"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, November 17, 2014

Ilmu Ghaib



Katakanlah: "Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah ada padaku, dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan tidak mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku."Katakanlah:"Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Apakah kamu tidak memikirkannya".             (Surah Al-An'am : ayat 50)

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم   adalah manusia biasa daripada bangsa Arab yang dilantik oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai rasul untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar. Baginda dianugerahkan dengan beberapa keistimewaan iaitu diturunkan wahyu, dikurniakan mukjizat dan dipelihara dengan sifat maksum. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  bukanlah malaikat atau anak Tuhan sebagaimana yang dakwa oleh sesetengah golongan.

Baginda tidak mempunyai kuasa terhadap khazanah Allah سبحانه وتعالى dan ilmu-ilmunya. Baginda juga tidak mengetahui tentang perkara-perkara ghaib melainkan apa yang diberitahu kepadanya. Baginda menjalankan tugasnya sebagai utusan Allah سبحانه وتعالى melalui pimpinan wahyu Ilahi.

Sebagai pesuruh Allah, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم   telah dianugerahkan dengan beberapa keistimewaan antaranya termasuklah wahyu, mukjizat dan maksum. Anugerah tersebut adalah untuk membezakan baginda dengan orang biasa dan juga untuk menolak dakwaan daripada sesetengah golongan yang mendakwa dirinya sebagai Nabi.

Perkara-perkara ghaib terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pertama perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah سبحانه وتعالى sahaja seperti alam barzakh, syurga, neraka dan sebagainya. Kedua perkara ghaib yang Allah سبحانه وتعالى  beritahu kepada malaikat seperti ajal maut dan rezeki seseorang. Bahagian ketiga ialah perkara ghaib yang dapat diketahui melalui kajian yang dilakukan oleh manusia seperti terdapat bahan galian di dalam bumi.

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah manusia biasa yang diutus untuk membimbing manusia kepada agama Allah. Mafhum firman Allah سبحانه وتعالى  “Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".(110 al-Kahf)

Rasulullah tidak mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali dengan izin Allah سبحانه وتعالى  . “Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.(an naml:65)”. Kalau nabi sendiripun tak tahu perkara ghaib maka adakah kita lebih daripada nabi?

Dewasa ini banyak orang cakap tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan dengan penuh keyakinan. Ramai yang nak jadi tukang bomoh dan tukang ramal. Sebut tentang tarikh kiamat akan berlaku sekian tarikh sekian masa. Ramai pula yang percaya sedangkan firman Allah yang maha esa surah Luqman ayat 34 sudah menjelaskan tentangnya.

Jesteru tak payahlah kita bernujum menyelinap masuk ke ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali Allah. Beriman dengan perkara ghaib adalah salah satu ciri al-muttaqin. Mengetahui semua perkara ghaib bukan syarat sahnya iman kita. Selamat beramal!










0 comments:

Post a Comment