Dalam satu hadis riwayat Muslim Nabi -صلى الله عليه وسلم- suruh kita baca al-Quran kerana
sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat menjadi syafaat kepada pembacanya.
Dalam banyak surah dalam al-Quran ada satu surah, Surah al-Kahfi. Letaknya ikut
mushaf dalam juz 15 lepas surah al-Isra’.
Jangan tinggal baca surah ni pada hari Jumaat samada
pagi dia ke malam dia ke yang penting Jumaat. Jangan ingat benda lain pula bila
sebut malam Jumaat. Puak kita ni kalau sebut malam Jumaat sengih selalu. Nak
berderak pun tak mau kalau malam Jumaat.
Cuba untuk tidak tinggal baca surah al-Kafi
apabila bertemu dengan Jumaat. Kita biasanya baca surah Yasin. Surah Yasin ni
adalah salah satu daripada surah dalam al-Quran juga. Bacanya dapat pahala
berganda dan temasuk juga hadis nabi kata bacalah al-quran.
Cumanya anjuran malam Jumaat ni surah al-kahfi.
Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu:
مَنْ
قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا
بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan
disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
Jadinya marilah kita pakat baca surah al-khfi ini mudah-mudahan kita peroleh
fadhilat besar daripada Allah. Bagusnya kita baca ni dengan tadabbur, faham dan
amal. Al- Quran ini panduan hidup kita yang hidup. Masa hidup inilah nak baca
quran, faham quran dan amal ajaran quran. Bila dah mati tak da apa dah.
Satu lagi berkenaan fadhilat surah ini, terhindar daripad fitnah Dajjal.
عَنْ
أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ
: « مَنْ
حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ »
وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ
Daripada
Abi Darda’ radhiyallahu anhu, bahwa Nabi -صلى الله عليه
وسلم- bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari
surat Al-Kahfi, maka dia akan terlindungi daripada (fitnah) Dajjal. Dan di
dalam riwayat lain disebutkan: “(sepuluh ayat terakhir) dari surat Al-Kahfi.” Hadis lain berkenaan fadhilat surah al-Kahfi ni banyak lagi. Cukup setakat tu dulu.
والله أعلم
0 comments:
Post a Comment