"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, January 31, 2010

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat IPG Keningau

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat IPG Kampus Keningau telah diadakan pada hari Jumaat, 22.01.10 yang lepas. Majlis anjuran bersama JAPIM dan HEP ini telah dihadiri oleh para pelajar, para pensyrah dan staf sokongan.

Antara program yang telah dijalankan ialah forum perdana, "mitatabang" masak bubur lambuk dan bacaan yasin.Saya sekali lagi diminta untuk menjadi panel forum. Bersama saya ialah Ustaz Zulwaqar dari JAKIM dan Ustaz Hazik, guru di Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud.

Majlis forum yang diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Keningau ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Sobri Othman, pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Keningau.

Banyak isu telah dikupaskan oleh para ahli panel dan antara yang menarik perhatian para pendengar ialah isu CINTA. Nampaknya bab cintan cantun ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya tidak tersasar daripada landasan Islam.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis sambutan pada tahun ini dan terima kasih kepada pihak penguruan yang telah memberi tunjuk ajar dan sokongan. Semoga mendapat pembalasan sewajarnya daripada Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment