Masjid Jamek. Pernahkah anda dengar orang sebut Masjid Jamek? Di manakah Masjid Jamek terletak? Apa makna masjid Jamek? Kenapa namanya Masjid Jamek?
Di Malaysia Masjid Jamek diitlakkan kepada nama sesebuah Masjid. Selain nama Masjid Jamek ialah Masjid Syakirin, Masjid Ansar, Masjid at Taqwa dan lain-lain.
Jika anda menaiki train LRT dari hentian Putra ke KL Central anda akan dengar suara wanita menyebut "Stesen seterusya, Masjid Jamek".
Orang arab kadang-kadang panggil masjid dengan nama Jamek. Bolehlah kita katakan bahawa perkataan seerti bagi masjid ialah "jamek".
Masyarakat kita banyak menggunakan istilah yang membawa erti yang sama. Guna dua kalimah yang merujuk kepada yang sama. Contoh lain ialah malam lailatul qadr. Lailatul sebenarnya bermaksud malam.
Tak kiralah! Nak panggil masjid ke jamek ke Masjid Jamek atau sebagainya, yang penting ialah orang yang solat berjemaah di masjid dan memakmurkan masjid adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian. Firman Allah SWT:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآَتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
5 comments:
pendapat mu ni . buke perbahasan ilmiah.. mu sajo karut mu ni.. sembanng lebih mu ni..
pendapat mu ni . buke perbahasan ilmiah.. mu sajo karut mu ni.. sembanng lebih mu ni..
https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamek
Masjid jamek ialah makjid besar atau masjid utama bg sesuatu kawasan la
Lebih baik ikut dari etimologi akar perkataan tersebut. Jamek berasal dari perkataan arab جَامِع yang bermaksud "untuk berkumpul, perkumpulan" dan yang seumur dengannya, biasa digunakan untuk tujuan ibadah. جَامِع pula akar perkataan adalah dari perkataan جَمَعَ , sinonim dengan kata pinjam kita dari arab, jama'ah/jemaah, yang bermaksud kumpul, beramai-ramai, keramaian, dan yang sewaktu dengannya. Dari konteks, nama masjid jamek bermaksud Masjid Jemaah. Dan apa yang OP post tu ada kebenaran nya kerana apabila mereka (arab) hendak pergi ke masjid, mereka akan ke 'jamek' atau ikut sebutan betul dari rumi "jami'". Dari segi penggunaan pula, yang dari Wikipedia tu betul juga, kerana orang Malaysia kadangkala buat sesuatu dalam kata² tidak berfikir panjang, dan memberi makna dengan menggunakan perkataan yang salah.
Post a Comment