"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, May 20, 2009

Taqwa menuju kemenangan

Umum mengetahui bahawa Islam pernah menjadi satu empayar yang menguasai tiga suku dunia semenjak zaman Saiyidina Umar Al Khattab r.a. Dua empayar besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi terpaksa tunduk di bawah pengaruh kekuasaan Islam. Bagaimana Islam dapat berada di puncak kegemilangan pada ketika itu? Apakah resepi dan ramuan yang diguna pakai oleh mereka sehingga berada di puncak jaya? Jawapannya ialah itulah kesan didikan Rasulullah.SAW dengan taqwa. Kekuasaan dan Kegemilangan yang pernah dikecapi itu bukan dalam satu atau dua aspek tetapi dalam berbagai aspek, sebanyak dan seluas ajaran itu sendiri.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(al-baqarah 208)

Pada zaman ini kita lihat para cerdik pandai dan kalangan pemimpin di seluruh dunia cuba untuk menghangatkan kembali kisah kegemilangan Islam dan berharap supaya ianya berulang kembali pada abad ini. Amat malang sekali walaupun bayak cara dan tindakan yang diambil untuk melihat Islam berada dipuncak gemilang namun sehingga hari ini belum nampak hasilnya, bahkan semakin diusahakan, semakin banyak kesan sampingan yang terjadi. Sebagai contoh, apabila diusahakan agar umat Islam mencapai kemajuan di bidang material, maka terabai pula aspek kasih sayang dan perpaduan ummah. Apabila dibangunkan dengan kemajuan ilmu pengetahuan, timbul pula masalah sosial yang parah seperti kes zina, rogol, rasuah, rempit dan lain-lain. Apabila sibuk menghitung pencapaian angka-angka dalam ekonomi, keharmonian rumah tangga pula menjadi retak.

Sekarang kita dapat lihat dan rasakan betapa bermasalahnya kita apabila ajaran Islam tidak dihayati sebangai jalan kehidupan. Lihatlah bagaimana dikatakan berjaya di bidang ilmu pengetahuan, mempunyai ijazah sehingga peringkat phd tetapi runtuh pula akhlaknya. Hebat di bidang ekonomi, tapi Allah dilupai. Dapat kedudukan dan pangkat tinggi, ego pula menguasai diri. Harta bertimbun dan berguni tapi tak ingat nak pergi haji walaupun sudah melancong serata negeri. Kaum wanita turut berjaya dalam berbagai bidang yang diceburi seperti golongan lelaki, malangnya tidak tahu pula mentaati dan mengutamakan suami.

Inilah episod malang yang menimpa umat Islam serata dunia lantaran ketidakpedulian umat Islam terhadap ajaran Islam itu sendiri. Benarlah sebagaimana yang diperkatakan oleh seorang pemikir Islam, Al-Maududi yang menegaskan bahawa amat malang bagi orang Islam seribu kali malang. Hal ini demikian kerana mereka dikurniakan al-quran sabagi rujukan dan panduan hidup untuk kesejahteraan dunia dan akhirat tetapi al-Quran itu tidak di manfaatkannya seperti yang sepatutnya. Samalah seperti seorang yang berpenyakit dan sudah ada ubatnya tetapi tidak mahu menggunakan ubat tersebut sebagai penyebab untuk menghilangkan penyakit.

Sudah terang lagi tersuluh bahawa kemenangan dan kejayaan umat Islam di dunia sementara ini adalah di atas dasar taqwa, bukan yang lain. Kita tidak boleh gemilang hanya dengan kuatnya ekonomi kita. Kita tidak boleh menjadi terbilang dengan mengharapkan kekuatan material yang ada pada kita. Hanya taqwalah kita hebat. Hebat dunia hebat akhirat. Landasan taqwa telah disediakan oleh Allah bagi umat Islam. Allah telah berjanji, dan janji Allah pasti ditepati, iaitu melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah menjadi pembela bagi orang-orang yang bertaqwa. "(al-jathiah 19)

Apabila umat Islam benar-benar bertaqwa, maka berhaklah Allah menyempurnakan segala urusan umat Islam. Taqwa inilah merupakan modal paling utama umat Islam semenjak zaman Rasulullah SAW dan disambung ke zaman sahabat dan berterusan ke zaman tabiin. Sejarah telah memaparkan kepada kita bahawa tentera Islam yang bebbekalkan taqwa kepada Allah telah berjaya di medan tempur melawan musuh yang lebih ramai bilangannya dan ditambah dengan kelengkapan perang yang jauh lebih hebat berbanding tentera Islam tetapi kemenagan demi kemenangan berpihak kepada Islam.

Apabila taqwa sudah diabaikan, disisihkan, terpinggir dan tidak diberi perhatian malah langsung tidak memahaminya, maka bermulalah Allah berlepas tangan. Pada waktu itu siapa di kalangan manusia antara umat Islam dan kufar itu yang kuat, merekalah yang menang. Allah sudah tidak sudi lagi atau sudah tidak mahu dalam membantu umat Islam. Begitu juga dalam persoalan pembangunan ummah. Ummah tidak akan menjadi baik kecuali dengan mengikut cara dan acuan umat terdahulu yang menjadikan taqwa sebagai pakaian mereka. Benarlah sebagaimana yang disebut oleh Umar ibn Al-Khattab ketika menghantar angkatan perang dengan berkata:

إنما ننتصر بمعصية عدونا لله، وطاعتنا له، فإذا استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة

Sesungguhnya kita memperoleh kemenangan kerana kederhakaan musuh kita terhadap Allah dan ketaatan kita terhadap-Nya. Apabila kita sama-sama menderhaka maka musuh kita mempunyai kelebihan dalam kekuatan berbanding dengan kita.

4 comments:

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

memang benar kata nabi saw (lebih kurang maksudnya), umat islam hari ini ramai tapi tidak timbul kegentaran di hati-hati musuh islam..kerana cinta dunia dan takut mati..

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

asbab satu fikir dengan pihak musuh, keyakinan yang sama dengan mereka ,yakin dengan senjata,teknologi,kepakaran,bom mortar...sehingga lupa kemenangan datang dari Allah.....natijahnya,Allah telah tewaskan umat islam di tangan orang kafir..

SYUKRI ABDULLAH said...[Balas]

assalamualaikum...laporan daripada jemaah 40hari yang keluar di Tambunan, satu kampung 90% orang islam telah murtad, dan ada surau bertukar jadi gereja.org tempatan sana bagitau "jemaah lambat sampai, ada yang murtad tahun lepas.."

mohdrusli said...[Balas]

لا حول ولا قوة إلا بالله

Post a Comment