"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, April 29, 2009

Wajib patuh arahan Allah dan Rasul

Firman Allah dalam surah al-ahzab:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا (36)

36. Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.

Al-Quran dan al-Hadis merupakan sumber panduan hidup yang wajib diikuti oleh setiap muslim. Sesungguhnya Islam adalah satu agama yang lengkap ajarannya meliputi semua aspek kehidupan manusia samada untuk kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat. Tidak ada sebab bagi orang mukmin untuk tidak menjadikan al-Quran dan hadis nabi sebagai pedoman hidup. Sebut apa saja keperluan hidup manusia di dunia ini, semuanya telah disebut dan diterangkan di dalam dua sumber ini. Kita perlu mendalami dan mengkaji dua peninggalan agung Nabi SAW kepada umatnya. Kita akan dapati bahawa ajaran al-quran dan hadis nabi itu sesuai untuk dipraktikkan samada pada masa dulu, kini atau pada masa akan datang.

Ada orang dengan sinisya mengejek dan memperli orang yang mahu mendukung ajaran Islam ini dengan mengatakan bahawa nabi naik unta jadi kita kena naik unta jugalah. Al-Quran tak mengajar kita cara-cara nak buat martabak mahupun roti canai jadi macamana dikatakan tidak ada satupun yang tidak disentuh oleh al-Quran. Kata-kata sebegini pada hakikatnya lahir daripada kejahilan manusia ataupun mereka ego untuk tunduk dan patuh kepada ketetapan Allah dan Rsul-Nya. Memanglah tak ada disebut tentang cara pembikinan martabak kepada manusia secara langsung tapi Allah memberi manusia akal untuk berfikir dengan waras berpandukan kepada prinsip Islam. Jangan jadi macam Bani Israel yang bodoh sombong tak dengar kata sehingga mereka mendapat murka lantaran banyak songe mereka terhadap arahan Allah dan para rasul yang diutuskan kepada mereka.

Justeru marilah sama-sama kita menjunjung ajaran Al-Quran dan Al-Hadis kerana dua perkara ini sahajalah yang akan menjadikan kita hidup mulia dan kita tidak akan sesat selama-lamanya selagi kita berpegang teguh dengan keduanya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik dalam Muwattaha’. (Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung.)-an-nur 51

Monday, April 27, 2009

Empat jenis manusia


قال عالم النحوي الخليل بن أحمد الفراهيدي الدوسي
الناس أربعة : رجل يدري ويدري أنه يدري فذلك عالم فاتبعوه ، ورجل يدري ولا يدري أنه يدري فذلك نائم فأيقظوه ، ورجل لا يدري ويدري أنه لا يدري فذلك مسترشد فأرشدوه ، ورجل لا يدري ولا يدري أنه لا يدري فذلك جاهل فاجتنبوه

Telah berkata seorang alim nahu Al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi ad-dusi :

Manusia itu empat macam:

1.Yang tahu, dia tahu bahawa dia tahu, itulah orang alim maka ikutilah dia.
2.Yang tahu, tapi dia tak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang sedang tidur(lalai) maka kejutkanlah dia.
3.Yang tak tahu, dia tahu bahwa dia tak tahu, itulah orang yang mencari tunjuk ajar maka ajarkanla dia.
4.Yang tak tahu, dia tak tahu bahawa dia tak tahu, itulah orang jahil(bodoh sombong) maka jauhilah dia.


Kata-kata hikmah ini jarang diucapkan oleh para ustaz kita dalam ceramah atau kuliah mereka tidak seperti kalam lain seperti ucapan Al-Imam As-Syafie atau ulama lain. Seingat saya kali pertama saya dengar ucapan ini ialah daripada mulut Ustaz Zulkifli Al-Bakri(pensyarah USIM) ketika beliau mengziarahi kami para pelajar Jordan di Yarmouk University. Beliau dalam tazkirahnya memperingati kami supaya menjadi yang terbaik iaitu jenis yang pertama. Maka jenis manusia yang manakah kita?

Mastika Hadis

عن أنس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Daripada Anas katanya: Sabda Nabi SAW “Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

عن أنس بن مالك قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين.
Daripada Anas bin Malik katannya: Sabda Nabi SAW “ Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehinggalah di mencintai aku lebih daripada dia mencintai anaknya, ibu bapanya dan semua manusia.”

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يؤمن أحكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به
Daripada Abi Hurairah katanya: Sabda Nabi SAW “ Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehinggalah semua keinginannya selaras dengan apa yang aku datangkan.”

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:قال النبي صلى الله عليه وسلم: (لا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن، ولا يشرب الخمر حين يشرب وهو مؤمن، ولا يسرق حين يسرق وهو مؤمن، ولا ينتهب نهبة، يرفع الناس إليه فيها أبصارهم، حين ينتهبها وهو مؤمن).
Daripada Abi Hurairah katanya: Sabda Nabi SAW “Orang mukmin tidak akan berzina dalam keadaan dia beriman, tidak akan minum arak dalam keadaan dia beriman, tidak akan mencuri dalam keadaan dia beriman, tidak akan melakukan rompakan yang mana manusia hanya mampu melihat sahaja kepadanya ketika ia merompak dalam keadaan dia beriman.”

"المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده، والمهاجر من هجر ما نهى اللّه عنه".
“Orang Islam ialah orang yang merasa selamat daripada lidahnya dan tanganya (tidak menyakiti orang lain dengan lidah dan tangannya), orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah”

Saturday, April 25, 2009

33 sebab khusyuk di dalam solat

Saya diminta untuk memberikan kuliah sebelum jumaat pada 24.03.09 di Masjid Pekan Keningau berkenaan dengan rahsia khusyuk di dalam solat. Di sini saya sertakan 33 sebab khuysuk dalam solat, terjemahan bebas saya daripada buku karangan Mohd. Soleh Al-Munajjid:

1.Membuat persediaan sebelum solat seperti:

-menjawab seruan azan dan membaca doa selepasa azan

-memperelokkan wudhu’

-membaca doa wudhu’

-mengambil berat tentang siwak(membersih gigi)

-berpakaian kemas dan bersih

-tempat solat bersih

-pergi awal ke masjid sebaiknya sebelum masuk waktu

-merapatkan saf

2.Thomakninah ketika solat

3.Ingat mati ketika solat

4.Memperhatikan makna ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya

5.Membaca ayat Al-Quran satu persatu

6.Membaca dengan tartil dan memperelokkan bacaan

7.Hendaklah mengetahui bahawa Allah menjawabnya ketika solat

8.Solat menggunakan sutrah(penghadang)

9.Meletakkan kedua tangan di atas dada, tangan kanan di atas tangan kiri ketika qiam

10.Melihat ke arah tempat sujud

11.Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud

12.Mempelbagaikan ayat Al-Quran,zikir dan doa dalam solat

13.Hendaklah sujud tilawah ketika membaca ayat sajdah

14.Membaca istiazah(memohon perlindungan dengan Allah daripada Syaitan)

15.Memperhatikan cara solat para salafus soleh

16.Mengetahui kelebihan khuysuk dalam solat

17.Bersungguh-sungguh ketika berdoa, terutama ketika sujud

18.Membaca doa-doa dan zikir-zikir selepas solat

19.Menghilangkan benda-benda di tempat solat sesuatu yang boleh melalaikan ketika solat seperti hiasan dan warna-warni.

20.Tidak solat dengan memakai pakaian yang mengandungi ukiran atau warna-warni atau mempunyai gambar patung

21.Tidak solat di hadapan makanan yang disukai

22.Tidak solat dalam keadaan menahan buang air kecil atau besar

23.Tidak solat dalam keadaan tersangat mengantuk

24.Tidak solat di hadapan orang yang sedang bercakap atau tidur

25.Tidak menyibukkan diri dengan membetulkan tempat sujud ketika sujud. Jika tidak dapat tidak dilakukan, hendaklah dibuat sebelum solat

26.Tidak mengganggu orang lain dengan bacaan kuat

27.Meninggalkan berpaling ketika solat

28.Tidak mendongak pandangan ke langit

29.Tidak meludah di hadapan(ke arah kiblat) ketika solat

30.Melawan(menahan) menguap ketika solat

31.Tidak mencekak pinggang ketika solat

32.Tidak memakai pakaian yang terlampau labuh sehingga melebihi buku lali

33.Tidak menyerupai perbuatan binatang

Thursday, April 23, 2009

Bacaan sebelum dan selepas tidur

Doa sebelum tidur:

اللهم قني عذابك يوم تجمع أو تبعث عبادك
Ya Allah, lindungilah aku daripada azab-Mu, pada hari engkau menghimpun dan membangkitkan hamba-mu.

Dalil:
عن ربعي بن حراش عن حذيفة ابن اليمان "أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أن ينام وضع يده تحت رأسه ثم قال: اللهم قني عذابك يوم تجمع أو تبعث عبادك". هذا حديثٌ حسنٌ صحيحٌ.

Bahawa Nabi SAW. Apabila baginda mahu tidur baginda meletakkan tangannya di bawah kepalanya kemudian berkata: “ Ya Allah, lindungilah aku daripada azab-Mu, pada hari engkau menghimpun dan membangkitkan hamba-mu.

باسمك اللهم أموت وأحيا
Dengan menyebut nama Engkau Ya Allah, aku mati dan aku hidup

Doa bangkit daripada tidur:
الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya hari kebangkitan

Dalil:
عن حذيفة قال:كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن ينام قال: (باسمك اللهم أموت وأحيا). وإذا استيقظ من منامه قال: الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور.

Daripada Huzaifah katanya: “Bahawa Nabi SAW. Apabila baginda hendak tidur baginda berkata: (Dengan menyebut nama Engkau Ya Allah, aku mati dan aku hidup). Dan apabila baginda bangkit daripada tidur baginda berkata:(Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya hari kebangkitan.)

Sebab-sebab mudah untuk bangun qiamullail

1- Sebab-sebab zahir :
* Tidak makan terlalu banyak. Banyak makan akan mendorong kita tidur banyak dan menyebabkan kita merasa malas untuk qiamullail.
* Tidak melakukan kerja-kerja yang terlalu membebebankan pada siang hari.
* Tidak meninggalkan tidur qailullah (tidur sekejap sebelun atau sesudah zohor) pada siang hari kerana ia menolong untuk bangkit pada malam hari.

2- Antara sebab-sebab batin pula ialah:
* Menjauhkan diri daripada melakukan dosa. Al-Thauri berkata: "Aku dihalang untuk qiamullail selama lima bulan kerana satu dosa yang aku lakukan".
* Bersih hati daripada prasangka dan perasaan tidak baik kepada orang Islam.
* Menjauhkan diri daripada amalan bidaah.(perkara yang direka-reka dalam amalam agama)
* Berpaling daripada kemewahan dunia.(tidak tertipu dengan dunia).
* Mengetahui kelebihan qiamullail.



Petua untuk mudah bangun.

Amalan ini saya tidak jumpai dalam hadis nabi. Saya ambil daripada ustaz-ustaz. Boleh diamalkan kerana ianya merupakan bacaan daripada ayat Al-Quran. Amalan tersebut ialah membaca empat ayat terakhir daripada surah al-Kahfi sebelum melelapkan mata:

إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا


107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,
108. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.
109. Katakanlah: sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".
110. Katakanlah: Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".

Sumber:
1- Sahih Bukhari
2- Jami’ Tirmizi
3- Ihya ulumuddin karangan Al-Imam Al-Ghazali

Tuesday, April 21, 2009

MTQ peringkat Negeri Sabah

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآَنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat(Al-a'raf 204)


Seusai memberikan kuliah dan solat Isya’ di Masjid Pekan Keningau saya berkesempatan menghadiri Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Besar SMK Gunsanad 2, Keningau. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Sabah. Di antara yang dipertandingkan ialah tilawah al-quran, hafazan al-quran, bercerita, berzanji dan marhaban. Johan keseluruhan disandang oleh Bahagian Barat. Para pemenang akan mewakili Negeri Sabah diperingkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Perak.Majlis penutupan diserikan dengan bacaan al-quran, kalam jamae’ dan kompang selawat. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Monday, April 20, 2009

Penurunan Al-Quran

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan Inayah daripada-Nya kami(para dae di Pedalaman Keningau) dapat memberikan sedikit khidmat menyampaikan ilmu kepada penduduk di sini. Alhamdulillah, sekaramg masjid Pekan Keningau(Masjid Ar Rahim) telah subur dengan pogram imarah masjid sepeti solat jemaah, kuliah maghrib, kuliah jumaat, tadarus Al-Quran dan lain-lain. Syabas dan tahniah kepada rakan yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman walaupun tidak mendapat apa-apa habuan keduniaan sebagaimana di Kuala Lumpur. Program kuliah Maghrib semalam diisi oleh Ustaz Muin yang baru dua minggu kehilangan anak tersayang. Tajuk kuliah berkisar tentang penurunan Al-Quran. Berikut ini saya ringkaskan isi-isi kuliah untuk menjadi rujukan semua terutama para jemaah Masjid Pekan Keningau.

Al-quran adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Membaca Al-Quran adalah ibadat. Ayat pertama yang diturunkan ialah daripada surah al-alaq ayat 1 – 5, ayatya ialah:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ(4

manakala ayat terakhir yang diturunkan mengikut pendapat yang paling sahih ialah daripada surah al-baqarah ayat 281.
وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Bagaimana Al-Quran diturunkan?

عن عائشة رضي الله عنها:أن الحارث بن هشام، سأل النبي صلى الله عليه وسلم: كيف يأتيك الوحي؟ قال: كل ذاك، يأتي الملك أحيانا في مثل صلصلة الجرس، فيفصم عني وقد وعيت ما قال، وهو أشده علي، ويتمثل لي الملك أحيانا رجلا، فيكلمني فأعي ما أقول

Daripada Aishah isteri Rasulullah SAW, Bahawa Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : "Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadangkala ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku."

Yang Pertama Diturunkan

Sepakat Jumhur ulama(Pendapat yang paling rajih atau sahih) bahawa yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).

Bagaimana Al-Quran dikumpulkan dan dibukukan?
AL-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:
1.Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.

2.Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.

3.Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.

4.Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

Rasulullah SAW menghafaz ayat-ayat yang diturunkan kepada baginda dan mengajarkan kepada para sahabat. Ada dikalangan sahabat yang menghafaz ayat-ayat Al-Quran dan ada yang menulis diatas kulit kayu, batuan, kulit haiwan dan kain-kain. Para sahabat bertungkus lumus memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah){isteri Rasullullah).

Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit.
Penulisan pada waktu itu hanya dibuat Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf(teks lengkap yang dibukukan).

Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Perkara ini menyebabbkan Saidina Umar berfikir bagaiman Al-quran ini terjaga dan terpelihara daripada lenyap kerana berlaku kematian para penghafaz Al-Quran lalu beliau meminta kepada Saidina Abu Bakar supaya ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan dihimpunkan semua sekali.

Orang yang bertanggungjawab menghimpunkan kesemua ayat Al-Quran ialah Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Zaid bin Thabit telah menulis kesemua ayat Al-Quran menjadi mashaf yang lengkap mengikut susunan surah, ayat sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.

Pada zaman Khlifah Uthman bi Affan, satu jawatankuasa penyelarasan penulisan Al-quran telah dibentuk. Hal ini demikian kerana wilayah pemerintahan Islam telah tersebar luas dan telah berlaku kepelbagaian bacaan(qiraat). Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah, Kufah dan kota Syam Madinah Al-Munawwarah dan Makkah Al-Mukarramah.Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Friday, April 17, 2009

Seruan supaya bersatu

Bertaqwalah kepada Allah SWT. Sesungguhnya taqwa adalah wasiat Allah kepada sekalian hamba-Nya yang terdahulu dan terkemudian. Firman Allah:

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
131. Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi, dan sungguh kami Telah memerintahkan kepada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah. tetapi jika kamu kafir Maka (ketahuilah), Sesungguhnya apa yang di langit dan apa yang di bumi hanyalah kepunyaan Allah dan Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji.

Taqwa merupakan sebab untuk mendapat kejayaan di sisi Allah. Sifat taqwa dimiliki oleh para aulia’ yang mendapat pengawasan dan penjagaan daripada Allah SWT. Firman Allah:


أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آَمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

62. Ingatlah, Sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
63. (yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.

Umat Islam adalah umat mulia. Kita adalah umat pilhan Allah, sebaik-baik umat, umat yang disebut sebagai ummatan wasatan. Allah menyuruh supaya kita bersatu dan meninggalkan perpecahan. Janganlah kerana perbezaan pendapat menyebabkan kita berpecah belah. Perbezaan pendapat berlaku kerana kefahaman seseorang terhadap nas tidak sama. Pernah berlaku pada zaman Nabi SAW sahabat berselisih pendapat di dalam melaksanakan arahan Nabi dalam peristiwa peperangan Bani Quraizah. Nabi telah memberi arahan kepada para sahabat supaya jangan sembahyang asar kecuali di perkampungan Bani Quraizah. Apabila masuk waktu asar ada sahabat yang berhenti dan solat asar manakala yang lain meneruskan perjalanan sehingga sampai di perkampungan Bani Quraizh dan solat asar secara qadha kerana sudah luput waktu. Nabi membenarkan kedua-dua perlakuan sahabat tadi.

Hendaklah kita bertolak ansur di dalam perkara khilaf ini. Janganlah kita taksub dan fanatik dengan pendapat kita dan menolak pendapat orang lain. Hindarilah perdepatan yang membawa kepda perpecahan. Kita adalah umat yang satu. Firman Allah:

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
92. Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku.


Islam menggesa supaya kita hidup tolong menolong antara satu sama lain. Umat Islam adalah umat yang berkasih-sayang, bantu-membantu, menjalinkan silaturrahim, hidup dengan penuh harmoni di dalam masyarakat. Jalinkanlah silaturrahim. Orang yang memutuskan silaturrahim mendapat laknat Allah. Firman Allah:

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ


22 Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?
23. Mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

Untuk melahirkan umat yang bersatu dan berkasih sayang, nabi menganjurkan kepada kita supaya menyebarkan salam. Abdullah bi Salam menceritan bahawa perkara pertama yang beliau dengar daripada mulut nabi ialah:

يا أيها الناس افشوا السلام واطعموا الطعام وصلوا الأرحام وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام
“Wahai manusia, sebarkan salam, bahagikanlah makanan, hubungkan rahim, dirikan solat malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan aman”.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (102) وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103) وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (104)


102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.






Sunday, April 12, 2009

Kepentingan ilmu pengetahuan

Khutbah jumaat
Tarikh:10.04,09
Tempat: Masjid UIAM
Khatib:Syeikh Ali Jumuah(Mufti Mesir)

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Munammad SAW yang menyuruh kita supaya menjadi orang yang berilmu, yang menyuruh kita supaya membaca. Firman Allah di dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi kita SAW:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


Dengan membaca Allah akan membukakan kepada kita ilmu pengerahuan. Martabat orang berilmu lebih tinggi daripada orang yang tidak berilmu. Allah berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ (9
9.Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Proses menuntut ilmu belaku sepanjang hyat. Ulama kita ada menyebut:
من المحبرة إلى المقبرة
Belajar itu daripada pena sehingga ke lubang kubur.
من المهد الى اللحد
Daripada buaian sehingga ke liang lahad. Ilmu Allah maha luas. Allah bagitau
وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا (114
114. dan Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."

Oleh itu kita mestilah sebtiasa menuntut dan mencari ilmu pengetahuan. Nabi SAW bersabda:
من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة.
Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan , nescaya Allah akan mempermudahkannya baginya jalan ke syurga.

Ilmu yang berguna ialah ilmu yang boleh meyampaikan kita kepada Allah. Semakin banyak kita belajar semakin bertambah ketakutan kita kepada Allah. Inilah ilmu yang dikehendaki. Allah berfirman:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (28
28. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Kemuliaan orang berilmu lebih mulia daripada yang mulia. Untuk mendapat kemuliaan ini maka kita mestilah mengikhlaskan diri kita di dalam menuntut ilmu pengetahuan. Setiap amalan itu berdasarkan niat.
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

Berdoalah kepada Allah mudah-mudahan saat ini adalah saat Allah perkenan doa.

Friday, April 3, 2009

Syukur nikmat

Khutbah Jumaat
Khatib: Dr. Ab. Razzak as-Sa’di
Tempat: Masjid UIA
Tarikh:03.04.09

Didalam hadis riwayat Bukahri dan Muslim ada menceritakan kisah Bani Israel:

أخبرنا همام، عن إسحاق بن عبد الله قال: أخبرني عبد الرحمن بن أبي عمرة: أن أبا هريرة رضي الله عنه حدثه:أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (إن ثلاثة في بني إسرائيل: أبرص وأقرع وأعمى، بدا لله أن يبتليهم، فبعث إليهم ملكا، فأتى الأبرص فقال: أي شيء أحب إليك؟ قال: لون حسن، وجلد حسن، قد قذرني الناس، قال: فمسحه فذهب عنه، فأعطي لونا حسنا، وجلدا حسنا، فقال: أي المال أحب إليك؟ قال: الإبل - أو قال البقر، هو شك في ذلك: أن الأبرص والأقرع: قال أحدهما الإبل، وقال الأخر البقر - فأعطي ناقة عشراء، فقال: يبارك لك فيها. وأتى الأقرع فقال: أي شيء أحب إليك؟ قال: شعر حسن، ويذهب عني هذا، قد قذرني الناس، قال: فمسحه فذهب، وأعطي شعرا حسنا، قال: فأي المال أحب إليك؟ قال: البقر، قال: فأعطاه بقرة حاملا، وقال يبارك لك فيها. وأتى الأعمى فقال: أي شيء أحب إليك؟ قال: يرد الله إلي بصري، فأبصر به الناس، قال: فمسحه فرد الله إليه بصره، قال: فأي المال أحب إليك؟ قال: الغنم، فأعطاه شاة والدا، فأنتج هذان وولد هذا، فكان لهذا واد من إبل، ولهذا واد من بقر، ولهذا واد من غنم، ثم إنه أتى الأبرص في صورته وهيئته، فقال: رجل مسكين، تقطعتبي الحبال في سفري، فلا بلاغ اليوم إلا بالله ثم بك، أسألك بالذي أعطاك اللون الحسن والجلد الحسن والمال، بعيرا أتبلغ عليه في سفري. فقال له: إن الحقوق كثيرة، فقال له: كأني أعرفك، ألم تكن أبرص يقذرك الناس فقيرا فأعطاك الله؟ فقال: لقد ورثت لكابر عن كابر، فقال: إن كنت كاذبا فصيرك الله إلى ما كنت. وأتى الأقرع في صورته وهيئته، فقال له مثل ما قال لهذا، فرد عليه مثل ما رد عليه هذا، فقال: إن كنت كاذبا صيرك الله إلى ما كنت. وأتى الأعمى في صورته، فقال: رجل مسكين وابن سبيل، وتقطعت بي الحبال في سفري، فلا بلاغ اليوم إلا بالله ثم بك، أسألك بالذي رد عليك بصرك شاة أتبلغ بها في سفري، فقال: قد كنت أعمى فرد الله بصري، وفقيرا فقد أغناني، فخذ ما شئت، فوالله لا أجهدك اليوم بشيء أخدته لله، فقال: أمسك مالك، فإنما ابتليتم، فقد رضي الله عنك، وسخط على صاحبيك).
Hadis ini mempunyai banyak pengajaran dan iktibar, salah satu daripadanya ialah bersyukur di atas nikmat dan pemberian Allah. Setiap nikmat wajib disykuri. Bersyukur dengan nikmat Allah ialah dengan menggunakannya di atas jalan yang di redhai oleh-Nya. Allah berfirman:

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا (3
3. Sesungguhnya kami Telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

Kalimah الشكر berbeza dengan الحمد yang mana kalimah الحمد adalah khusus untuk ucapan lidah manakala syukur diterjemahkan dengan amalan zahir. Allah SWT memulakan perkataan الحمد di dalam lima surah di dalam Al-Quran iaitu al-fatihah, al-an’am, al-kahf, as-saba’ dan Fatir.

Bersyukur adalah sifat dan cara hidup para nabi dan orang-orang soleh.

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (120) شَاكِرًا لِأَنْعُمِهِ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (121
120. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif.( kepada kebenaran dan tak pernah meninggalkannya.)
dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan),
121. (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah Telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus.

وَلَقَدْ آَتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
12. Dan Sesungguhnya Telah kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

عن عائشة رضي الله عنها:أن نبي الله صلى الله عليه وسلم كان يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه، فقالت عائشة: لم تصنع هذا يا رسول الله، وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر؟ قال: أفلا أحب أن أكون عبدا شكورا
Daripada Aisyah ra. Bahawa Nabi SAW bangun mengerjakan solat malam sehingga pecah kedua kakinya. Aisyah berkata: “Kenapa kamu berbuat begini wahai Rasulallah? Sesungguhnya Allah sudah ampunkan dosa engkau yang dulu dan akan datang?” Rasulullah menjawab “Ketahuilah, aku suka menjadi hamba yang bersyukur.

Tajuk berkenaan syukur amat luas skop dan perbincangannya. Saya diminta untuk memendekkan khutbah pada hari ini kerana meraikan masa peperiksaan pelajar. Aku berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kejayaan kepada para pelajar lelaki dan perempuan dengan kejayaan yang besar di dunia dan akhirat.

Thursday, April 2, 2009

Faedah merokok

Faedah merokok

Bagi amalan merokok terdapat padanya tiga faedah:
1.tidak akan beruban rambutnya
2.tidak akan memasuki pencuri akan rumahnya
3.anjing garang tak berani mendekatinya

Maka faedah yang pertama iaitu tidak akan beruban rambutnya oleh kerana para perokok tegar mati awal pada kebiasaanya menyebabkan rambutnya tak sempat jadi uban. Manakala yang kedua tidak akan memasuki pencuri akan rumahnya dek kerana perokok selalu batuk-batuk tak boleh tidur malam. Yang ketiganya anjing garang tak berani mendekatinya oleh kerana perokok pada satu tahap dan ketika tak terdaya olehnya berjalan melainkan menggunakan tongkat. Anjing takut tongkat! Kepada perokok yang belum dapat faedah-faedah tersebut maka bersabarlah. Kalau tak dapat semua mungkin dapat sebahagiannya. Sekian.

Monday, March 30, 2009

Muhasabah diri

Kuliah Dr. Arif Ali Arif di Masjid UIAM pada 24.03.09


Setiap orang mesti muhasabah diri masing-masing sebelu dirinya dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

عن شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
- "الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
هذا حديث حسن. ومعنى قوله من دان نفسه يقول يحاسب نفسه في الدنيا قبل أن يحاسب يوم القيامة. ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Nabi SAW bersabda: “Orang cedik ialah orang yang selalu memperhitungkan nasib dirinya dan beramal untuk hal ehwal selepas kematian”. Di riwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabi.

Sebagaimana seorang peniaga menghitung untung rugi perniagaannya begitu juga setiap muslim mesti menghitung amalanya setiap masa dan ketika. Berapa banyakkah amalan soleh yang dilakukan? Macamana dengan solat kita? Khusukkah ia? Berapa kali dapat kita tunaikan solat secara berjamaah? Tutur kata kita bagaimana? Berapa kali kita telah mengeluarkan perkataan yang mengguris hati sahabat kita?

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا (53)

Dan Katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Dalam menyiapkan tugasan universiti berapa orang yang menipu diri sendiri. Menipu ketika peperiksaan. Apatah lagi kalau yang menipu itu pelajar ilmu wahyu. Ya akhi! Jangan buat benda ini. Kamu adalah pembawa bendera agama. Rosak kamu maka rosak agama.

غش الطبيب يفسد الأبدان وغش العالم يفسد الأديان

Doktor yang menipu merosakkan badan, orang alim menipu merosakkan agama.

Mari kita hisab diri kita. Syaitan adalah musuh kita yang nyata.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ (6)


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), Karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.

Syaitan akan menguasai kita apabila kita berada dalam 3 keadaan: ketika marah, ketika nafsu memuncak dan ketika lalai. Jagalah diri daripada dikuasai oleh syaitan. Mudah-mudahan kita dirahmati Allah swt. Amin.

Saturday, March 28, 2009

Cerita rokok



Semalam saya membaca Utusan Malaysia secara online. Antara yang menarik perhatian saya ialah berita bertajuk Perokok "lebih hina daripada lembu”-Nik Aziz. Laporan menyebut bahawa ketika menyampaikan ceramah Jumaat tuan guru antara lain berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini. Sejauh mana kesahihan laporan tersebut tidaklah saya tahu kerana saya tidak mendengar sendiri. Umum mengetahui bahawa laporan dalam Utusan Malaysia bukanlah mutlak benar.

Menyentuh tentang rokok saya teringat masa belajar di MML dulu. Saya adalah di antara orang yang "naik syeikh" apabila isu rokok diperkatakan. Pernah dalam satu resolusi muktamar kepimpinan pelajar meluluskan supaya rokok diharamkan di sekolah termasuk di kantin. Sebenarnya memang tak boleh pun tapi pada ketika itu guru-guru secara terang-terangan merokok di kantin sekolah. Usul ini dibawa dan diperbahaskan oleh saya. Saya juga penah di "basuh" oleh seorang ustaz lantaran keceluparan mulut bertanya kepada mudir Al-Ustaz Nik Ab. Kadir tentang kelakuan guru-guru merokok di sekolah. Ketika simposium pelajar di ITM Kem Kijang saya juga tersasul sebut tentang rokok sehingga rakan saya Ghazali Daud(Sekarang mengajar di Tawau) meminta maaf kepada sidang bagi pihak saya.

Kali terakhir saya singgung masalah rokok ialah di atas mimbar khutbah di Masjid Kampung Padang Bongor pada penghujung tahun 2007. Saya tak sebut banyak pun cuma menyokong kempen Kerajaan Negeri menjayakan kempen sifar rokok 2008. Beberapa orang ahli jemaah yang sebelum ini yang"jelira" dengan khutbah saya tak berjelira pada hari itu. Mungkin sebab kena atas batang hidung. Pada hari Raya Korban yang lepas saya mendapat sms:"Hari ini hari ke 100 ambo berhenti merokok. Doakan semoga ambo dapat istiqamah". Kepada perokok-perokok lain, sudah-sudahlah tu!

Utusan Malaysia, 27 Mac

Monday, March 23, 2009

Taman ilmu

Majlis ilmu bersama Dr. Abul Laith. Kitab Hadis sahih Bukhari. Hari ini dah habis kitab adhahi. Esok Dr kata nak baca kitabul buyu'. Pengajian setiap hari Isnin dan Selasa, selepas solat asr, bertempat di masjid IIUM.

8 - باب: قول النبي صلى الله عليه وسلم لأبي بردة: (ضَحِّ بالجَذَع من المعز، ولن تجزي عن أحد بعدك).
5236/5237 - حدثنا مسدَّد: حدثنا خالد بن عبد الله: حدثنا مُطَرِّف، عن عامر، عن البراء بن عازب رضي الله عنهما قال:
ضحَّى خال لي، يقال له أبو بردة، قبل الصلاة، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: (شاتك شاة لحم). فقال: يا رسول الله، إن عندي داجناً جَذَعة من المعز، قال: (اذبحها، ولن تصلح لغيرك). ثم قال: (من ذبح قبل الصلاة فإنما يذبح لنفسه، ومن ذبح بعد الصلاة فقد تمَّ نُسُكه وأصاب سنَّة المسلمين).
تابعه عبيدة، عن الشَّعبي وإبراهيم، وتابعه وكيع، عن حُرَيث، عن الشَّعبي، وقال عاصم وداود، عن الشَّعبي: عندي عَنَاقُ لبنٍ. وقال زُبَيد وفراس، عن الشَّعبي: عندي جَذَعة. وقال أبو الأحوص: حدثنا منصور: عَنَاقٌ جَذَعةٌ. وقال ابن عون: عَنَاقٌ جَذَعٌ، عَنَاقُ لبنٍ.
(5237) - حدثنا محمد بن بشار: حدثنا محمد بن جعفر: حدثنا شُعبة، عن سلمة، عن أبي جُحيفة، عن البراء قال:
ذبح أبو بردة قبل الصلاة، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: (أبدلها). قال: ليس عندي إلا جَذَعة. قال شُعبة - وأحسبه قال: هي خير من مُسِنَّة - قال: (اجعلها مكانها ولن تجزي عن أحد بعدك). وقال حاتم بن وردان، عن أيوب، عن محمد، عن أنس، عن النبي صلى الله عليه وسلم. وقال: عَنَاقٌ جَذَعةٌ.
[ر: 908].
9 - باب: من ذبح الأضاحي بيده.
5238 - حدثنا آدم بن أبي إياس: حدثنا شُعبة: حدثنا قتادة، عن أنس قال:
ضحَّى النبي صلى الله عليه وسلم بكبشين أملحين، فرأيته واضعاً قدمه على صِفَاحهما، يسمِّي ويكبِّر، فذبحهما بيده.
[ر: 5233].
10 - باب: من ذبح ضَحِيَّة غيره.
وأعان رجل ابن عمر في بَدَنَتِهِ.
وأمر أبو موسى بناته أن يضحِّين بأيديهنَّ.
5239 - حدثنا قتيبة: حدثنا سفيان، عن عبد الرحمن بن القاسم، عن أبيه، عن عائشة رضي الله عنها قالت:
دخل عليَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم بِسَرِفَ وأنا أبكي، فقال: (ما لك أنَفِسْتِ). قلت: نعم، قال: (هذا أمر كتبه الله على بنات آدم، اقضي ما يقضي الحاج غير أن لا تطوفي بالبيت). وضحَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن نسائه بالبقر.
[ر: 290].
11 - باب: الذبح بعد الصلاة.
5240 - حدثنا حجَّاج بن المنهال: حدثنا شُعبة قال: أخبرني زُبَيد قال: سمعت الشَّعبي، عن البراء رضي الله عنه قال:
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يخطب فقال: (إن أول ما نبدأ به من يومنا هذا أن نصلي، ثم نرجع فننحر، فمن فعل هذا فقد أصاب سنَّتنا، ومن نحر فإنما هو لحم يقدِّمه لأهله، ليس من النُسُك في شيء). فقال أبو بردة: يا رسول الله، ذبحت قبل أن أصلي، وعندي جَذَعة خير من مُسِنَّة؟ فقال: (اجعلها مكانها، ولن تجزي - أو توفي - عن أحد بعدك).
[ر: 908].
12 - باب: من ذبح قبل الصلاة أعاد.
5241 - حدثنا علي بن عبد الله: حدثنا إسماعيل بن إبراهيم، عن أيوب، عن محمد، عن أنس،
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من ذبح قبل الصلاة فَلْيُعِدْ). فقال رجل: هذا يوم يُشتهى فيه اللحم، وذكر من جيرانه، فكأن النبي صلى الله عليه وسلم عذره، وعندي جَذَعة خير من شاتين؟ فرخَّص له النبي صلى الله عليه وسلم، فلا أدري بلغت الرخصة أم لا، ثم انكفأ إلى كبشين، يعني فذبحهما، ثم انكفأ الناس إلى غُنَيمة فذبحوها.
[ر: 911، 5233].
5242 - حدثنا آدم: حدثنا شُعبة: حدثنا الأسود بن قيس: سمعت جندب بن سفيان البجلي قال:
شهدت النبي صلى الله عليه وسلم يوم النحر، فقال: (من ذبح قبل أن يصلي فَلْيُعِدْ مكانها أخرى، ومن لم يذبح فليذبح).
[ر: 942].
5243 - حدثنا موسى بن إسماعيل: حدثنا أبو عوانة، عن فراس، عن عامر، عن البراء قال:
صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، فقال: (من صلى صلاتنا، واستقبل قبلتنا، فلا يذبح حتى ينصرف). فقام أبو بردة بن نيار فقال: يا رسول الله، فعلتُ. فقال: (هو شيء عَجَّلْتَهُ). قال: فإن عندي جَذَعة هي خير من مُسِنَّتَين، آذبحها؟ قال: نعم، ثم لا تجزي عن أحد بعدك). قال عامر: هي خير نَسيكتيه.
[ر: 908].
13 - باب: وضع القدم على صَفْح الذبيحة.
5244 - حدثنا حجَّاج بن منهال: حدثنا همَّام، عن قتادة: حدثنا أنس رضي الله عنه:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يضحِّي بكبشين أملحين أقرنين، ووضع رجله على صفحتهما، ويذبحهما بيده.
[ر: 5233].
14 - باب: التكبير عند الذبح.
5245 - حدثنا قتيبة: حدثنا أبو عوانة، عن قتادة، عن أنس قال:
ضحَّى النبي صلى الله عليه وسلم بكبشين أملحين أقرنين، ذبحهما بيده، وسمَّى وكبَّر، ووضع رجله على صفاحهما.
[ر: 5233].
15 - باب: إذا بعث بِهَدْيِهِ ليُذبح لم يَحْرُمْ عليه شيء.
5246 - حدثنا أحمد بن محمد: أخبرنا عبد الله: أخبرنا إسماعيل، عن الشَّعبي، عن مسروق:
أنه أتى عائشة فقال لها: يا أم المؤمنين، إن رجلاً يبعث بالهدي إلى الكعبة ويجلس في المصر، فيوصي أن تُقَلَّدَ بَدَنَتُهُ، فلا يزال من ذلك اليوم مُحْرِمَاً حتى يَحِلَّ الناس، قال: فسمعت تصفيقها من وراء الحجاب، فقالت: لقد كنت أفتل قلائد هدي رسول الله صلى الله عليه وسلم، فيبعث هَدْيَهُ إلى الكعبة، فما يحرم عليه مما حلَّ للرجل من أهله، حتى يرجع الناس.
[ر: 1609].

16 - باب: ما يؤكل من لحوم الأضاحي وما يُتزوَّد منها.
5247 - حدثنا علي بن عبد الله: حدثنا سفيان: قال عمرو: أخبرني عطاء: سمع جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال:
كنا نتزود لحوم الأضاحي على عهد النبي صلى الله عليه وسلم إلى المدينة. وقال غير مرة: لحوم الهدي.
[ر: 1632].
5248 - حدثنا إسماعيل قال: حدثني سليمان، عن يحيى بن سعيد، عن القاسم: أن ابن خبَّاب أخبره: أنه سمع أبا سعيد يحدث:
أنه كان غائباً فقدم، فقُدِّم إليه لحم، قالوا: هذا من لحم ضحايانا، فقال: أخِّروه لا أذوقه، قال: ثم قمت فخرجت، حتى آتي أخي أبا قتادة، وكان أخاه لأمه، وكان بدرياً، فذكرت ذلك له، فقال: إنه قد حدث بعدك أمر.
[ر: 3775].
5249 - حدثنا أبو عاصم، عن يزيد بن أبي عبيد، عن سلمة بن الأكوع قال:
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (من ضحَّى منكم فلا يصبحنَّ بعد ثالثة وفي بيته منه شيء). فلما كان العام المقبل، قالوا: يا رسول الله، نفعل كما فعلنا عام الماضي؟ قال: (كلوا وأطعموا وادَّخروا، فإنَّ ذلك العام كان بالناس جهد، فأردت أن تُعينوا فيها).

5250 - حدثنا إسماعيل بن عبد الله قال: حدثني أخي، عن سليمان، عن يحيى بن سعيد، عن عمرة بنت عبد الرحمن، عن عائشة رضي الله عنها قالت:
الضحية كنا نملِّح منها، فنقدم به إلى النبي صلى الله عليه وسلم بالمدينة، فقال: (لا تأكلوا إلا ثلاثة أيام). وليست بعزيمة، ولكن أراد أن يُطْعِمَ منه، والله أعلم.

5251 - حدثنا حِبَّان بن موسى: أخبرنا عبد الله قال: أخبرني يونس، عن الزُهري قال: حدثني أبو عبيد، مولى ابن أزهر:
أنه شهد العيد يوم الأضحى مع عمر بن الخطاب رضي الله عنه، فصلى قبل الخطبة، ثم خطب الناس، فقال: يا أيها الناس، إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد نهاكم عن صيام هذين العيدين، أما أحدهما فيوم فطركم من صيامكم، وأما الآخر فيوم تأكلون نُسُككم.
قال أبو عبيد: ثم شهدت مع عثمان بن عفان، فكان ذلك يوم الجمعة، فصلى قبل الخطبة، ثم خطب فقال: يا أيها الناس، إن هذا يوم قد اجتمع لكم فيه عيدان، فمن أحب أن ينتظر الجمعة من أهل العوالي فلينتظر، ومن أحب أن يرجع فقد أذنت له.
قال أبو عبيد: ثم شهدته مع علي بن أبي طالب، فصلى قبل الخطبة، ثم خطب الناس فقال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهاكم أن تأكلوا لحوم نُسُككم فوق ثلاث.
وعن معمر، عن الزُهري، عن أبي عبيد نحوه.
[ر: 1889].

5252 - حدثنا محمد بن عبد الرحيم: أخبرنا يعقوب بن إبراهيم بن سعد، عن ابن أخي ابن شهاب، عن عمه ابن شهاب، عن سالم، عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (كلوا من الأضاحي ثلاثاً). وكان عبد الله يأكل بالزيت حين ينفر من مِنًى، من أجل لحوم الهدي.

Sunday, March 22, 2009

Masalah iman

Iman kita lemah.Selemah bayi yang baru lahir.Iman kita nipis. Senipis kulit bawang yang sememangnya nipis.Inilah realiti sebenar yang kita hadapi. Kita berdepan dengan satu masalah yang maha dahsyat dan maha hebat.Masalah iman.

Kenapa Iman?Kenapa ianya dipermasalahkan?Seorang pemikir Islam mengatakan bahawa segala permasalahan yang berlaku di sekeliling pening kita ini adalah berpunca daripada iman di dada.Masalah sosial yang amat parah.Remaja lari dari rumah.Bayi dibuang hasil daripada persetubuhan luar nikah.Rompak samun sana sini.Sebut apa saja masalah masalah yang bertali arus justeru semuanya berpunca daripada kelemahan iman.

Iman ialah percaya.Secara istilahnya ia merupakan satu iqrar yang dilafaz dengan lidah,percaya dalam hati dan diterjemahkan kepercayaan itu dengan amalan zahir.

Seseorang yang beriman tidak akan berzina ketika dia berzina dalam dirinya ada iman.Begitu juga tidak akan mencuri ketika ia mencuri ada iman dalam dirinya.Dalam Sahih Ibn Hibban ada satu hadis:

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ولا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن والتوبة معروضة بعد.

Hadis ini memberi isyarat kepada kita bahawa iman sipencuri, penzina dan peminum arak tercabut ketika mereka mencuri, berzina dan minum arak. Mereka mesti kembali kepada iman dan bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.Pendek kata orang beriman tidak akan melakukan sesuatu yang bisa mendatangkan kemurkaan daripada Allah Azzawajall.Oleh itu amat penting bagi kita dalam mengendalikan masalah yang timbul dengan kita berusaha ke atas iman.

Usaha membaiki iman amat perlu dilaksanakan dengan kadar maksimun.Sudah banyak kaedah dan cara yang diambil untuk menangani masalah sosial negara kita namun ianya menemui jalan buntu.Gagal.Malah penyakit masyarakat semakin bertambah tidak berkurang.Berkata Imam Malik"Sesungguhnya tidak akan baik umat ini kecuali kita ikut umat terdahulu". Umat yang sudah diiktiraf oleh Alah dan diredai olh-Nya. Firman Allah SWT dalam surah At-taubah ayat 100:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100)

100. Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

Sejak kebelakangan negara kita ditimpa pelbagai kekalutan dan kepincangan sana-sini. Masyarakat bergaduh sesama sendiri, pemimpin rasuah, rompak samun, pecah rumah, remaja lari dari rumah, pembuangan bayi, khalwat, masalah dadah dan sebagainya. Kita amat memerlukan penawar mujarab bagi mengatasi kemelut tersebut. Penawarnya memang ada. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 96:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96)

96. Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Inilah janji Allah,Tuhan pencipta seisi alam.Lalu bagaimana dengan pola fikir kita?Adakah kita mahu mengikuti seruan Ilahi ataupun ajakan dan tuntunan syaitan menjadi pilihan di hati?Tepuk dada tanyalah iman.Insya Allah kita akan aman. Jangan tanya kata hati yang berterasakan hawa nafsu, kelak kita akan mati lesu. Jom usaha atas iman!

Saturday, March 21, 2009

Minit-minit terakhir

:عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال
أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبي فقال: (كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل). وكان ابن عمر يقول: إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك. البخاري
Daripada Abdillah ibn Umar(RA) katanya: Rasulullah (SAW) memegang bahuku seraya bersabda: Jadikan dunia kamu seperti kamu seorang dagang atau musafir. Abdullah bin Umar ada berkata: Apabila kamu berada pada petang hari, maka jangan kamu menuggu waktu pagi, apabila kamu berada pada waktu petang maka jangan kamu menunggu waktu pagi, dan ambillah peluang kesihatan kamu sebelum sakit dan waktu hidup kamu sebelum mati.(Bukhari)

عن بن عباس رضى الله تعالى عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناءك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك . الحاكم
Daripada Ibn Abbas (RA) katannya sabda Nabi (SAW) ketika menasihati seorang lelaki "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: waktu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum mati."(Al-Hakim)

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس: الصحة والفراغ). البخاري
Daripada Ibn Abbas(RA) katanya: Sabda Nabi(SAW): Dua nikmat yang mana banyak manusia rugi(kerana tidak mengambil peluang manfaat daripada keduanya) iaitu sihat dan waktu lapang(Al-Bukhari)


Secara rasminya para pelajar yang belajar di UIAM bagi semester 2 08/09 akan menduduki final exam pada 3 Apriم hingga 18 April 09. Kalau decentralized lagi awal. Pada waktu ini para pelajar sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan untuk dihantar sebelum atau pada hari peperiksaan mengikut ketetapan pensyarah masing-masing. Nampaknya semua sudah nampak kalut. Yang itu tak siap yang ini tak mula. Ada yang baru nak mula, ada yang sedang membuat kerja-kerja akhir dan ada yang sudah submit. Ramai yang gelabah dan tension.

Hadis-hadis di atas memberi peringatan dan pengajaran kepada kita agar tidak menagguh kerja dan buat pada minit-minit terakhir. Kepada rakan-rakan samada PG atau UG, masih ada masa lagi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat menduduki peperiksaan! All the best.

Friday, March 20, 2009

Panjang umur

14 - باب ما جاء في طول العمر للمؤمن.


2432 - حدثنا أبو حفص عمرو بن علي أخبرنا خالد بن الحارث أخبرنا شعبة عن علي بن زيد عن عبد الرحمن بن أبي بكرة عن أبيه:
- (أن رجلا قال يا رسول الله أي الناس خيرٌ؟ قال من طال عمره وحسن عمله قال فأي الناس شر؟ قال من طال عمره وساء عمله) .

14-Bab panjang umur bagi orang mukmin.


2432-Seorang lelaki bertanya kepada Rasulillah siapakah sebaik-baik manusia? Jawab Baginda ORANG YANG PANJANG UMURNYA DAN BAIK AMALANNYA. Lelaki tadi bertanya siapakah sejahat-jahat manusia? Jawab Baginda ORANG YANG PANJANG UMURNYA DAN BURUK AMALANNYA.

(Hadis ini terdapat dalam jami’ tirmizi)


Anak saya yang kedua lahir pada 20 Mac 2002 di Hospital Beufort, Sabah. Hari ini ialah ulang tahun kelahirannya yang ke-7. Saya tak dapat bersamanya hari ini kerana masih di UIAM. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.


Thursday, March 19, 2009

Sangkut lagi!

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (9)سورة الروم
9. Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebihkuat dari mereka (sendiri) dan Telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang Telah mereka makmurkan. dan Telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.


أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَكَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعْجِزَهُ مِنْ شَيْءٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ إِنَّهُ كَانَ عَلِيمًا قَدِيرًا (44)سورة فاطر
44. Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.


أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِنْ قَبْلِهِمْ كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآَثَارًا فِي الْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَاقٍ(21)سورة غافر
21. Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, Maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah.


أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْهُمْ وَأَشَدَّ قُوَّةً وَآَثَارًا فِي الْأَرْضِ فَمَا أَغْنَى عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (82)سورة غافر
82. Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, Maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka.


Sangkut lagi! Ayat-ayat di atas adalah di antara ayat yang selalu membuatkan para huffaz tersangkut ketika إعادة. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana untuk memantapkan hafazan ayat-ayat yang متقاربة seperti ayat-ayat di atas.

1) Fokus kepada ayat-ayat ini.
2) Ketika sampai kepada ayat-ayat yang ada persamaan terus link kepada kumpulannya.
3) Tarkiz di mana kedudukan ayat-ayat ini,(kanan,kiri,atas,tengah,bawah) dan hitung berapa kalimah dalam satu baris serta ingat berapa beza kalimah antara satu sama lain.
4) Kena tikrar dalam solat
5)Ketika jadi imam baca ayat-ayat ini. Kebanyakan imam huffaz menumpukan ayat-ayat dan surah tertentu ketika menjadi imam.

اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك, برحمتك يا أرحم الراحمين

Wednesday, March 18, 2009

Perempuan haid

Saya pulang ke Keningau sempena cuti maulidur rasul pada 5 hingga 10 Mac yang lepas. Kepulangan saya biasanya amat dialukan-alukan oleh jemaah masjid Pekan Keningau. Isteri dan anak-anak lebih-lebih lagilah. Alhamdulillah, sempat juga membuat pengisian ilmu kepada masyarakat setempat. Pada malam Isnin saya diminta menjadi pegerusi mengendalikan Forum Perdana Maulid Rasul, bertempat di Masjid Pekan Keningau. Pada malam Selasa pula saya berceramah di Masjid Tudan Baru. Pagi Selasa 10hb. saya turun ke Kota Kinabalu jam 4 pagi, terus terbang ke Kuala Lumpur. Berkenaan forum, ahli panelnya ialah Ustaz Kamal, Ustazah Noryazidah dan Ustaz Zul Fakr. Sambutan amat menggalakkan samada daripada kalangan muslimin mahupun muslimah.


Pada hari yang lain, seorang muslimah bertaraf ustazah telah meminta saya supaya menyatakan hukum berkaitan perempuan memasuki masjid. Saya tidak terus menjawabnya. Jika orang awam bertanya bolehkah perempuan haid masuk masjid saya akan jawab terus "tak boleh". Habis cerita. Memandangkan yang bertanya itu ustazah, saya merasakan jawapan perlu kepada huraian mendalam. Hukum perempuan haid memasuki masjid adalah KHILAF dalam kalangan para ulama. Berikut saya nukilkan pendapat ulama tentang permasalahan tersebut:


Jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa wanita haid tidak boleh tidak boleh berdiam di dalam masjid. Namun Imam Dawud Az-Zahiri membolehkan wanita haid dan orang junub berdiam di masjid. Asal perbezaan pendapat itu karena para ulama berselisih pendapat tentang hadis Nabi saw. yang bemaksud, “Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang junub.” (HR Abu Daud). Jumhur ulama menganggap hadis ini sahih atau hasan, boleh diamalkan dan dijadikan hujjah. Namun ada ulama yang menganggapnya sebagai hadis dhaif yang tidak layak dijadikan hujjah. Karenanya mereka tidak mengamalkannya.


Ini pula saya copy & paste daripada laman soal jawab Islam yang terkenal, iaitu Islam QA dan Islam-online

امرأة حائض تريد دخول المسجد لحضور مجلس علم أو حلقة لتحفيظ القرآن مع العلم بأنها مواظبة على ذلك بشكل أساسي ، وإن تغيبت للحيض سيفوتها مسائل سيتعذر عليها إدراكها فيما بعد ، فهل يجوز لها الحضور بشروط معينة استثناء وما هو رأى العلماء الراجح في المسألة ؟.

الحمد لله

أولا :

ذهب جمهور الفقهاء من أصحاب المذاهب الأربعة إلى أنه لا يجوز للحائض أن تمكث في المسجد ، واستدلوا على ذلك بما رواه البخاري (974) ومسلم (890) عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ : ( أَمَرَنَا تَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ ) .

فمنع النبي صلى الله عليه وسلم الحائض من مصلى العيد ، وأمرها باعتزاله ، لأن له حكم المسجد ، فدل على منعها من دخول المسجد .

واستدلوا بأحاديث أخرى ولكنها ضعيفة لا يصح الاحتجاج بها ، منها قوله صلى الله عليه وسلم : ( لا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلا جُنُبٍ ) والحديث ضعفه الألباني في ضعيف أبي داود (232) .

وسئل علماء اللجنة الدائمة للإفتاء (6/272) :

ما حكم الشرع في حق المرأة التي تدخل المسجد وهي حائض للاستماع إلى الخطبة فقط ؟

فأجابوا : لا يحل للمرأة أن تدخل المسجد وهي حائض أو نفساء . . . أما المرور فلا بأس إذا دعت إليه الحاجة وأمن تنجيسها المسجد لقوله تعالى : ( وَلا جُنُباً إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا ) النساء/43 ، والحائض في معنى الجنب ؛ ولأنه أمر عائشة أن تناوله حاجة من المسجد وهي حائض " انتهى من "فتاوى اللجنة الدائمة" (6/272) .

وسئل الشيخ ابن عثيمين رحمه الله : هل يجوز للحائض حضور حلق الذكر في المساجد ؟

فأجاب : " المرأة الحائض لا يجوز لها أن تمكث في المسجد ، وأما مرورها بالمسجد فلا بأس به ، بشرط أن تأمن تلويث المسجد مما يخرج منها من الدم ، وإذا كان لا يجوز لها أن تبقى في المسجد ، فإنه لا يحل لها أن تذهب لتستمع إلى حلق الذكر وقراءة القرآن ، اللهم إلا أن يكون هناك موضع خارج المسجد يصل إليه الصوت بواسطة مكبر الصوت ، فلا بأس أن تجلس فيه لاستماع الذكر ، لأنه لا بأس أن تستمع المرأة إلى الذكر وقراءة القرآن كما ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يتكئ في حجر عائشة ، فيقرأ القرآن وهي حائض ، وأما أن تذهب إلى المسجد لتمكث فيه لاستماع الذكر ، أو القراءة ، فإن ذلك لا يجوز ، ولهذا لما أُبلغ النبي عليه الصلاة والسلام في حجة الوداع ، أن صفية كانت حائضا قال : ( أحابستنا هي ؟ ) ظن صلى الله عليه وسلم ، أنها لم تطف طواف الإفاضة فقالوا إنها قد أفاضت ، وهذا يدل على أنه لا يجوز المكث في المسجد ولو للعبادة . وثبت عنه أنه أمر النساء أن يخرجن إلى مصلى العيد للصلاة والذكر ، وأمر الحيض أن يعتزلن المصلى " انتهى من "فتاوى الطهارة" (ص 273) .

وينظر مذاهب الفقهاء في: "المبسوط" (3/153) ، "حاشية الدسوقي" (1/173) ، "المجموع" (2/388) ، "المغني" (1/195) .

ثانيا :

للحائض أن تقرأ القرآن دون أن تمس المصحف ، على ما هو مبين في جواب السؤال (2564) .

ولها أن تقرأ من المصحف المطبوع مع التفسير ، قال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله : " وأما كتب التفسير فيجوز مسها ؛ لأنها تعتبر تفسيرا ، والآيات التي فيها أقل من التفسير الذي فيها .

ويستدل لهذا بكتابة النبي صلى الله عليه وسلم الكتب للكفار ، وفيها آيات من القرآن ، فدل هذا على أن الحكم للأغلب والأكثر .

أما إذا تساوى التفسير والقرآن ، فإنه إذا اجتمع مبيح وحاظر ولم يتميز أحدهما برجحان ، فإنه يغلب جانب الحظر فيعطى الحكم للقرآن .

وإن كان التفسير أكثر ولو بقليل أعطي حكم التفسير " انتهى من "الشرح الممتع" (1/267) .

ثالثا :

ما ورد في السؤال من خشية فوات بعض المسائل والدروس على الحائض إذا امتنعت من دخول المسجد ، يمكن تلافيه بتسجيل هذه الدروس ، أو الاستماع إليها من خارج المسجد ، إن أمكن ذلك ، وينبغي أن يلحق ببعض المساجد ملحقات خاصة لا تأخذ حكم المسجد ، تجعل كمكتبة أو دار للتحفيظ ، تتمكن صاحبات العذر من الجلوس فيها دون حرج .

والله أعلم .

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

فقد اختلف الفقهاء في دخول الحائض المسجد، ومكثها فيه، واستشهد من أجاز ذلك بضعف حديث منع الحائض من الجلوس في المسجد، وبأن المؤمن لا ينجس، وتيسيرا على الحائض وللضرورة يمكن الأخذ بمذهب الحنابلة بجواز الجلوس في المسجد للعلم.

يقول فضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي في كتابه فقه الطهارة:

اختلف الفقهاء كثيرا في لبث الجنب والحائض في المسجد، بلا وضوء، لقوله تعالى: (ولا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون، ولا جنبا إلا عابري سبيل حتى تغتسلوا) النساء:

ومعنى (عابري سبيل): أي مجتازي طريق.

وأجاز الحنابلة اللبث للجنب في المسجد إذا توضأ، لما روى سعيد بن منصور والأثرم عن عطاء بن يسار قال: رأيت رجالا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، يجلسون في المسجد، وهم مجْنبون، إذا توضأوا وضوء الصلاة.

ترجيح جواز اللبث في المسجد للجنب والحائض:

وهناك من الفقهاء من أجازوا للجنب ـ وكذلك للحائض والنفساء ـ اللبث في المسجد، بوضوء أو بغير وضوء، لأنه لم يثبت في ذلك حديث صحيح، وحديث "إني لا أحل المسجد لحائض ولا جنب" ضعفوه، ولا يوجد ما ينهض دليلا على التحريم، فيبقى الأمر على البراءة الأصلية.

وإلى هذا ذهب الإمام أحمد والمزني وأبو داود وابن المنذر وابن حزم، واستدلوا بحديث أبي هريرة في الصحيحين وغيرهما: "المسلم لا ينجس". وكذلك قياس الجنب على المشرك، فقد أجيز للمشرك وغير المسلم دخول المسجد،

فالمسلم الجنب أولى.

وأنا أميل إلى هذا اتباعا للأدلة، وجريا على منهجنا في التيسير والتخفيف، وخصوصا على الحائض، فإنها أولى بالتخفيف من الجنب، لأن الجنابة يجلبها الإنسان باختياره، ويمكنه وقفها باختياره، أي بالغسل، بخلاف الحيض، فقد كتبه الله على بنات آدم، فلا تملك المرأة أن تمنعه، ولا أن تدفعه قبل أوانه، فهي أولى بالعذر من الجنب. وبعض النساء يحتجن إلى المسجد لحضور درس أو محاضرة أو نحو ذلك، فلا تمنع منه.أ.هـ

والله أعلم

Komentar saya.

Beberapa pertimbangan lain perlu dibincangkan bersama dalam bab ini.

Pertimbangan pertama: Sayugia diingat bahawa taqwallah adalah kunci kemuliaan kita. Sifat taqwa mesti menjadi pakaian hidup kita walau di mana kita berada. Quran dan hadis rujukan kita. Dalam Quran Allah sebut:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآَتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (33)

Pertimbangan kedua: Biasanya kita ke masjid untuk beribadat, solat berjamaah,beriktikaf, berzikir dan sebagainya. Dalam bab solat berjamaah, Nabi tidak memberati para mulimah supaya berjamaah di masjid sebagaimana lelaki. Kehadiran muslimah untuk solat berjamaah di masjid ketika tidak uzur pun bersyarat bagaimana pula kalau uzur?. Dalam sunan Al-Baihaqi, kitab solat ada satu bab:

باب خير مساجد النساء قعر بيوتهن

[ 5142 ] أخبرنا أبو عبد الله الحافظ أنبأ أبو العباس محمد بن أحمد المحبوبي بمرو ثنا سعيد بن مسعود ثنا يزيد بن هارون ثنا العوام بن حوشب حدثني حبيب بن أبي ثابت عن بن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تمنعوا نساءكم المسجد وبيوتهن خير لهن

[ 5143 ] وأخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا محمد بن عبد الله بن عبد الحكم أنبأ بن وهب ثنا عمرو بن الحارث أن دراجا أبا السمح أخبره عن السائب مولى أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم قال خير مساجد النساء قعر بيوتهن

Juga dalam mustadrak Al-Hakim hadis nabi SAW:

[ 756 ] ما حدثناه أبو العباس محمد بن يعقوب أنبأ محمد بن عبد الله بن عبد الحكم أنبأ بن وهب أنبأ عمرو بن الحارث أن دراجا أبا السمح حدثه عن السائب مولى أم سلمة عن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم خير مساجد النساء قعر بيوتهن.

Pertimbangan ketiga: Perempuan keluar dari rumah:

Dalam Sahih Ibn Hibban

[ 5598 ] أخبرنا عمر بن محمد الهمداني قال حدثنا أحمد بن المقدام العجلي حدثنا المعتمر بن سليمان قال سمعت أبى يحدث عن قتادة عن أبى الأحوص عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم قال المرأة عورة وانها إذا خرجت استشرفها الشيطان وانها لا تكون الى وجه الله أقرب منها في قعر بيتها

Begitu juga dalam Sahih Ibnu Khuzaimah melaporkan perkara yang sama.

Pertimbangan keempat: Tidak dapat dipertikaikan bahawa masyarakat kita beramal dengan Mazhad Syafie yang berpendapat haram perempuan haid masuk dan berdiam dalam masjid. Ya betul, mazhab dan pandangan lain boleh diamalkan tapi sayugia difaham bahawa di sana ada adat muhkamah, uruf, fiqh dakwah dan lain-lain yang perlu diraikan. Elakkan fitnah orang awam. Lagipun di sana ada qaedah:

الخروج عن الخلاف مستحب

والله تعالى أعلم بالصواب.

Untuk lebih lanjut rujuklah kitab-kitab feqah berkenaan dengan bab ini atau klik link di bawah:

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1221.html

http://hafizdasar.com/?p=38

http://www.islam-qa.com/ar/ref/60213

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620760