"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, March 3, 2016

Bermacam-macam Perumpamaan Dalam Al-Quran




وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآَنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا
“Dan Sesungguhnya kami Telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran Ini bermacam-macam perumpamaan. dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.”(al-kahf:54)

Perumpamaan dalam al-quran amat banyak. Allah swt datangkan perumpamaan demi perumpamaan kepada manusia agar mereka dapat mengambil iktibar daripadanya. Dalam bahasa Melayu kita orang-orang tua kita dulu bawa banyak perumpamaan untuk mendidik anak-anak. Seperti aur dengan tebing, seperti anjing dengan bayang-bayang nak ajar supaya jangan kita tamak. Apa lagi? Bagai pinang dibelah dua dan sebagainya.
Dalam quran Allah bawa datangkan perumpamaan supaya mudah-mudahan dengannya kita beringat dan ambil iktibar. Banyak contoh perumpamaan dalam quran, Contohnya:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu.”(al-baqarah:26)

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan kalau kami kehendaki, Sesungguhnya kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, Maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjelirkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.“(al-a’raf:176)

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas kurnianya lagi Maha Mengetahui.”al-baqarah:261)

Allah swt umpamakan orang alim yang tak beramal dengan ilmunya macam himar

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, Kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti kaldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”(al-jumuah:5)
Tiada memikulnya maksudya tidak mengamalkannya.

Ayat lain banyak lagilah berkenaan perumpamaan ini. Banyak-banyak perumpamaan yang Allah bagi ni tak akan bagi keinsafan dan kefahaman kacawali kepada orang berilmu.

وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلَّا الْعَالِمُونَ
“Dan perumpamaan-perumpamaan Ini kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.”(al-ankabut:43)

Nak jadi orang berilmu ni kena belajar. Tak ada orang atas muka bomi ni yang lahirnya terus jadi alim. Tak ada. Ilmu ni dapat dengan asbab belajar. Belajar ini perlu kepada sabar perlu kepada tekun bersungguh-sungguh. Bukan sekadar dengar telinga saja. Kena baca kena buat ulang kaji, buat penyelidikan yang kita panggil research. Kalu tak faham kena tanya.

Sebab itu kena balik kepada ilmu. Allah kata perumpamaan-perumpamaan ini yang memahaminya adalah orang berilmu. Dan dalam ayat lain Allah kata  orang yang takut kepada Allah ni ialah dalam kalangan ulama - Orang berilmulah! Ulama ni kalimah jamak mufradnya alim.

Mudah-mudahan kita dapat memahaminya dan seterusnya menatijahkan perasaan takut kepada Yang Maha Pencipta. Kita ini tiada apa-apa. Hanya tunggu masa untuk dijemput ke sana. 

Allah Telah menurunkan air (hujan) dari langit, Maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, Maka arus itu membawa buih yang mengambang. dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (ar-ra’du:17-18)
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Saturday, February 27, 2016

Menuju Rumah Pasti Milik




Melihat kepada gambar rumah yang diviralkan di alam maya. Ada rumah mampu lihat, ada rumah mampu milik, ada rumah yang pasti milik. Begitulah lebih kurang bahasanya. Yang nak disebut di sini ialah rumah yang ketiga –rumah pasti milik, Namanya kubur.

عن عبد الله ابن عمر، أخَذ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بمَنكِبي فقال : )كُنْ في الدنيا كأنك غريبٌ أو عابرُ سبيلٍ ) . وكان ابنُ عُمرَ يقولُ : إذا أمسيْتَ فلا تنتَظِرِ الصباحَ، وإذا أصبحْتَ فلا تنتظِرِ المساءَ، وخُذْ من صحتِك لمرضِك، ومن حياتِك لموتِك .البخاري

ambil peluang sihat sebelum sakit
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم  memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai orang dagang atau seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Hidup kita ini satu perjalanan. Kesudahan kepada perjalanan orang mukmin ialah bertemu Allah dengan mendapat reda-Nya.

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). (az-zumar:54)

Allah zahirkan kerosakan di laut dan di darat agar manusia kembali.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). ar rum:41

Kita ini dalam perjalanan menuju rumah pasti dan pasti milik. Macam kapal terbang, Para penumpang dalam masa kita dalam kapal boleh buat apa-apa aktiviti. Kita jalan 40 tahun 50 tahun 60 tahun.kapal akan landing dan penumpang akan turun bawa beg dan bekal masing-masing menuju ke terminal. Manusia akhirnya akan landing ke dalam kubur juga bawa bekal. Allah swt suruh kita cari bekal. Sebaik-baik bekal ialah taqwa. 
 
kapal terbang menuju destinasi
Orang kaya mati last sekali naik kereta jenazah walupun ada kereta mewah. Ke mana nak dibawa? Bawa ke kubur, ke rumah pasti milik. Orang miskin matipun naik kereta jenazah pergi kubur. Kaya dan miskin dua-duanya akan diadili di mahkamah Allah.Sangat menyayat hati.

Semua orang akan mati menuju ilahi. Yang mengiringi tiga jenis; harta, keluarga dan amal.

يرحع اثنان ويبقى واحد Harta dan ahli kelurga akan balik selepas pengkebumian. Yang tinggal dengan kita hanyalah amalan. Maka sebelum kita dijemput masuk dalam kubur, mari sama-sama kita buat persiapan. Hidup di dunia tak kekal lama. Akhirat jua tempat kita. Lubang kubur sudah tersedia. Menungggu tetamu setiap masa. Tidak kira kecil besar tua muda. Yang pasti semuanya akan ke sana.

Saturday, February 20, 2016

Peringatan Bagi Yang Berumur 40 Tahun




Dalam surah al-ahqaf ayat 15 Allah berfirman:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibubapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai menyusuinya dalam tempoh tiga puluh bulan, sehingga apabila dia dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Perbanyakkan doa ini terutamanya bagi yang dah sampai 40 tahun. 

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."

Doa ini juga elok diamalkan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ والْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا َالْمَمَاتِ
Ya Allah! aku berlindung dengan engkau daripada sikap lemah dan malas, daripada sikap pengecut dan nyanyuk tua, daripada sikap bakhil kedekut. YA Allah aku berlindung denganmu daripada azab kubur dan ujian  hidup dan mati.

Suatu ketika seorang sahabat datang jumpa nabi dan bagitahu bahawa dia dengar nabi berdoa berbagai doa sehingga dia tak mampu untuk menghafaz semuanya. Nabi bagi doa ini yang merangkumi semua bentuk permohonan nabi.

Bagi kita yang yang tak larat dah nak belajar dan hafaz pelbagai doa yang nabi baca maka inilah doa yang merangkumi semuanya:
اللَّهُمَّ إني أسألُكَ مِنْ خَيْرٍ ما سألَكَ منْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما اسْتَعاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صلى اللّه عليه وسلم، وأنْتَ المُسْتَعانُ وَعَلَيْكَ البَلاغُ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ باللَّهِ‏"‏
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan apa yang dipohonkan oleh Nabi-Mu Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan kami berlindung daripada kejahatan apa yang dipohon perlindungannya oleh Nabi-Mu Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Engkaulah tempat meminta pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan hajat, tiada daya dan upaya kecuali dengan (kekuasaan) Allah.”

Selamat berdoa semoga Allah terima!

Tuesday, February 16, 2016

Pahala Pergi Ke Masjid

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏صلاة الرجل في جماعة تزيد على صلاته في سوقه وبيته بضعاً وعشرين درجه وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء ثم أتى المسجد لا يريد إلا الصلاة، لا ينهزه إلا الصلاة، لم يخط خطوة إلا رفع له بها درجة، وحط عنه بها خطيئة حتى يدخل المسجد، فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت الصلاة هى تحبسه، والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذى صلى فيه، ما لم يؤذ فيه ما لم يحدث فيه‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه، وهذا لفظ مسلم‏)‏‏)‏‏.‏ وقوله صلى الله عليه وسلم‏:‏‏ ‏ينهزه‏ ‏ هو بفتح الياء والهاء وبالزاى‏:‏ أى يخرجه وينهضه‏ ‏‏ 

Daripada Abi Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:"Solat seseorang lelaki dengan berjamaah itu melebihi solatnya di pasar atau rumahnya - secara sendirian atau munfarid - dengan dua puluh lebih - tingkat darjatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana apabila seseorang itu berwudhu' dan memperbaguskan wudhu'nya, kemudian dia mendatangi masjid, tidak menghendaki ke masjid itu melainkan hendak bersembahyang, tidak pula ada yang menggerakkan kepergiannya ke masjid itu kecuali hendak solat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya selangkah kecuali ia dinaikkan tingkatnya sedarjat dan kerana itu pula dileburlah satu kesalahan daripadanya - yakni tiap selangkah tadi - sehingga ia masuk masjid. Apabila ia telah masuk ke dalam masjid, maka ia memperoleh pahala seperti dalam keadaan solat, selama memang solat itu yang menyebabkan ia bertahan di dalam masjid tadi, juga para malaikat mendoakan untuk mendapatkan kerahmatan Tuhan pada seseorang dari engkau semua, selama masih berada di tempat yang ia bersembahyang di situ. Para malaikat itu berkata: "Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah taubatnya." Hal sedemikian ini selama orang tersebut tidak berbuat buruk -yakni berkata-kata soal keduniaan, mengumpat orang lain, memukul dan lain-lain - dan juga selama ia tidak berhadas - yakni tidak batal wudhu'nya. Muttafaq 'alaih. Dan yang tersebut di atas adalah menurut lafaznya Imam Muslim. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم Yanhazu dengan fathahnya ya' dan ha' serta dengan menggunakan zai, artinya: mengeluarkannya dan menggerakkannya.

Sembahyang berjamaah amat dititik beratkan dalam Islam. Dalam hadis ini dinyatakan kelebihan sebanyak dua puluh lebih berbanding solat sendirian. Kalimah بضعا bermaksud bilangan tiga hingga sembilan. Dalam hadis lain nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu:
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة
 Solat berjamaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat. Solat jamaah ini afdhal dilakukan di masjid. Boleh berjamaah di rumah atau di pasar tapi ianya bukan sunnah yang digalakkan. Orang lelaki kena solat di masjid. Ada penceramah motivasi menganjurkan agar suami isteri solat bersama di rumah untuk mengeratkan hubungan dan juga sebagai didikan kepada ahli keluarga untuk praktik Islam. Bayangkan kalau semua keluarga masing-masing berjamaah di rumah masing-masing! Kosonglah masjid. Yang sepatutnya solat lima waktu bagi lelaki itu berjamaah di masjid. Perempuan solat di rumah dan kalau mereka mahu ke masjid juga maka jangan halang mereka.
.لا تمنعوا إماء الله مساجد الله
 Jangan kamu larang hamba-hamba Allah yang perempuan daripada mandatangi masjid. Banyak fadhilat kita dapat kalau solat berjemaah di masjid. Bermula langkah kita dari rumah sudah dapat pahala. Niat kita hendak ke masjid sudah dikira pahala. Duduk di masjid dan tunggu untuk solat fardhu dapat pahala solat. Masya Allah tabarakallah. Sebab itu dalam satu hari carilah waktu kita boleh tunggu solat selepas solat. Yang paling sesuai untuk kita ni waktu maghrib dengan isya’lah. Macam kita sekarang ni lepas solat maghrib kita tunggu lagi nak solat Isya;. Allah.

 Banyaknya pahala Allah nak bagi. Iktikaf lagi, belajar agama lagi. Sepanjang masa kita duduk tunggu ni Malaikat doakan kita. "Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah taubatnya." Dengan syarat dia tak menyakiti orang dan dia tak berhadas. Zaman sekarang antara perkara yang menyebabkan kita menyakiti orang ialah telefon bimbit. Selalu nada dering berbunyi ketika solat. Ketika kuliah dalam masjid. Ianya menganggu orang lain. Jadi bagi yang bawa HP tu tolong off atau tukar kepada mod silent. Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi! Insya Allah kita jumpa lagi.

Saturday, July 18, 2015

Idul Fitr 1436



من العائدين والفائزين، كل عام وأنتم بخير، تقبل الله منكم

درفد
محمد روسلي إسماعيل
وان نورليلى عبد الرزاق
حافظة
حسنى صالحة
حميدة
محمد





Thursday, July 16, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 29: Teruskan Beramal



Disampaikan oleh: al-syeikh Hisyam Abdul Bari(Imam Madinah Ramadan)
Tempat: Madinah Ramadan, Kota Bharu

Tiada ucapan yang boleh saya kata pada malam ini, malam perpisahan kita dengan Ramadan. Saat ini saya bersedih, tuan-tuan juga bersedih kerana Ramadan akan meninggalkan kita. Sesungguhya ibadat puasa dan quran memberi kesan kepada jiwa mukmin.

Walaupun Ramadan akan berlalu tapi tuhan Ramadan tetap ada selamanya. Jika kita terkesan dengan puasa dan quran maka kita boleh lagi teruskan dengan puasa dan membaca quran selain bulan Ramadan.

Tahun ini tahun kelima saya bersama dengan anda. Saya menganggap bahawa tuan-tuan adalah keluarga saya dan saya adalah ahli keluarga tuan-tuan. Di sini saya tidak terasa terasing kerana budi pekerti tuan-tuan yang mulia. Iamya jarang ada dalam diri orang arab.

Selepas ini saya akan balik ke tempat saya bertugas, di Jeddah. Di sana saya rasa saya orang asing bila bersama dengan warga Arab Saudi, Di Malaysia saya rasa gembira sekali bersama dengan tuan-tuan. Saya rasa ini adalah hasil didikan al-marhuma Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mentadbir negeri ini. Saya alhamdulillah mula-mula datang ke sini saya dibawa berjumpa dengan al marhum.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan terima kasih kepada tuan-tuan semua kerana mengimarahkan khemah ini bersama saya. Tanpa kehadiran tuan –tuan maka tiada guna khemah yang luas ini dibina.

Alhamdulillah negeri ini dipimpin oleh pemimpin  yang soleh. Dahulunya Tok Guru Nik Abdul Aziz dan sekarang penggantinya Ustaz Ahmad Yaakob yang juga berpewatakan zuhud dan wara’. Adakah tuan tuan lihat pemimpin lain yang sanggup datang bersolat bersama kita rakyat jelata? Tapi malam ini menteri besar bersama kita semua.

Saya berharap agar kepimpinan beliau bersama para exconya dapat meneruskan gaya kepimpinan yang dibawa sebelum ini. Tuan- tuan bantulah kepimpinan yang ada sekarang dengan apa cara.