"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, May 16, 2009

Terima kasih cikgu

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فضل العالم على العابد كفضلي على أدناكم ثم تلا هذه الآية { إنما يخشى الله من عباده العلماء } إن الله وملائكته وأهل سماواته وأرضيه والنون في البحر يصلون على الذين يعلمون الناس الخير

Sabda Nabi SAW: Kelebihan orang alim berbanding dengan seorang abid ialah seperti kelebihanku berbanding dengan orang yang paling rendah di kalanganmu, firman Allah “Sesunguhnya orang yang takut kepada Allah ialah daripada kalangan ulama”. Sesungguhnya Allah dan para malaikat serta semua penghuni langit dan bumi dan juga semua hidupan di laut berselawat ke atas orang yang mengajar manusia tentang kebaikan.



Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi insan guru di Malaysia. Hari ini ialah Hari Guru. Pengobanan dan jasa guru kepada murid adalah suatu hakikat yang tak boleh dinafikan. Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik dan mengajar saya. Saya catatkan beberapa nama guru yang menunjuk ajar saya secara rasmi ketika saya bergelar murid, pelajar, thalib, tilmiz:



-Ketika di SK Paya Bemban(peringkat penilaian darjah lima, 1982-1987) di antara guru-guru saya ialah Ustazah Mariam, Ustazah Fatimah, Ustaz Ali, Ustaz Hashim Ehsan(bapa kepada pemain badminton negara, Roslin Hashim), Cikgu Rashid Muda, Cikgu Hussin, Cikgu Yong Anuar Ibrahim, Cikgu Raznah Ali, Cikgu Zainun Mohd Noor, Cikgu Yazid, Cikgu Ayob, Cikgu Faridah Muhammad, Cikgu Wahab, Miss Sin, Mr. Kuna, Tuan Haji Mohd. Alkaff(Guru Besar) dan lain-lain.

Kawan-kawan sepengajian saya pada ketika itu antaranya ialah Ab. Rahman Jaafar, Aryati Yacub, Shaharidanisman Johanis, Suhaida Adullah, Musharwani Mustapha, Zarinah Sari@Talib, Syafiq Efendi Mat Zain, Norhayati Ali, Asraf Safian dan kembarnya Arsyad Safian, Yusni Hassan, Ab. Kahar Ab. Jalil dan lain-lain.



-Ketika di SMU Maahad Muhammadi L(peringkat SRP, SMU, SPM, 1988-1992) di antara guru-guru saya ialah Ustaz Ab. Rahman Yacob,
Ustazah Naimah, Ustaz Mohammad Puteh, Cikgu Raihanah Yunus, Ustaz Che Seman Che Ngah, Ustaz Ab. Halim, Ustaz Ghazali Mohd. Zain, Cikgu Tarmizi Said, Cikgu Mustaffa, Ustaz Mat Taib, Ustaz Najmuddin, Ustaz Zakaria, Ustaz Nik Ab. Kadir(pengetua) dan lain-lain.

Teman-teman seguru saya pada peringkat ini ialah Hasrizal Hassan, Zawawi Ag. Hamat, Saifuddinn Wahid, Mohd. Rosdan Yusuf, Kamarudin Ramli, Rosli Ismail (Rosli putih), Wan Rohimi Wan Daud, Fakhrul Hazman Yusof(Abe Aji),Kamaruzzaman Ahmad, Hafizi Sulaiman, Ahmad Basri Ibrahim dan lain-lain.



-Ketika di Maahad Tahfiz MAIK(peringkat diploma,Jan. 93-Jun93) ada tiga orang guru saya iaitu Ustaz Subki Ab. Rahman, Ustaz Razak dan Ustaz Fadhal.

Bersama saya sebagai pelajar rintis Maahad ini ialah Nazman Yahya, Bahruddin Abdullah, Wan Ridwan Wan Abdullah, Muhamad Yunus, Sobri Abdullah dan lain-lain.



-Ketika di Pusat BA Nilam Puri(peringkat persediaan ke Timur Tengah, Jun 93-Ogos 93) di antara guru-guru saya ialah Ustaz Hassan Ali Hassan, Ustaz Mohd Noor Su, Ustaz Mustaffa dan lain-lain.

Rakan-rakan saya yang juga akan ke Timur Tengah ialah Arman Md. Rusoff, Lutfi Aman Yasuk, Mohd. Saufi Ibrahim, Fazdi Harun, Ahmad Baihaqi Atiqullah, Azhan Ahmad, Anahilyati Kamaruddin, Noratini Mohd Noor dan lain-lain.



-Ketika di Yarmouk univ. Jordan(peringkat sarjana muda, Sep. 93-Jun 97) di antara guru-guru saya ialah al-marhum As Syeikh Dr. Walid A’ni(hadis),As Syeikh Dr. Shahadah Umari(tafsir), As Syeikh Dr. Yusuf Az Zuyut(aqidah), As Syeikh Abul Basal(fiqh), Dr. Ali Atum(nahu),Dr. Salaman Qudha(Saraf), Dr Hamid Kassab(syair) dan lain-lain.

Juga belajar di Yarmouk Univ. bersama saya ialah Norsyam Kamal Ab. Razak, Muammar Ghadafi Hanafiah, Mohd Najib Ab. Jalil, Azizi Hassan, Mohd Nasir Ab. Latif, Noratini Mohd Noor, Nik Aidal Ahmad, Nik Kamilah Ghani dan lain-lain.



-Ketika di Maktab Perguruan Islam Bangi(peringkat Kursus perguruan Lepas ijazah, Jul. 98 – Jun 99) di antara guru-guru saya ialah Ustaz Wali Zakaria, Ustaz Rani, Ustazah Aminah Yacob, Ustazah Aidah, Ustazah Fatimah Yahya, Ustaz Syeikh Khalil, Mr Ismail Ibrahim dan lain-lain.

Saya ditempatkan di kelas 2.08 bersama Zawadi Che Seman, Azhan Ahmad, Subki Muhammad(ketua kelas), Wan Faisal Wan Ahmad, Ridwan Hasyim dan lain-lain.



-Ketika megikuti Kursus Penyelidikan Pendidikan bagi pensyarah IPG di IPBAA(Kursus Dalam Perkhidmatan 12 minggu) di antara guru-guru yang mengajar saya tentang kualitatif dan kuantitatif ialah Dr. Ab. Aziz, Dr. Kassim, Dr. Chua, Dr. Lay, Dr. Ghzali dan lain-lain.

Rakan-rakan sekursus ialah En. Aziz, Ustaz Ridwan Khalil, En. Zaiedi Sackdan, En. Mani, Pn. Sarimah, Pn. Faridah dan lain-lain.



-Ketika di Univ. Islam Antarabangsa Malaysia(peringkat sarjana, 2007 - ) di antara guru-guru saya ialah Teacher Samin(ce
lped- BI), Mr. Salim(Celped-BI), Madam Zarinah(Celped -BI), Dr. Ab. Rahman Chik(methods of teaching arabic as a second language, evaluation of arabic as a second language textbooks), Dr Saufi Man(principles of teaching a second language, psycholinguistics, syllabus design), Dr. Fauri Hassan(modern linguistics 2), Dr. Nafi Dollah(issues on contemporary Arabic language), Dr. Ab. Wahab Zakaria(contrastive and error analysis),As-Syeikh Dr. Ab. Razzak sa’di(research methodology) dan lain-lain.

Menuntut bersama saya di peringkat ini ialah AISHAH BT ISAHAK, AMANEE SORHIRAN, MOHD AZIZUL RAHMAN BIN ZABIDIN, MOHD FIRDAUS BIN YAHAYA, MOHD NASER BIN MOHD SABRI, NOR AISHIN NADA BT AHMAD RASHIDI dan lain-lain.



Terima kasih cikgu
, syukran laka ya ustaz! SELAMAT HARI GURU.

1 comments:

Anonymous said...[Balas]

assalamualaikum,
daripada profile yg diterangkan, saya kenal dengan allahyarham tok imam ismail ini. selalu pergi belajar agama dengan dia di masjid batu dua. sama lah juga dengan ibu saya. saya tinggal di paya bemban. hmm..sy tidak pasti kalau ust rusli kenal dgn abag2 sy...antaranya Rusdi dan Rosmaain.

Post a Comment