"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, May 15, 2009

Doa - Senjata Yang Diabaikan

Firman Allah:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(al-baqarah )

Firman Allah:

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

55. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (al-a’raf)



Firman Allah:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
60. Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".(Ghafir)


عن النعمان بن بشير؛ قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

" إن الدعاء هو العبادة "

Daripada Nu’man bin Basyir katanya sabda Nabi SAW “Sesungguhnya doa itu ialah ibadah”.

عن أبي هريرة، عن النبي صلى الله عليه وسلم
قال : ليس شيء أكرم على الله، سبحانه، من الدعاء

Daripada Abi Hurairah, daripada Nabi SAW sabdanya: “ Tidak ada Sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa”.(gharib)

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال
ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له

Daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “ Tuhan kita yang maha agung turun ke langit dunia pada setiap malam apabila tinggal sepertiga akhir malam seraya berfirman, “Sesiapa yang berdoa kepadaku akan kukabulkan, sesiapa yang meminta akan kuberikan, sesiapa yang minta ampun akan kuampunkan”.

عن جابر؛ قال
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول "إن في الليل لساعة، لا يوافقها رجل مسلم يسأل الله خيرا من أمر الدنيا والآخرة، إلا أعطاه إياه، وذلك كل ليلة

Daripada Jabir, katanya Aku mendengar rasulallah bersabda: Bahawa pada satu malam ada satu saat yang mana jika seorang muslim berdoa untuk kebaikan urusan dunia dan akhirat pada saat itu akan diperkenankan doanya, dan saat itu berlaku pada setiap malam.


Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan Allah memberkati kita di dunia dan di akhirat. Berdoalah dengan keadaan kita yakin bahawa doa kita akan diperkenankan. Doa itu senjata ampuh setiap mukmin maka jangan dipersiakannya. Berkata Al-Imam as-Syafie:

أتـهزأُ بالدعـاء وتَزْدَرِيـه وما تدري بمـا صنع الدعاء
سهامُ الليل لا تُخطئ ولكن لها أمـدٌ وللأمـدِ انقضـاء
فيمسكها إذا ما شـاء ربي ويرسلها إذا نَفَـذَ

0 comments:

Post a Comment