30 APRIL 2017 |
1.
Hidup kita atas muka bumi ini adalah sebagai hamba kepada Allah yang maha
berkuasa. Kita mulia apabila menjadi hamba kepada-Nya. Allah sebut dalam awal
surah al-isra’: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya. Allah
sebut nabi Muhammad sebagai hamba. Maka kita sebagai umat Nabi juga mesti meletakkan
diri kita sebagai hamba. Memperhambakan diri kepada Allah adalah kemuncak
kemuliaan manusia. Sebaliknya memperhambakan diri kepada selain Allah adalah
celaka dan merana.
2.
Perjalanan nabi berlaku pada waktu malam. Waktu malam adalah waktu yang sangat
sesuai untuk seorang hamba bersama tuannya. Saat ketika orang tidur tapi si
hamba bangun tunduk dan rukuk menyembah Tuhan. Solat yang paling Afdhal selepas
solat fardhu ialah solat malam.
“Lambung
mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan
penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezeki yang Kami
berikan.”(as-sajdah:16).
3.
Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Hubungan antara Masjidil Haram
dengan Masjidil Aqsa adalah hubungan yang mulia dengan yang mulia. Atas muka
bumi ini tempat yang paling mulia ialah masjid. Masjid yang paling mulia ialah Masjidil
Haram, nombor dua Masjid Nabawi, nombor tiga Masjidil Aqsa. Nombor empat masjid
kita ni. Begitu juga masjid lain. Orang mukmin dia akan jatuh cinta dengan
masjid. Sesiapa yang hatinya terpaut dengan masjid maka dia akan dapat lindungan pada hari qiamah. يوم لا ظل إلا ظله.
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan
solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah,
maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang
mendapat petunjuk.(at-taubah:18)
4. Perkara paling penting dalam isra’ mikraj ialah pengsyariatan solat.
Solat merupakan tiang bagi agama. Solat adalah lambang keimanan seseorang. Awal
mula penghisaban hari akhirat ialah solat. Batas antara iman dan kufur ialah
solat. Tiada bahagian dalam Islam bagi sesiapa yang tak solat. Solat ibarat kepala
kepada jasad.
5. Sejauh mana amalan solat kita? Adakah solat kita lakukan sehari semalam
seperti mana kehendak nabi صلى الله عليه وسلم?
صلوا كما رأيتموني أصلي
Bagi laki-laki solat lima waktu hendaklah dilaksanakan berjamaah di masjid.
Berapa orang boleh berjamaah lima waktu? Nabi amat menitikberatkan solat berjamaah.
Dalam hadis riwayat Muslim Nabi bagitahu bahawa tiada yang tidak hadir jamaah
itu kecuali dia seoarang munafik yang maklum akan kemunafikannya. Tak rasa
munafikkah kita kalau tak hadir solat berjamaah? Suka sangat kita tunding jari
orang itu munafik orang ini munafik. Kita tak pergi masjid tak munafiq? Hadis
daripada Ibni Mas’ud:
من
سره أن يلقى الله غداً مسلماً فليحافظ على هؤلاء الصلوات الخمس حيث ينادى بهن، فإن
الله شرع لنبيكم سنن الهدى وإنهن من سنن الهدى ولو أنكم صليتم في بيوتكم كما يصلي
هذا المتخلف في بيته لتركتم سنة نبيكم ولو تركتم سنة نبيكم لضللتم وما من رجل
يتطهر فيحسن الطهور ثم يعمد إلى مسجد من هذه المساجد إلا كتب الله له بكل خطوة
يخطوها حسنة ويرفعه بها درجة، ويحط عنه سيئة، ولقد رأيتنا وما يتخلف عنها إلا
منافق معلوم النفاق، ولقد كان الرجل يؤتى به يهادى بين الرجلين حتى يقام في الصف
Barangsiapa yang suka untuk bertemu Allah esok hari (qiamat) dalam keadaan
muslim, maka hendaklah dia menjaga solat lima waktu dengan berjemaah di mana
sahaja azan berkumandang. Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan kepada
Nabi kamu jalan-jalan hidayah, dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian
daripada jalan-jalan hidayah. Maka jika kamu solat di rumah-rumah kamu
sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersolat di rumahnya, maka sebenarnya
kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi
kamu, nescaya kamu akan sesat. Dan tidaklah seseorang yang bersuci dengan
sebaiknya kemudian dia menuju ke masjid melainkan ditulis baginya setiap
langkah satu kebaikan, diangkatnya satu darjah dan dihapuskanya satu dosa. Dan
sesungguhnya kami melihat dalam kalangan kami bahawa tiada yang tidak
hadir untuk berjemaah melainkan orang munafik yang jelas kemunafikannya. Dan
sesungguhnya ada seorang lelaki yang uzur dibawa untuk berjemaah dengan dipapah
oleh dua orang, sehinggalah dia diletakkan ke dalam saf.
Semoga Allah
selamatkan kita daripada penyakit nifaq. Berpura-pura beragama sedangkan
hatinya kosong daripada keimanan. Teringat pesan tok guru satu ketika dulu, “Orang
nak perjuang islam tapi malas solat jemaah sebenarnya dia main-main saja tu.
Tak ssungguh”.
Kalu tak
bersungguh maka bila Allah nak bagi kemenangan?
0 comments:
Post a Comment