"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, June 12, 2016

Menyantuni Orang Lain

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan (Ali Imran:180)

Kita diajar supaya berbuat baik kepada orang lain. Ada dua hubungan perlu kita jaga untuk dapat kemuliaan hidup, pertama hubungan dengan Allah, kedua hubungan sesama manusia. Sikap orang Islam sesama mereka adalah saling hormat menghormati sayang menyayangi.

Umat Islam adalah diibaratkan seperti satu tubuh. Jika sakit salah satu anggota badan makan yang lain sakit juga. Antara nikmat Islam ialah Allah swt menjadikan umat Islam itu bersaudara. Apabila sebut bersaudara maka tidak ada saudara yang mahu mencelakakan saudaranya sendiri.

Satu hadis nabi:

اتّقِ اللهَ حيثما كنت وأتيع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن

Takwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, ikuti keburukan dengan kebaikan niscaya kebaikan itu akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak mulya (Abu Dawud)

Bulan puasa pahala amalan adalah berganda. Kita dianjurkan agar banyak membuat kebajikan kepada orang lain lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Antara kerja kebajikann ialah tolong mereka yang kehilangan suami. Sabda nabi saw:

الساعي على الأرملة والمسكين كالمجاهد في سبيل الله –وأحسبه- قال: وكالقائم اللذي لا يفتر وكالصا ئم لا يفطر "متفق عليه
Orang yang  membantu para janda dan orang-orang miskin bagaikan mujahid di jalan Allah , dan saya kira beliau bersabda : “Bagaikan orang yang solat malam tanpa lelah, dan bagaikan orang yang berpuasa yang tidak pernah henti.( muttafaq alaih )

Begitu juga halnya berkenaan anak yatim. Nabi saw bagitahu:

"أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا " رواه البخارى

Saya dan orang yang mengurus anak yatim di syurga seperti ini (sambil mengisyaratkan dua jari, telunjuk dan tengah) HR Al-Bukhari.

Bulan Ramadan bulan infaq. Jom infaq!

Saturday, June 11, 2016

Zikir dan Do’a Ma’tsurat




Zikir dan doa merupakan amalan yang sangat dituntut. Doa merupakan senjata bagi orang mukmin.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (al-baqarah:152)

الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(ar-ra’du:28)


Kalau kita perhati ayat berkenaan puasa dalam surah al-baqarah ayat 183, 184, 185. Ayat 186 Allah sebut tentang doa.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186)
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Ayat 187 Allah sebut kembali ayat berkenaan puasa. Kenapa terselit antara ayat puasa itu dengan ayat berkenaan doa? Bakpo? Ibnu Kathir dalam tafsirnya bagitau terdapat ayat berkenaan doa antara ayat puasa itu merupakan isyarat supaya bersungguh-sungguh dalam berdoa ketika puasa.

Orang puasa ni doa dia mustajab lebih-lebih lagi saat nak berbuka. Malangnya orang kita ni waktu nak buka sibuk dengan juadah serba makneka. Nak doa entah ke mana. Ambillah ruang dan peluang beberapa detik sebelum buka puasa dengan menadah tangan membaca doa. Tak tadah tangan pun tak apa.

Zikir dan doa yang terbaik ialah yang ma’thur daripada nabi saw. Maksud ma’thur ialah hak mari daripada nabi. Dengan kata lain nabi beramal dengan doa dan zikir itu.

Sekarang ada zikir dan doa ma’thurat yang dihimpun oleh Hassan al-Banna. Dikeluarkan dalam bentuk risalah pun ada, dalam bentuk buku kecil boleh bubuh dalam poket pun ada bahkan dalam HP kita pun boleh buat masuk zikir tu. Tak ada alasan lagi untuk kita tak baca zikir ma’thurat.


مَنْ قَال: لااله إلاالله وحْدَهُ لآشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَىَ كُلِّ شيئٍ قديْرٌ, فِيْ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ,كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ, وكُتِبَتْ لَهُ ماِ ئَةُ حَسَنَةٍ, ومُحِيَتْ عَنْهُ مَائَةُ سَيِّئَةٍ, وكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَان يَومَهُ ذلِك حتَّى يُمْسِيْ, ولَمْ يَأْتِ أحَدٌ بِأفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إلا رَجُلٌ  عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْهُ.

Barang siapa membaca : لااله إلاالله وحْدَهُ لآشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَىَ كُلِّ شيئٍ قديْرٌ dalam sehari 100 X, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis untuknya 100 kebaikan, dihapus darinya 100 keburukan, ia dijaga dari gangguan syaitan dari pagi sampai petang, dan tidak ada seorangpun yang dapat meraih lebih baik kecuali seorang yang membaca lebih banyak dari itu. ( HR, Muttafaq alaih ).


Friday, June 10, 2016

Jauhi makanan Haram


 
Memilih makan halalan thoyyiban merupakan sebahagian daripada tuntutan dan ajaran Islam. Umat Islam diminta supaya memakan makanan yang mengikut piawaian yang ditepakan.

Islam mengharamkan arak. Ia adalah termasuk daripada amalan Syaitan. Syaitan memang dari dulu, kini dan selamanya menghalang kita daripada ingat Allah.

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[untuk menetukan nasib], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).(al-maidah:90-91)

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[segala minuman yang memabukkan] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,(al-baqarah:219)

Makanan yang haram, riba dan syubuhat adalah antara faktor doa kita tidak dimakbulkan. Dalam satu hadis:

عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (إن الله طيب لا يقبل إلا طيباً، وإن الله تعالى أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين، فقال تعالى: يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا.  وقال تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ . ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يا رب، ومطعمه حرام، ومشربه حرام، وملبسه حرام، وغذي بالحرام، فأنا يستجاب لذلك)) رواه مسلم.))

Daripada Abi Hurairah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para rasul-Nya dengan firman-Nya:  Wahai Para Rasul makanlah yang baik-baik dan beramal solehlah.
Dan Dia berfirman: Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami rizkikan kepada kalian. Kemudian beliau menyebutkan ada seseorang melakukan perjalan jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia mengangkatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata: Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan keperluannya dipenuhi dari sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana doanya akan dikabulkan. (Riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain Nabi bagitahu bahawa mana-mana daging yang tumbuh daripada sumber haram yang dimurkai Allah, maka api nerakalah yang lebih utama baginya. Wal iyazabillah. Mudah-mudahan Allah jauhkan kita daripada api neraka.

Bulan puasa ni kena puasa betul. Pastikan sahur kita dan ifthor kita daripada sumber halal. Tak bulan puasa pun kena makan yang halal juga. Apa guna ketaatan kalau ianya bersisipkan kemaksiatan? Ke lagu mana?

Orang kita ni kalau sebut daging babi melenting selalu. Katanya haram orang Islam makan babi. Ironinya makan haram lain tidak diendahkan. Rasuah, riba, tipu claim, judi, tikam nombor tak apa pula. Semoga Allah menjaga dan memlihara kita daripada terjebak ke kancah makanan haram.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan kurnia-Mu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.”

Thursday, June 9, 2016

Hidup Sihat Cara Nabi




Antara kata-kata hikmat yang saya ingat ialah

الصحة تاج المرء لا يعرفها إلا المريض

“Sihat itu adalah mahkota seseorang, tidak mengenalinya kecuali orang sakit”. Kita apabila sihat tak rasa sangat berharganya nilai sihat ni tapi apabila sakit baru kita terkenang akan nikmat kesihatan. Dalam satu hadis nabi bagitahu bahawa dua perkara manusia tertipu dengannya, sihat dan waktu lapang.

Sihat adalah satu nikmat yang perlu disyukuri. Cara mensyukuri nikmat sihat ialah dengan cara beribadat kepada-Nya dengan tahap maksimun. Masa sihat boleh pergi masjid solat jemaah. Masa sihat boleh baca quran banyak-banyak. Kalau dah mari sakit maka susah nak bergerak ke masjid.

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَةَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ (28) جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا وَبِئْسَ الْقَرَارُ (29)

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang Telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?,  Yaitu neraka jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (Ibrahim:28-29)

Sihat ni bukan sahaja sihat tubuh badan tapi meliputi ruh, akal dan fizikal. Ada orang ambil berat tentang tubuh badan dia saja. Jaga kesihatan zahir. Jaga makan minum, bersenam, tidak merokok tidak minum arak kerana rokok dan arak ni bayak mudharat daripada manfaat.

Islam anjurkan kita sihat meliputi semua aspek, rohani dan jasmani.


االمُؤْمِنُ القَوِيُّ اَحَبُّ إِلىاللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِيْ كُلٍّ خَيْرٌ.

Seorang mu’min yang kuat itu lebih dicintai Allah dari pada mu’min yang lemah, dan pada masing-masing ada kebaikan.( HR,Muslim )

Bulan Ramadan ni juga salah satu anugerah Allah bagi kat kita supaya kita sihat. Sihat tubuh sihat iman sihat hati juga emosi. Hadis nabi 

صُوْمُوْا تَصِحُّوْا

Berpuasalah maka kalian akan sihat. Hadis ini walaupun ada pendapat kata dia hadis dhaif tapi maknanya sohih. Bahkan sudah terbukti dari segi kedoktoran bahawa puasa ini salah satu cara untuk sihat.

Tips menjaga kesehatan cara Rasulullah saw antara lain:

a) Shaum yang sesuai dengan sunnah. Bab ini kena mengaji secara bertungkus lumuslah  kalu nak tahu cara puasa nabi yang menghasilkan sihat.
b)    Olah raga (riyadhah). Nabi banyak berjalan kaki malah ada direkodkan dalam hadis bahawa baginda main lumba lari dengan Aisyah. Sihat boleh kasih sayang pun terpaut. Tak  beli alat riadhah mahal-mahal pun tak apa.

c)    Berbekam. Satu lagi berbekam. Amalan berbekam ni bagus untuk kesihatan. Nabi suka berbekam. Alhamdulillah tempat kita ramai orang boleh jadi juru bekam. Ada perkhidmatan gi sampai dalam rumah pun ada. Shahrudin pun ada buat promosi bekam. Tak payah bayar pun tak apa.

Intihanya, Jom Sihat Cara Nabi!