"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, November 25, 2016

Baca Surah al-Kahfi




Dalam satu hadis riwayat Muslim Nabi -صلى الله عليه وسلم- suruh kita baca al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat menjadi syafaat kepada pembacanya. Dalam banyak surah dalam al-Quran ada satu surah, Surah al-Kahfi. Letaknya ikut mushaf dalam juz 15 lepas surah al-Isra’. 

Jangan tinggal baca surah ni pada hari Jumaat samada pagi dia ke malam dia ke yang penting Jumaat. Jangan ingat benda lain pula bila sebut malam Jumaat. Puak kita ni kalau sebut malam Jumaat sengih selalu. Nak berderak pun tak mau kalau malam Jumaat. 

Cuba untuk tidak tinggal baca surah al-Kafi apabila bertemu dengan Jumaat. Kita biasanya baca surah Yasin. Surah Yasin ni adalah salah satu daripada surah dalam al-Quran juga. Bacanya dapat pahala berganda dan temasuk juga hadis nabi kata bacalah al-quran.
Cumanya anjuran malam Jumaat ni surah al-kahfi. Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم  bagitahu:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”

Jadinya marilah kita pakat baca surah al-khfi ini mudah-mudahan kita peroleh fadhilat besar daripada Allah. Bagusnya kita baca ni dengan tadabbur, faham dan amal. Al- Quran ini panduan hidup kita yang hidup. Masa hidup inilah nak baca quran, faham quran dan amal ajaran quran. Bila dah mati tak da apa dah.

Satu lagi berkenaan fadhilat surah ini, terhindar daripad fitnah Dajjal.

عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ
Daripada Abi Darda’ radhiyallahu anhu, bahwa Nabi -صلى الله عليه وسلم- bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka dia akan terlindungi daripada (fitnah) Dajjal. Dan di dalam riwayat lain disebutkan: “(sepuluh ayat terakhir) dari surat Al-Kahfi.”
Hadis lain berkenaan fadhilat surah al-Kahfi ni banyak lagi. Cukup setakat tu dulu.
والله أعلم





Thursday, August 25, 2016

Al-Baqarah Ayat 141



تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya tentang apa yang telah mereka kerjakan.(al-baqarah:141)

Allah swt tidak akan bertanya kita atas apa yang telah dilakukan oleh umat sebelum kita. Kita tidak perlu mempertikaikan apa yang berlaku pada masu lalu. Apa yang penting bagi kita ialah beriman dan beramal soleh.  Apa-apa yang berlaku khilaf dalam kalangan sahabat seperti apa yang berlaku antara Muawiyah dan Ali, Ali dan Aisyah maka dalam hal ini kita tak perlu berhujah siapa yang benar siapa yang salah . Mereka semuanya sahabat yang telah mendapat keredaan Allah.

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar (at-taubat:100).

Ayat 141 al-baqarah ini juga menjadi dalil bahawa pada hari akhirat akan berlaku soal jawab. Ada beberapa soalan yang akan ditanya oleh Malaikat kepada kita dan soalan itu sudah bocor semenjak sekian lama. Pesoalannya ialah mampukah kita menjawab segala soalan yang akan diajukan kepada kita? Daripada kita sibuk mempersoalkan sejarah silam tentang siapa benar siapa salah maka lebih baik kita bersiap diri untuk persoalan yang akan ditujukan kepada kita .
قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَنْ تَزُوْلَ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ اَرْبَعِ خِصَالٍ: عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا اَنْفَقَهُ، وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيْهِ
  
Sekali-kali tidak akan berganjak kedua-dua telapak kaki seorang hamba (manusia) pada Hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya ke mana dihabiskannya, tentang masa mudanya ke mana dipergunakannnya, tentang hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dibelanjakannya, tentang ilmunya apakah yang diamalkannya.




Sunday, July 10, 2016

Idul Fitr 1437


من العائدين والفائزين

كل عام وأنتم بخير

تقبل الله منا ومنكم الطاعات

Thursday, June 16, 2016

Islam Sebagai Rahmat Seluruh Alam



Islam merupakan rahmat seluruh manusia sedunia. Ianya bukan milik golongan tertentu daripada bangsa Melayu, bukan juga milik orang Arab di Asia Barat. Nabi Muhammad saw sebagai pembawa risalah Islam daripada Allah swt.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.(al-anbiya’:107)

Dakwah nabi menjangkau sempadan kaum dan benua, meliputi jin dan manusia bahkan segala penduduk dunia dan seisinya mendapat rahmat daripada risalah Islam ini. Dulu sebelum kebangkitan nabi, umat manusia di Jazirah Arab hidup dengan kedaan yang amat jelek. Kejelekan ini di suarakan oleh Jaafar bi Abi Talib kepada an Najasyi, Raja Habsyah.

أَيُّهَا الْمَلِكُ ، كُنَّا قَوْمًا أَهْلَ جَاهِلِيَّةٍ ، نَعْبُدُ الأَصْنَامَ ، وَنَأْكُلُ الْمَيْتَةَ ، وَنَأْتِي الْفَوَاحِشَ ، وَنَقْطَعُ الأَرْحَامَ ، وَنُسِيءُ الْجِوَارَ ، وَيَأْكُلُ الْقَوِيُّ مِنَّا الضَّعِيفَ  وَكُنَّا عَلَى ذَلِكَ حَتَّى بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْنَا رَسُولا مِنَّا ، نَعْرِفُ نَسَبَهُ وَصِدْقَهُ وَأَمَانَتَهُ وَعَفَافَهُ ، فَدَعَانَا إِلَى اللَّهِ تَعَالَى لِنُوَحِّدَهُ وَنَعْبُدَهُ ، وَنَخْلَعَ مَا كُنَّا نَعْبُدُ نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِنْ دُونِهِ مِنَ الْحِجَارَةِ وَالأَوْثَانِ ، وَأَمَرَنَا بِصِدْقِ الْحَدِيثِ ، وَأَدَاءِ الأَمَانَةِ ، وَصِلَةِ الرَّحِمِ ، وَحُسْنِ الْجِوَارِ ، وَالْكَفِّ عَنِ الْمَحَارِمِ وَالدِّمَاءِ ، وَنَهَانَا عَنِ الْفُحْشِ ، وَقَوْلِ الزُّورِ ، وَأَكْلِ مَالِ الْيَتِيمِ ، وَقَذْفِ الْمُحْصَنَةِ ، وَأَمَرَنَا أَنَّ نَعْبُدَ اللَّهَ وَحْدَهُ وَلا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا ، وَأَمَرَنَا بِالصَّلاةِ وَالزَّكَاةِ وَالصِّيَامِ ،

Wahai Raja! Kami dahulunya adalah kaum jahiliah; kami menyembah berhala, memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), mendatangi perkara-perkara yang keji, memutuskan hubungan kekeluargaan, menyakiti hati jiran. Mereka yang kuat di kalangan kami menindas orang yang lemah. Begitulah keadaan kami, sehinggalah Allah menghantarkan kepada kami seorang rasul. Kami kenal akan keturunannya, kami kenal akan benar cakapnya, kami kenal akan amanahnya, kami kenal dia seorang yang memelihara diri dari keburukan. Lalu dia menyeru kami kepada Allah agar kami mentauhidkan-Nya dan menyembah-Nya; dia juga meminta agar kami tanggalkan apa yang kami dan keturunan kami sembah selain Allah yang terdiri daripada batu-batu dan berhala-berhala. Dia perintahkan kami supaya bercakap benar, tunaikan amanah dan hubungkan silaturahim. Dia melarang kami dari membuat perbuatan keji, perkataan dusta, memakan harta anak yatim, menuduh zina wanita-wanita baik. Dia menyuruh kami agar hanya menyembah Allah yang esa, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, dia menyuruh kami agar bersolat, berzakat dan berpuasa.
Dengan menyahut dakwah nabi, masyarakat Arab berubah menjadi harmoni dan dihormati seterusnya Islam berkembamg ke serata alam. Islam merupakan agama seluruh manusia sedunia.
Islam mengakui dan mengangkat suku bangsa apapun di dunia, seraya tidak merendahkan satu di bawah yang lainnya. Islam sebagai rahmat bagi sarwa sekalian alam. Islam memiliki al-Quran sebagai panduan umum yang autentik sepanjang zaman.

Jadinya sempena Ramadan yang meupakan bulan turunnya al-Quran ini mari sama-sama kita mengaji al-Quran supaya rahmat itu dapat dikecapi secara utuh dan menyeluruh.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.(al-isra’:82)

Wednesday, June 15, 2016

Waspada Terhadap Perancangan Musuh


 
Islam adalah agama yang diredai oleh Allah. Barangsiapa yang cari agama selain Islam maka dia tak akan diterima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam kalangan orang rugi.

Sejarah dari dulu kini selamanya memperlihatkan kita bahwa Islam sentiasa dicemburui oleh musuhnya. Mereka yang membenci Islam akan bersaha untuk memadamkan cahaya Islam ini daripada terus menyinari alam buana.

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya".(as-saff:8)

Dalam surah al-baqarah ayat 120 Allah bagitahu bahawa dua pihak tak akan reda kepada kita sehinggalah kita ikut gaya kehidupan agama mereka. Mereka ialah orang Yahudi dan Nasara.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Gerakan memburukkan Islam ini cenderung kepada yang syubuhat, memutar belitkan fakta dan membuat fitnah terhadap umat Islam. Yang ini kita fahamlah sebab mereka bukan Islam tapi malangnya ada juga dalam kalangan Islam yang terlibat juga dengan perkara ini.

Sepatutnya kita umat Islam sama-sama memartabatkan  Islam di persada dunia bukannya lawan tak setuju dengan Islam dan orang yang nak mendaulatkannya. Kita mesti sama-sama mempertahankan agam Islam daripada diceroboh kesuciannya.

Terdapat banyak kesan gerakan memburukkan Islam ini kita dapat lihat umat ragu terhadap Islam, umat meninggalkan Islam,umat berpecah dan menjadi lemah. Sekarana ni ada satu trend yang disebut sebagai Islamaphobia- fobia terhadap Islam. Bila sebut Islam maka terbayang sesuatu yang negatif.

Jesteru mengambil semagat ruh Ramadan ini mari sama-sama kita mempertahankan Islam daripada anasir buruk. Buktikan kepada dunia bahawa kita umat terbaik. Perbaiki ukhuwwah sesama kita. Sep kita jangan ppecoh! Dampingi ulama, kembali kepada quran dan sunnah. Sentiasa menunaikan amanah.




لاتَزالُ طائِفَةٌ مِنْ أمَّتي ظاهِريْنَ على الحقِّ لايخْذُلُهم مَنْ خذَلهُم حتى قِيامِ الساعةِ.
Akan tetap ada dari ummatku thoifah ( golongan ) yang tetap dalam kebenaran, tidak akan rasa terhina dengan hinaan orang terhadap mereka dari manapun hingga hari kiyamat.( HR.

الإسلامُ يعْلو ولا يُعْلى عليْه.
Islam itu tinggi, dan tidak ada yang mengunggulinya.