"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, August 25, 2016

Al-Baqarah Ayat 141



تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya tentang apa yang telah mereka kerjakan.(al-baqarah:141)

Allah swt tidak akan bertanya kita atas apa yang telah dilakukan oleh umat sebelum kita. Kita tidak perlu mempertikaikan apa yang berlaku pada masu lalu. Apa yang penting bagi kita ialah beriman dan beramal soleh.  Apa-apa yang berlaku khilaf dalam kalangan sahabat seperti apa yang berlaku antara Muawiyah dan Ali, Ali dan Aisyah maka dalam hal ini kita tak perlu berhujah siapa yang benar siapa yang salah . Mereka semuanya sahabat yang telah mendapat keredaan Allah.

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar (at-taubat:100).

Ayat 141 al-baqarah ini juga menjadi dalil bahawa pada hari akhirat akan berlaku soal jawab. Ada beberapa soalan yang akan ditanya oleh Malaikat kepada kita dan soalan itu sudah bocor semenjak sekian lama. Pesoalannya ialah mampukah kita menjawab segala soalan yang akan diajukan kepada kita? Daripada kita sibuk mempersoalkan sejarah silam tentang siapa benar siapa salah maka lebih baik kita bersiap diri untuk persoalan yang akan ditujukan kepada kita .
قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَنْ تَزُوْلَ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ اَرْبَعِ خِصَالٍ: عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا اَنْفَقَهُ، وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيْهِ
  
Sekali-kali tidak akan berganjak kedua-dua telapak kaki seorang hamba (manusia) pada Hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang masa mudanya ke mana dipergunakannnya, tentang hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dibelanjakannya, tentang ilmunya apakah yang diamalkannya.




0 comments:

Post a Comment