"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, November 19, 2014

Hamba Yang Bersyukur



Selalu kita  ucap “Syukur Alhamdulillah”. Selalu juga kita dengar orang ucap “Syukur Alhamdulillah”. Satu ucapan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah. Allah suruh kita bersyukur. Orang yang bersyukur dicintai Allah manakala orang yang kufur amat dibenci Allah.
Salah satu tanda orang yang bersyukur ialah melazimi qiyamullail-bangun malam. Ada orang panggil solat tahajjud. Nabi selalu bangun qiyamullail sehingga pecah-pecah kaki baginda sebab lama berdiri solat malam. Isteri baginda, Aisyah bertanya: “Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Kenapa masih melakukan sedemikian? Jawab Baginda: “Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”
Nabi solat malam panjang qiyamnya. Dalam satu hadis sahih nabi solat malam tidak lebih 11 rakaat. Ada orang sembahyang terawih lapan rakaat campur witir tiga rakaat. Katanya ini sunnah nabi. Tempat kita ni antara polimik yang tak pandai selesai apabila tiba Ramadan ialah manusia madang berbalah tentang bilangan rakaat solat terawih. Yang buat lapan campur tiga claim inilah paling sunnah.
Nabi kalaupun buat lapan campur tiga rakaat lagu mana sifat solat baginda? Kita solat lapan rakaat ada pecah-pecah ke kaki kita? Kalu kata nak ikut nabi kena  baca macam nabi baca, kena qiyam lama macam nabi qiyam baru ngam sungguh kata nak ikut nabi. Puak kita ni ikut sunnah separu-separuh. Macam poligamilah. Kalau nak kawin lebih satu dia berhujjah itu sunnah tapi kehidupan dia dalam berpoligami punah ranah. Kasihan kat isteri. Hidup bermadu yang sepatutnya manis macam madu bertukar jadi pahit lebih daripada hempedu.
Nabi dalam komentarnya kenapa qiam malam baginda jawab baginda nak jadi hamba yang bersyukur. Ciri-ciri hamba yang bersyukur ni antara lain ialah bangun qiyamullail. Berapa orang boleh melazimi qiyamullail? Tak ramai. Qiyamullail ni adalah solat yang paling afdhal selepas solat lima waktu. Nak jadi hamba yang bersyukur ni tak ramai. Allah bagi tahu:
وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Dan sedikit sahaja dalam kalangan hambaku yang bersyukur”.
Makanya marilah sama-sama kita jadi hamba Allah yang bersyukur. Kena didik jiwa untuk bangun beribadah waktu malam yang kelam saat manusia dibuai mimpi malam di atas tilam, kita bertafakur di tikar sejadah, mengharap reda Allah menuju taqwallah.

3 comments:

MofiR said...[Balas]

Barakallah fik ya ustaz
artikel yang sangat bagus untuk muhasabah diri.

musafir kehidupan said...[Balas]

Amin,..teruskan menulis ustaz..Kami sentiasa ternanti2..

Etuza said...[Balas]

http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html

Post a Comment