"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, January 31, 2010

Boleh bertawassul dengan amalan soleh kita

عن ابن عمر :
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (انطلق ثلاثة رهط ممن كان قبلكم، حتى أووا المبيت إلى غار فدخلوه، فانحدرت صخرة من الجبل فسدت عليهم الغار، فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذه الصخرة إلا أن تدعو الله بصالح أعمالكم،

فقال رجل منهم: اللهم كان لي أبوان شيخان كبيران، وكنت لا أغبق قبلهما أهلا ولا مالا، فناء بي في طلب شيء يوما، فلم أرح عليهما حتى ناما، فحلبت لهما غبوقهما فوجدتهما نائمين، وكرهت أن أغبق قبلهما أهلا أو مالا، فلبثت والقدح على يدي أنتظر استيقاظهما حتى برق الفجر، فاستيقظا فشربا غبوقهما، اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك ففرج عنا ما نحن فيه من هذه الصخرة، فانفرجت شيئا لا يستطيعون الخروج،

قال النبي صلى الله عليه وسلم: وقال الآخر: اللهم كانت لي بنت عم كانت أحب الناس إلي، فأدرتها عن نفسها فامتنعت مني، حتى ألمت بها سنة من السنين، فجاءتني فأعطيتها عشرين ومائة دينار على أن تخلي بيني وبين نفسها، ففعلت حتى إذا قدرت عليها قالت: لا أحل لك أن تفض الخاتم إلا بحقه، فتحرجت من الوقوع عليها، فانصرفت عنها وهي أحب الناس إلي وتركت الذهب الذي أعطيتها، اللهم إن كنت فعلت ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة غير أنهم لا يستطيعون الخروج منها،

قال النبي صلى الله عليه وسلم: وقال الثالث: اللهم إني استأجرت أجراء فأعطيتهم أجرهم غير رجل واحد ترك الذي له وذهب، فثمرت أجره حتى كثرت منه الأموال، فجاءني بعد حين، فقال: يا عبد الله أد إلي أجري، فقلت له: كل ما ترى من أجرك، من الإبل والبقر والغنم والرقيق، فقال: يا عبد الله لا تستهزئ بي، فقلت: إني لا أستهزئ بك، فأخذه كله فاستاقه فلم يترك منه شيئا، اللهم فإن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة فخرجوا يمشون).

Daripada Abdillah ibn Umar RA katanya:

Aku dengar Rasulullah saw bercerita kepada para sahabatnya bahawa pada zaman sebelum kamu, terdapat tiga orang yang sedang membuat satu perjalanan. Ketika tiba waktu malam tempat berteduh. Mereka menuju ke sebuah gua lalu mereka masuk kedalamnya. Tiba-tiba ada sebuah batu besar dari atas bukit bergolek dan menutupi pintu gua tersebut. Salah seorang dari mereka berkata, "Sesungguhnya tidak ada seorangpun yang dapat menyelamatkan kita dari mushibah ini kecuali kamu berdoa kepada Allah melalui amalan soleh kamu."

Orang yang pertama berdoa, "Ya Allah aku mempunyai orang tua yang sudah uzur. Kebiasaanku adalah setiap malam aku memerah susu untuk kuberikan kepada kedua orang tuaku itu sebelum aku memberinya kepada isteri dan anak-anakku serta hamba sahayaku. Suatu ketika aku terlambat pulang kerana mencari daun untuk makanan binatang ternakku. Aku tetap memerah susu seperti biasa. Tetapi setelah selesai kudapati kedua orang tuaku telah tidur. Aku tidak mahu untuk mengejutkan keduanya. Meski demikian susu tersebut tidak kuberikan kepada isteri dan anak-anakku serta hamba sahayaku sebelum mereka berdua meminumnya. Aku menunggu sampai terbit fajar. Setelah mereka berdua bangun, mereka pun minum susu itu. Ya Allah, jika apa yang telah aku lakukan itu membawa keredhaan Engkau, maka bukakanlahh batu yang menutup mulut gua ini." Dengan tiba-tiba bergerklah batu itu sedikit tetapi mereka tetap tidak boleh keluar.

Nabi bersabda:Orang yang kedua berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya aku memiliki seorang sepupu yang sangat kucintai. Aku selalu ingin bersetubuh dengannya, namun ia selalu menolaknya. Sehinggalah pada satu tahun ia tertimpa kesulitan. Ia datang kepadaku untuk mengharap bantuanku. Aku menyerahkan kepadanya 120 dinar dengan syarat ia mahu bersetubuh denganku lalu ia bersetuju. Setelah aku berupaya untuk menyetubuhinya ia mengatakan, "Hendaklah engkau kepada Allah. Tidak halal bagi kamu menyetubuhi seseorang kecuali dengan izin syarak" Seketika itu juga aku gementar karena nama Engkau disebut lantas aku terus meninggalkannya bersama emas yang kuberikan kepadanya. Ya Allah, jika apa yang telah kulakukan itu mengharap keredhaan Engkau, maka bukakanlah batu yang menutup mulut gua ini." Dengan tiba-tiba batu itu bergerak sedikit tapi mereka belum boleh keluar.

Nabi terus bersabda:Orang yang ketiga berdoa, "Ya Allah aku mempunyai beberapa pekerja yang kuupah dengan sempurna, kecuali ada seorang pekerjaku yang keluar dan tidak mau mengambil upahnya terlebih dahulu. Upah itu kulaburkan sehingga menjadi banyak. Sesudah beberapa tahun, ia datang dan menanyakan haknya tersebut. "Wahai tuan, berikanlah upahku!" Aku berkata, "Semua yang engkau lihat, baik unta, sapi, kambing dan budak yang mengembalakannya adalah berasal dari gajimu." Ia berkata "Jangan engkau permainkan aku." Aku menjawab "aku tidak main-main".Ia mengambil semua haknya itu dan tidak tersisa sedikitpun. Ya Allah, jika apa yang telah kulakukan itu membawa keredhaan Engkau, maka gerakkanlah batu yang menutup mulut gua ini agar kami dapat keluar." Dengan sekejap batu itu bergerak sehingga terbukalah mulut gua tersebut dan mereka dapat keluar. (HR Bukhari dan Muslim)


- Hadis ini juga terdapat dalam riyadhus solihin karangan Imam Nawawi bab ikhlas dan menghadirkan hati dengan sedikit perbezaan matan

3 comments:

fakhri said...[Balas]

Rindunyo ko abe li..bilo nok sapa keningau pulok ni....hmmmmmm.

abu mahdi said...[Balas]

assalamu'alaikum Tuan Guru Abe Lie...
Jazakallah Khoir atas segala jasa, pengalaman dan ilmu yang diCurahkan...

rindu sangat sama kamu...

mohdrusli said...[Balas]

@abu mahdi
Ya aba mahdi, marilah kamu ke sini

Post a Comment