"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, March 30, 2009

Muhasabah diri

Kuliah Dr. Arif Ali Arif di Masjid UIAM pada 24.03.09


Setiap orang mesti muhasabah diri masing-masing sebelu dirinya dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

عن شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
- "الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
هذا حديث حسن. ومعنى قوله من دان نفسه يقول يحاسب نفسه في الدنيا قبل أن يحاسب يوم القيامة. ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Nabi SAW bersabda: “Orang cedik ialah orang yang selalu memperhitungkan nasib dirinya dan beramal untuk hal ehwal selepas kematian”. Di riwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabi.

Sebagaimana seorang peniaga menghitung untung rugi perniagaannya begitu juga setiap muslim mesti menghitung amalanya setiap masa dan ketika. Berapa banyakkah amalan soleh yang dilakukan? Macamana dengan solat kita? Khusukkah ia? Berapa kali dapat kita tunaikan solat secara berjamaah? Tutur kata kita bagaimana? Berapa kali kita telah mengeluarkan perkataan yang mengguris hati sahabat kita?

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا (53)

Dan Katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Dalam menyiapkan tugasan universiti berapa orang yang menipu diri sendiri. Menipu ketika peperiksaan. Apatah lagi kalau yang menipu itu pelajar ilmu wahyu. Ya akhi! Jangan buat benda ini. Kamu adalah pembawa bendera agama. Rosak kamu maka rosak agama.

غش الطبيب يفسد الأبدان وغش العالم يفسد الأديان

Doktor yang menipu merosakkan badan, orang alim menipu merosakkan agama.

Mari kita hisab diri kita. Syaitan adalah musuh kita yang nyata.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ (6)


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), Karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.

Syaitan akan menguasai kita apabila kita berada dalam 3 keadaan: ketika marah, ketika nafsu memuncak dan ketika lalai. Jagalah diri daripada dikuasai oleh syaitan. Mudah-mudahan kita dirahmati Allah swt. Amin.

0 comments:

Post a Comment