengan amalan yang menjurus kepada reda Ilahi. Dalam hal ini muhasabah amat penting untuk melihat prestasi diri dan seterusnya menatijahkan penambahbaikan dalam amalan.

Ibnu Qudamah dalam kitabnya minhajul qasidin menganjurkan agar kita buat senarai semak untuk muhasabah diri masing-masing bagi melihat pencapaian semasa kita menjalankan tugas sebagai hamba kepada  Allah yang maha esa.

Bermuhasabahlah kamu sebelum dihisab oleh Allah di akhirat kelak.
عن شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
- "
الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
Nabi SAW bersabda: “Orang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan nasib dirinya dan beramal untuk hal ehwal selepas kematian, dan orang yang lemah ialah orang yang dirinya dikuasai oleh hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah.”. Di riwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.

Bagaimana pencapaian Ramadan kita pada tahun ini? Adakah kita dapat capai status taqwa yang dikehandaki dalam ayat siyam? Ataupun siyam kita hanya tidak minum tidak mkan? Banyak mana quran dapat kita hadamkan? Solat jemaah? Silaturrahim? Infaq? ..

Sebagaimana seorang peniaga menghitung untung rugi perniagaannya begitu juga sepatutnya kita. Berapa banyakkah amalan soleh yang dilakukan? Macamana dengan solat? Khusukkah ia? Berapa kali solat secara berjamaah sehari semalam? Tutur kata bagaimana? Banyak mana kita mengeluarkan perkataan yang mengguris hati sahabat? Mencarut? Berkata nista? Mengadu domba?

Frman Allah swt:
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.(Qaf:18)

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا
Dan Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia (al isra’:53).

Bagi pelajar cuba jangan menipu. Dalam menyiapkan tugasan/assignment berapa orang yang menipu diri sendiri. Menipu ketika peperiksaan. Apatah lagi kalau yang menipu itu pelajar jurusan agama. Ya akhi! Jangan buat benda ini. Ustaz ustazah adalah pembawa bendera agama. Rosak pembawa bendera agama maka rosak agama.

غش الطبيب يفسد الأبدان وغش العالم يفسد الأديان
Doktor yang menipu merosakkan badan, orang alim menipu merosakkan agama.

Mari kita muhasabah diri dalam bulan yang mulai ini. Syaitan adalah musuh kita yang nyata.
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Fatir:6).

Bulan puasa syaitan durjana dah dirantai. Tak boleh nak ganggu lagi manusia dengan pelbagai senjata. Jangan pula bila syaitan tak berkerja maka kita mengambil alih tugasnya. Ikut hawa nafsu sehingga hati jadi beku dan kaku walaupun Ramadan akan berlalu.

Intihanya marilah kita berubah sebalum diri rebah mengadap Allah. Ramadan yang berbaki perlu diisii dengan taqwa Ilahi. Rebut tawaran Allah yang terbentang luas. Bagi insan yang imannya waras maka peluang ini tidak akan dipersiakan seperti mana ahli dunia yang berebut membanjiri pasaraya bila ada jualan mega walaupu tawaran harga tidak sehebat mana.

Jangan lalai lagi. Ingat Allah sokmo. Hati tenang baca quran. Ingat baki umur yang semakin berkurang. Rambut yang banyak yang gugur, urat yang sudah kendur, mata yang semakin semakin kabur. Selalu jumpa dotor. Batuk-batuk ketika tidur. Prestasi kerja yang semakir luntur. Itu petanda kita semakin dekat dengan lubang kubur!

Anugerah Ramadan perlu disyukuri. Barapa ramai teman kita yang tiada bersama kita pada Ramadan tahun ini. Mereka sudah duluan menghadap Ilahi. Makanya kita yang masih bernyawa ini perlu bersiap sebelum mati. Jangan pula apabila mati menjemput maka baru datang penyesalan dalam diri. Satu penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.