Ramadan 1435H berbaki hanya beberapa hari sahaja
lagi. Bagi insan mukmin lagi muttaqin maka dia akan berusaha mempergunakan ruang
yang ada ini dengan amalan yang menjurus kepada reda Ilahi. Dalam hal ini
muhasabah amat penting untuk melihat prestasi diri dan seterusnya menatijahkan
penambahbaikan dalam amalan.
Ibnu Qudamah dalam kitabnya minhajul qasidin
menganjurkan agar kita buat senarai semak untuk muhasabah diri masing-masing
bagi melihat pencapaian semasa kita menjalankan tugas sebagai hamba kepada Allah yang maha esa.
Bermuhasabahlah kamu sebelum dihisab oleh Allah di
akhirat kelak.
عن
شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
- "الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
- "الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
Nabi SAW bersabda: “Orang cerdik ialah orang yang
selalu memperhitungkan nasib dirinya dan beramal untuk hal ehwal selepas
kematian, dan orang yang lemah ialah orang yang dirinya dikuasai oleh hawa nafsunya
dan berangan-angan terhadap Allah.”. Di riwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab
berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.
Bagaimana pencapaian Ramadan kita pada tahun ini? Adakah
kita dapat capai status taqwa yang dikehandaki dalam ayat siyam? Ataupun siyam
kita hanya tidak minum tidak mkan? Banyak mana quran dapat kita hadamkan?
Solat jemaah? Silaturrahim? Infaq? ..
Sebagaimana seorang peniaga menghitung untung rugi
perniagaannya begitu juga sepatutnya kita. Berapa
banyakkah amalan soleh yang dilakukan? Macamana dengan solat? Khusukkah ia? Berapa kali solat secara berjamaah sehari semalam? Tutur
kata bagaimana? Banyak mana kita mengeluarkan perkataan yang mengguris hati
sahabat? Mencarut? Berkata nista? Mengadu domba?
Frman Allah swt:
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا
لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tiada
suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas
yang selalu hadir.(Qaf:18)
وَقُلْ
لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ
إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا
Dan Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku:
"Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar).
Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia (al isra’:53).
Bagi pelajar cuba jangan
menipu. Dalam menyiapkan tugasan/assignment berapa orang yang menipu
diri sendiri. Menipu ketika peperiksaan. Apatah lagi kalau yang menipu itu pelajar
jurusan agama. Ya akhi! Jangan buat benda ini. Ustaz ustazah adalah pembawa bendera
agama. Rosak pembawa bendera agama maka rosak agama.
غش الطبيب يفسد الأبدان وغش العالم يفسد الأديان
Doktor yang menipu merosakkan
badan, orang alim menipu merosakkan agama.
Mari kita muhasabah diri dalam
bulan yang mulai ini. Syaitan adalah musuh kita yang nyata.
إِنَّ
الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ
لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka
anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak
golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Fatir:6).
Bulan puasa syaitan durjana
dah dirantai. Tak boleh nak ganggu lagi manusia dengan pelbagai senjata. Jangan
pula bila syaitan tak berkerja maka kita mengambil alih tugasnya. Ikut hawa
nafsu sehingga hati jadi beku dan kaku walaupun Ramadan akan berlalu.
Intihanya marilah kita berubah sebalum diri rebah
mengadap Allah. Ramadan yang berbaki perlu diisii dengan taqwa Ilahi. Rebut
tawaran Allah yang terbentang luas. Bagi insan yang imannya waras maka peluang
ini tidak akan dipersiakan seperti mana ahli dunia yang berebut membanjiri pasaraya
bila ada jualan mega walaupu tawaran harga tidak sehebat mana.
Jangan lalai lagi. Ingat Allah
sokmo. Hati tenang baca quran. Ingat baki umur yang semakin berkurang. Rambut
yang banyak yang gugur, urat yang sudah kendur, mata yang semakin semakin
kabur. Selalu jumpa dotor. Batuk-batuk ketika tidur. Prestasi kerja yang
semakir luntur. Itu petanda kita semakin dekat dengan lubang kubur!
Anugerah Ramadan perlu disyukuri.
Barapa ramai teman kita yang tiada bersama kita pada Ramadan tahun ini. Mereka
sudah duluan menghadap Ilahi. Makanya kita yang masih bernyawa ini perlu
bersiap sebelum mati. Jangan pula apabila mati menjemput maka baru datang penyesalan dalam diri.
Satu penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.
0 comments:
Post a Comment