"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, January 31, 2010

Boleh bertawassul dengan amalan soleh kita

عن ابن عمر :
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (انطلق ثلاثة رهط ممن كان قبلكم، حتى أووا المبيت إلى غار فدخلوه، فانحدرت صخرة من الجبل فسدت عليهم الغار، فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذه الصخرة إلا أن تدعو الله بصالح أعمالكم،

فقال رجل منهم: اللهم كان لي أبوان شيخان كبيران، وكنت لا أغبق قبلهما أهلا ولا مالا، فناء بي في طلب شيء يوما، فلم أرح عليهما حتى ناما، فحلبت لهما غبوقهما فوجدتهما نائمين، وكرهت أن أغبق قبلهما أهلا أو مالا، فلبثت والقدح على يدي أنتظر استيقاظهما حتى برق الفجر، فاستيقظا فشربا غبوقهما، اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك ففرج عنا ما نحن فيه من هذه الصخرة، فانفرجت شيئا لا يستطيعون الخروج،

قال النبي صلى الله عليه وسلم: وقال الآخر: اللهم كانت لي بنت عم كانت أحب الناس إلي، فأدرتها عن نفسها فامتنعت مني، حتى ألمت بها سنة من السنين، فجاءتني فأعطيتها عشرين ومائة دينار على أن تخلي بيني وبين نفسها، ففعلت حتى إذا قدرت عليها قالت: لا أحل لك أن تفض الخاتم إلا بحقه، فتحرجت من الوقوع عليها، فانصرفت عنها وهي أحب الناس إلي وتركت الذهب الذي أعطيتها، اللهم إن كنت فعلت ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة غير أنهم لا يستطيعون الخروج منها،

قال النبي صلى الله عليه وسلم: وقال الثالث: اللهم إني استأجرت أجراء فأعطيتهم أجرهم غير رجل واحد ترك الذي له وذهب، فثمرت أجره حتى كثرت منه الأموال، فجاءني بعد حين، فقال: يا عبد الله أد إلي أجري، فقلت له: كل ما ترى من أجرك، من الإبل والبقر والغنم والرقيق، فقال: يا عبد الله لا تستهزئ بي، فقلت: إني لا أستهزئ بك، فأخذه كله فاستاقه فلم يترك منه شيئا، اللهم فإن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة فخرجوا يمشون).

Daripada Abdillah ibn Umar RA katanya:

Aku dengar Rasulullah saw bercerita kepada para sahabatnya bahawa pada zaman sebelum kamu, terdapat tiga orang yang sedang membuat satu perjalanan. Ketika tiba waktu malam tempat berteduh. Mereka menuju ke sebuah gua lalu mereka masuk kedalamnya. Tiba-tiba ada sebuah batu besar dari atas bukit bergolek dan menutupi pintu gua tersebut. Salah seorang dari mereka berkata, "Sesungguhnya tidak ada seorangpun yang dapat menyelamatkan kita dari mushibah ini kecuali kamu berdoa kepada Allah melalui amalan soleh kamu."

Orang yang pertama berdoa, "Ya Allah aku mempunyai orang tua yang sudah uzur. Kebiasaanku adalah setiap malam aku memerah susu untuk kuberikan kepada kedua orang tuaku itu sebelum aku memberinya kepada isteri dan anak-anakku serta hamba sahayaku. Suatu ketika aku terlambat pulang kerana mencari daun untuk makanan binatang ternakku. Aku tetap memerah susu seperti biasa. Tetapi setelah selesai kudapati kedua orang tuaku telah tidur. Aku tidak mahu untuk mengejutkan keduanya. Meski demikian susu tersebut tidak kuberikan kepada isteri dan anak-anakku serta hamba sahayaku sebelum mereka berdua meminumnya. Aku menunggu sampai terbit fajar. Setelah mereka berdua bangun, mereka pun minum susu itu. Ya Allah, jika apa yang telah aku lakukan itu membawa keredhaan Engkau, maka bukakanlahh batu yang menutup mulut gua ini." Dengan tiba-tiba bergerklah batu itu sedikit tetapi mereka tetap tidak boleh keluar.

Nabi bersabda:Orang yang kedua berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya aku memiliki seorang sepupu yang sangat kucintai. Aku selalu ingin bersetubuh dengannya, namun ia selalu menolaknya. Sehinggalah pada satu tahun ia tertimpa kesulitan. Ia datang kepadaku untuk mengharap bantuanku. Aku menyerahkan kepadanya 120 dinar dengan syarat ia mahu bersetubuh denganku lalu ia bersetuju. Setelah aku berupaya untuk menyetubuhinya ia mengatakan, "Hendaklah engkau kepada Allah. Tidak halal bagi kamu menyetubuhi seseorang kecuali dengan izin syarak" Seketika itu juga aku gementar karena nama Engkau disebut lantas aku terus meninggalkannya bersama emas yang kuberikan kepadanya. Ya Allah, jika apa yang telah kulakukan itu mengharap keredhaan Engkau, maka bukakanlah batu yang menutup mulut gua ini." Dengan tiba-tiba batu itu bergerak sedikit tapi mereka belum boleh keluar.

Nabi terus bersabda:Orang yang ketiga berdoa, "Ya Allah aku mempunyai beberapa pekerja yang kuupah dengan sempurna, kecuali ada seorang pekerjaku yang keluar dan tidak mau mengambil upahnya terlebih dahulu. Upah itu kulaburkan sehingga menjadi banyak. Sesudah beberapa tahun, ia datang dan menanyakan haknya tersebut. "Wahai tuan, berikanlah upahku!" Aku berkata, "Semua yang engkau lihat, baik unta, sapi, kambing dan budak yang mengembalakannya adalah berasal dari gajimu." Ia berkata "Jangan engkau permainkan aku." Aku menjawab "aku tidak main-main".Ia mengambil semua haknya itu dan tidak tersisa sedikitpun. Ya Allah, jika apa yang telah kulakukan itu membawa keredhaan Engkau, maka gerakkanlah batu yang menutup mulut gua ini agar kami dapat keluar." Dengan sekejap batu itu bergerak sehingga terbukalah mulut gua tersebut dan mereka dapat keluar. (HR Bukhari dan Muslim)


- Hadis ini juga terdapat dalam riyadhus solihin karangan Imam Nawawi bab ikhlas dan menghadirkan hati dengan sedikit perbezaan matan

Fitnah itu lebih besar daripada membunuh

Kita kerapkali mendengar para ustaz menceritakan tentang dosa fitnah. Mereka memberitahu bahawa dosa fitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh berdasarkan firman Allah dalam surah al-baqarah:191

والفتنة أشد من القتل

Perkataan "الفتنة" di dalam al-quran mempunyai pelbagai makna dan maksud. Orang melayu selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah di dalam ayat tadi dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya yang sebenar bukan begitu.

Mengikut tafsir Ibn Kathir makna fitnah di dalam ayat 191 al-baqarah ialah syirik. Tidak kedapatan di dalam quran perkataan fitnah yang membawa maksud membuat tuduhan palsu atau tidak benar.

Maksud sebenar ayat tadi ialah:“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” Ramai di kalangan orang melayu termasuk para ustaz yang mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa arab.

Kita sepatutnya dapat membezakan perkataan fitnah versi Bahasa Melayu dengan perkataan Fitnah versi Bahasa Arab. Tuduhan palsu dalam Bahasa Arab ialah بهتان . Harap kita peka dengan kalimah ini supaya tidak berlaku "fitnah" di dalam agama. Kata Imam Nawawi di dalam muqaddimah Riyadus solihin:

إن لله عبادا فطنا # طلقوا الدنيا وخافوا الفتنا
نظروا فيها فلما علموا # أنها ليست لحي وطنا
جعلوها لجة واتخذوا # صالح الأعمال فيها سفنا

Memakmurkan Masjid Pekan Keningau



Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan shalat, emnunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.(at taubah:18)


Alhamdulillah, program imarah masjid di Pekan Keningau bagi tahun 2010 sudah aktif kembali. Dengan kepulangan para ustaz yang bercuti di semenanjung pada cuti pada cuti persekolahan lepas maka program kuliah agama dihidupkan kembali.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya yang amat luas Masjid Pekan Keningau dapat dimakmurkan. Jemaah sekarang semakin bertambah. Aktiviti-aktiviti keagamaan juga banyak dilaksanakan. Kehadiran kuliah maghrib amat menggalakkan. Begitu juga kanak-kanak yang mengaji al-quran.

Marilah sama-sama kita memakmurkan rumah Allah ini. Jom ke masjid!

Sila ke:

http://masjidpekankeningau.blogspot.com/

Sudah 15 Safar

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
لا عدوى ولا طيَرة، ولا هامة ولا صفر، وفِرَّ من المجذوم كما تفرُّ من الأسد
Sabda Nabi SAW:
“Tiada jangkitan, tiada sial,
tiada jangkitan hammah (binatang berbisa yang membunuh),tiada jangkitan safar dan larilah kamu daripada jangkitan kusta sebagaimana kamu lari daripada singa."

Hari ini sudah masuk 15 Safar 1431H. Masa berlalu sungguh cepat. Umur kita semakin bertambah. Baki umur kita semakin berkurang. Lubang kubur semakin dekat. Teringat saya pesanan seorang ustaz:

"Beramallah sebelum urat kamu kendur, mata menjadi kabur, gigi sudah gugur, uban sudah subur dan bertabur, badan uzur, sebelum diusung ke lubang kubur".

Bersama penduduk Kampung Mansiat dan Kampung Sinua

di Pekan Sook, sebelum merentasi jalan mencabar

عن أبي هريرة؛ قال
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من نفس عن مسلم كربة من كرب الدنيا، نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة. ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والأخرة. ومن يسر على معسر، يسر الله عليه في الدنيا والأخرة. والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما، سهل الله له به طريقا إلى الجنة. وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله ويتدارسونه بينهم إلا حفتهم الملائكة ونزلت عليهم السكينة وغشيتهم الرحمة وذكرهم الله فيمن عنده. ومن أبطأ به عمله لم يسرع به نسبه

balai raya Kg. Mansiat yang usang

Daripada Abi Hurairah r.a., dari Nabi SAW, bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang muslim suatu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan orang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya, selagi hamba-Nya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya.

kenderaan yang "dihiasi" dengan lumpur

Pak Daeng menikmati keindahan kampung


Pada 24.01,10 yang lepas saya telah menyertai misi dakwah di Kampung Mansiat dan Sinua yang terletak di penghujung Sook, dalam daerah Nabawan. Misi yang diketuai oleh Saudara Hisyamudin Sulaiman ini juga disertai oleh beberapa orang dari Kota Kinabalu. Hadir sama Dr. Daeng Sanusi Mariok, aktivis Amal.

semoga Islam menyinari kehidupan anak-anak Kg Mansiat ini


Perjalanan dari Keningau ke Kg. Mansiat mengambil masa lebih kurang 3 jam. Saya memandu kenderaan pacuan empat roda saya yang baru semingga tiba dari semenanjung. Empat buah kenderaan pacuan empat roda telah bergerak merentasi jalan yang cukup mencabar. Kereta saya hampir tidak dapat dikawal namun Alhamdulillah tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

berhenti memeriksa kenderaan





Ketibaan kami disambut mesra oleh para penduduk di sana. Beberapa program telah diatur. Saya telah mengimami solat zohor dan menyampaikan tazkirah. Majlis dialog dan bantuan kepada penduduk juga telah diadakan. Mudah-mudahan dengan sedikit bantuan yang dihulurkan tadi kami termasuk daripada golongan yang disabdakan oleh Nabi SAW. sepertimana hadis di atas.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat IPG Keningau

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat IPG Kampus Keningau telah diadakan pada hari Jumaat, 22.01.10 yang lepas. Majlis anjuran bersama JAPIM dan HEP ini telah dihadiri oleh para pelajar, para pensyrah dan staf sokongan.

Antara program yang telah dijalankan ialah forum perdana, "mitatabang" masak bubur lambuk dan bacaan yasin.Saya sekali lagi diminta untuk menjadi panel forum. Bersama saya ialah Ustaz Zulwaqar dari JAKIM dan Ustaz Hazik, guru di Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud.

Majlis forum yang diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Keningau ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Sobri Othman, pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Keningau.

Banyak isu telah dikupaskan oleh para ahli panel dan antara yang menarik perhatian para pendengar ialah isu CINTA. Nampaknya bab cintan cantun ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya tidak tersasar daripada landasan Islam.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis sambutan pada tahun ini dan terima kasih kepada pihak penguruan yang telah memberi tunjuk ajar dan sokongan. Semoga mendapat pembalasan sewajarnya daripada Allah SWT.

Berforum di Dewan Terbuka Al-Falah , Nabawan

Persembahan daripada puteri-puteri SAR Al-Falah

Saya bersama masyrakat di Nabawan pada 21.01.10 yang lepas dalam forum perdana maal hijrah 1431. Saya dijemput sebagai ahli panel berganding bersama Ustaz Awwaluddin Nasotion, Pegawai Dakwah JAINS Kota Kinabalu.

Kalau tak silap saya, kali terakhir saya digandingkan bersama beliau ialah pada forum yang sama lapan tahun yang lepas bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Gadong, Beufort.

Forum Perdana Maal Hijrah 1431 Peringkat Daerah Nabawan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghani bin Datuk Haji Mohd Yassin, ketua UMNO Bahagian P.182 pensiangan merangkap Ketua USIA Bahagian Pensiangan.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Abdul Ghani menyentuh serba sedikit tentang kemunduran yang melanda umat Islam di seluruh dunia. Beliau menyeru supaya sirah nabi dihayati dan dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian.

Majlis Forum bermula pada jam 1030 pagi dan berakhir dua jam selepas itu. Saya menyeru kepada hadirin supaya berubah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Seperti biasa saya menekankan supaya ditegakkan amalan solat seharian.

Ramai yang mengaku Islam tetapi malangnya solat diabaikan sedangkan garis beza antara muslim dengan kafir ialah solat. Sesiapa yang meninggalkanya maka kufrlah ia. Ini jelas sebagaimana sabdaan baginda.

Saya pulang ke Keningau seusai solat jemaah zohor menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan dibekalkan daging payau oleh AJK sambutan. Semoga dapat berjumpa lagi pada lain kali.

Friday, January 15, 2010

Gerhana matahari

Gerhana matahari dijangka akan berlaku pada hari ini, Jumat, 15 Januari 2010, jam 3.45 petang. Bagi orang Islam disunatkan untuk mengerjakan solat sunat gerhana matahari(صلاة الكسوف). Hukumnya sunat muakkadah. Boleh dikerjakan secara bersendirian atau berjamaah. Yang paling afdhal dilakukan secara berjamaah di tempat yang diadakan solat jumuat(masjid).

Disunatkan juga untuk kita memperbanyakkan zikir, takbir, bersedeqah dan lain-lain lagi amalan-amalan sunat.

Dalil:

(إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله، لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله، وكبروا وصلوا وتصدقوا)

Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana disebabkan kematian atau kelahiran seseorang. Apabila kamu melihatnya maka hendaklah kamu berrdoa, bertakbir, melakukan solat dan bersedeqah.(Bukhari)

Insya Allah saya akan bersolat bersama warga IPGM Kampus Keningau dan masyarakat di Masjid Jamek IPG Keningau selepas mengerjakan solat asar. Semua dijemput hadir sama.

Thursday, January 14, 2010

Allah


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ (38)

38. Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", nescaya mereka menjawab: "Allah". Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?. Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (87)

87. Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: "Allah", Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah )

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (61)

61. Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" tentu mereka akan menjawab: "Allah", Maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar).


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ (63)

63. Dan Sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya).



وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (25)

25. Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak Mengetahui.