"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, January 31, 2010

Memakmurkan Masjid Pekan Keningau



Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan shalat, emnunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.(at taubah:18)


Alhamdulillah, program imarah masjid di Pekan Keningau bagi tahun 2010 sudah aktif kembali. Dengan kepulangan para ustaz yang bercuti di semenanjung pada cuti pada cuti persekolahan lepas maka program kuliah agama dihidupkan kembali.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya yang amat luas Masjid Pekan Keningau dapat dimakmurkan. Jemaah sekarang semakin bertambah. Aktiviti-aktiviti keagamaan juga banyak dilaksanakan. Kehadiran kuliah maghrib amat menggalakkan. Begitu juga kanak-kanak yang mengaji al-quran.

Marilah sama-sama kita memakmurkan rumah Allah ini. Jom ke masjid!

Sila ke:

http://masjidpekankeningau.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment