الحمد لله
والصلاة والسلام على رسول الله، اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلاً وأنت تجعل الحزن
إن شئت سهلا.
Mafhum firman Allah “Demi
masa. Sesungguhnya manusia itu
benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati
supaya menetapi kesabaran.”(al-asr:1 – 3) dan firman Allah:
“pada hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,”.
(as-syuaara’:88)
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan mereka yang saling berpesan-pesan,
nasihat menasihati antara satu sama lain. Pada malam ini saya ingin bercakap
tentang satu isu penting umat Islam dan Insya Allah saya akan mengupasnya
berdasarkan ayat quran yang bermaksud:
“pada hari Ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah
Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu sebagai agama
bagimu”(al-maidah:3).
Ayat tersebut adalah antara ayat akhir yang diturunkan kepada baginda
nabi صلى الله عليه وسلم , menerangkan bahawa agama Islam telah
sempurna. Nabi tidak meninggalkan kita kecuali dengan meninggalkan agama yang
telah sempurna tiada sedikitpun kekurangan dalamnya. Agama yang sempurna
membawa erti yang cukup mendalam. Kesempurnaan ajaran Islam mengcakupi semua aspek
kehidupan manusia samada hubungan manusia dengan pencipta, bagaimana manusia
menguruskan diri sendiri, hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia
dengan alam dan hubungan manusia dengan alatan ciptaan.
Yang pertama Allah mengajar kita bagaimana mengenalinya? Apakah peranan
kita terhadap Allah? Kita beriman dengan Allah. Allah yang mencipta kita, Allah
yang memberi rezeki kepada kita. Rezeki di tangan Allah. Allah yang menghidupkan
dan mematikan. Kita mestilah beribadat kepada Allah samada ibadat khusus seperti
solat, zakat atawa ibadat umum yang merangkumi semua jenis kebaikan. Perasaan
kita dan hati kita mesti ada pergantungan dengan Allah. Sayangnya pada zaman
sekarang ini ramai manusia telah memutuskan hubungan dengan Allah.
Musibah besar menimpa seluruh negara umat Islam sekarang ialah jauhnya
hubungan mereka dengan Allah. Umat Islam hanya bergantung dengan rezeki dan harta
benda sedangkan rezeki itu Allah bagi kepada kita. Tapi kita tak nampak bahawa
Allah yang bagi rezeki kepada kita. Ada juga kumpulan manusia yang telah
terpesong akidah mereka dalam memahami nama-nama Allah dan sifat-Nya.
Sesunguhnya akidah Islam adalah akidah yang mudah difahami oleh semua lapisan
golongan manusia. Agama ini untuk semua manusia tapi malangnya ada yang faham
akidah bercampur aduk dengan faham falsafah Yunani dan sebagainya.
Usul iman boleh difahami melalui hadis Jibril yang mana baginda nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa iman itu ialah
beriman dengan Allah, Malaikat, Rasul, kitab, hari akhirat dan qada qadar.
Ianya mudah dan jelas. Belajarlah agama daripada imam yang kita sembahyang
dibelakangnya. Jangan terjebak dengan aliran salah seperti Naqsyabandi dan yang
sepertinya.
Allah menyuruh kita berfikir tentang nikmat Allah dan kejadiannya. Jangan
memikiri tentang zat Allah. Negara kamu Malaysia, Allah menjadikan
berbagai-bagai ciptaan yang amat cantik untuk dipandang. Lihatlah dan renunglah
ciptaan alam sekeliling kamu. Sungai-sungai, ladang sawah, pelbagai pokok dan
tumbuhan. Maha suci Allah. Dalam satu hadis kata nabi صلى
الله عليه وسلم “Hendaklah kamu berfikir tentang
kejadian Allah, jangan kamu fikir tentang zat Allah”.
Allah bagi nikmat yang amat banyak. Nikmat makan nikmat minum nikmat
pakaian nikmat tempat tinggal. “dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah
dapat kamu menghinggakannya”(Ibrahim:34).
“Katakanlah: "Berjalanlah di
muka bumi, Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang
mendustakan itu.(al-an’am:11)"
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,
Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia
ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan”?(al-ghasyiah:17 – 20)
“Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak
memperhatikan”?(az-zhariyaat:21)
Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu bahawa
Syaitan akan mendatangi kalian dan membisikkan pertanyaan “siapa
yang menciptakan ini, siapa yang menciptakan itu?' Hingga akhirnya dia
bertanya, 'Siapa yang menciptakan tuhanmu?' Jika sampai kepadanya hal tersebut,
maka hendaknya dia berlindung kepada Allah dan berhenti (tidak
meneruskan)."
Iman
kita kepada Allah sebagaimana yang Allah bagitahu tentang dirinya.
...
tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar
dan Melihat.(as-syuura:11)
“Dialah
yang Awal dan yang akhir yang Zahir dan yang Batin; dan dia Maha mengetahui
segala sesuatu. “(al-hadid:3)
yang
dimaksud dengan: yang Awal ialah, yang telah ada sebelum segala sesuatu ada,
yang Akhir ialah yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah, yang Zahir
ialah, yang nyata adanya Kerana banyak bukti- buktinya dan yang Batin ialah
yang tak dapat digambarkan hikmat zat-Nya oleh akal.
Perkara
kedua ialah bagaimana kita menguruskan diri kita? Kita manusia terbahagi kepada
dua unsur, rohani dan jasmani. Adapun jasmani iaitu jasad kita maka ianya perlu
dijaga. Tubuh badan kita perlu kepada kebersihan, makanan seimbang, perlu
kepada rehat dan riadah. Dalam satu riwayat ada menyebut bahawa nabi
berlari-lari bersama isterinya. Allah suruh kita makan.
“Dan
makanlah dan miunumlah, jangan kamu melampau..”(al-a’raf:31)
Sebagaimana
kita menjaga jasad kita maka kita juga perlu menjaga rohani kita. Rohani perlu
kepada tarbiyah. Perlu kepada bekalan. Bekalan itu ialah taqwa.
“Dan
berbekallah, sesunguhnya sebaik bekalan ialah taqwa..”(al-baqarah:197)
Perlu ada keseimbangan antara dua unsur ini. Mencuaikan salah satu
daripadanya akan menyebabkan binasa. Lihat di negara-negara Eropah yamg
dikatakan hidup maju dan berjaya. Oleh kerana aspek rohani tiada maka kita
lihat ramai mereka hidup porak peranda. Nisbah orang yang bunuh diri amat
tingi. Mereka hanyut dengan dadah, arak, tenggelam dalam hidup mewah yang pada
hakikatnya payah.
Yang seterusnya ialah Allah ajar kita bagaimana bergaul dengan orang
lain. Orang lain bermaksud orang selain daripada kita samada perseorangan atawa
jamaah kumpulan. Orang perseorangan seperti ibu, bapa, suami, isteri, saudara lelaki,
saudara perempuan. Adapun jamaah kumpulan contohnya ialah jiran. Dalam ayat
quran banyak menyebut tentang bagaimana kita bergaul dengan mereka ini.
Dalam menjalani kehidupan seharian kita maka kita kena kembali kepada
sumber asal iaitu quran dan hadis. Contoh bagaimana Allah memerintah supaya
kita buat baik kepada ibu bapa. Dalam quran Allah berfirman:
“..maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan “ha”, dan janganlah engkau mengherdik
mereka..”(al-isra’:23)
Malah jika ibu bapa kita non muslim sekalipun – wal’iyazabilah, kita
perlu bergaul dengan mereka dengan kebaikan.
“..dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang
baik..”(Luqman:15)
Begitu juga hubungan dalam jamaah. Hubungan dalam kampung, dalam bandar,
negeri dan negara.
“..dan hendaklah kamu bertolong tolongan untuk membuat kebajikan dan
taqwa, dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan..” (al-maidah:2)
“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan
disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”(al-insan:8)
Lihat, indahlah ajaran Islam yang sempurna ini. Kepada orang tawanan pun
Allah suruh buat baik padahal mereka musuh kita. Kenapa?
“Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata,
kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima
kasih”(al-insan:9)
Dalam soal hidup berjiran juga ada panduannya. Apa itu jiran? Jiran
ialah orang yang tinggal sekitar kita dari segenap arah, 40 buah rumah di kiri
kita, 40 di kanan , 40 di hadapan, 40 di belakang, 40 di atas dan 40 di bawah.
Semua rumah sekitar 40 buah di segenap arah itu adalah jiran kita.
Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu bahawa
Malaikat sentiasa berwasiat agar berbuat baik kepada jiran sehingga baginda
rasa bahawa jiran akan mewarisi harta pusaka. Malangnya sekarang ada kumpulan yang menghalalkan pertumpahan darah
tanpa hak. Mereka merosakkan kampung-kampung, bandar-bandar sebagaimana yang
berlaku di Suria, di Iraq. Pencorobohan berlaku. Ini adalah kerana mereka berpaling
daripada pengahayatan hidup beragama
dalam kehidupan.
Agama juga mengajar kita spaya mejaga alam sekitar. Allah jadikan
langit bumi dan segala isinya untuk manusia. Sungai, bukit bukau ladang kebun.
Semuanya untuk manusia. Kita wajib memelihara dan memulihara alam sekitar. Jangan
buang sampah merata-rata. Jangan cemarkan sungai kita. Orang yang tak jaga alam
sekitar ini mereka sebenarnya keluar daripada manhaj Allah.
Akhir sekali saya nak sebut. Malam pun dah lewat. Saya tak mahu panjangkan
kalam ini. Perkara akhir; berkenaan dengan sesuatu yang kita reka cipta. Banyak
rekaan moden yang kita cipta. Ada kereta ada alat-alat komunikasi ada internet
dan lain-lain. Allah tak halang kita mereka ciptaan.
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka(musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu..”(al-anfal:60).
Alat-alat rekaan kita sepatutnya digunakan untuk manfaat dalam kehidupan
kita di dunia dan akhirat bukannya untuk
mudharat. Justeru kita kena pandai guna alat-alat itu. Janganlah dengan alat-alat
itu menyebabakan kita lupa dan lalai daripada ingat Allah. Jangan lalai dengan
internet.
Jika kita amalkan ajaran Islam yang sempurna dalam kehidupan kita maka kita
akan dapat dua nikmat hidup, di dunia dan di akhirat. ولمن
خاف مقام ربه جنتان.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وسلم تسليما، والسلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
2 comments:
SubhanAllah..
SubhanAllah..
Post a Comment