"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, June 24, 2011

Azan Subuh

Solat subuh adalah solat yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam yang mukallaf. Waktu solat subuh merupakan waktu yang amat berat bagi orang yang lemah iman untuk melakukannya. Hal ini demikian kerana untuk bangkit daripada tidur lena amat susah sekali.

Azan subuh menandakan masuknya waktu subuh. Waktu subuh akan berakhir apabila terbitnya fajar sidiq, iaitu apabila keluar warna kemerah-merahan di langit dan selepasnya matahari akan keluar. Hukum azan adalah sunat sebelum melakukan solat lima waktu.

Dalam azan subuh ada satu lafaz yang sunat diucapkan yang mana lafaz ini tidak disunatkan pada waktu selain subuh. Lafaznya ialah:

الصلاة خير من النوم

Ertinya: Solat itu lebih baik daripada tidur.

Menghadiri solat subuh berjamaah merupakan amalan yang amat besar ganjarannya. Orang yang menghadirinya bukan calang-calang orang. Di kalangan agamawan yang bergelar ustaz pun susah untuk menghadirkan diri solat subuh berjamaah walaupun mereka tahu tentang fadhilatnya.

Dalam Sahih Muslim tarcatat satu hadis nabi SAW yang berbunyi:

"من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل. ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله".

Maksudnya: Sesiapa yang solat Isya’ berjamaah maka seolah-olah ia solat separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjamaah maka solah-olah ia solat sepanjang malam.

Umar al Khattab RA lebih suka untuk solat subuh berjamaah daripada qiyamullail sepanjang malam tetapi tidak menghadiri solat subuh berjamaah.

Kata ulama jika kita mahu melihat sesebuah kampung itu hidup dengan amalan agama maka pergilah solat subuh di kampung berkenaan dan lihatlah berapa kerat ahli qaryahnya yang hadir berjamaah. Jika tidak sampai lima puluh peratus maka sesungguhnya kampung itu tidak ada suasana Islami.

Pahlawan Islam yang terkenal, Salahuddin Al Ayubi awal-awal lagi tidak akan memilih perajuritnya untuk betempur melawan musuh jika tidak qiyammullail, apatah lagi tidak solat subuh berjamaah.

Amat malang zaman sekarang apabila azan subuh berkumandang tapi manusia masih enak diulit mimpi. Ayuh kawan ayuh rakan! Bangunlah dan solatlah subuh di tempat azan diazankan. Janganlah kita jadi lebih bodoh daripada ayam jantan yang bertasbih memuji tuhan saat ketika kita masih lagi menikmati kencing syaitan!

7 comments:

shamain said...[Balas]

Memang betul payah sungguh bangun subuh ni, pernah saya ke satu masjid kampung, bukan di Keningau, masjidnya gelap saja, last2 saya azan sendiri dan solat sendiri, seorangpun tak ada yg hadir, pada hal disekelilingnya umat Islam belaka..

mohdrusli said...[Balas]

@shamain
Islam mula dengan dagang dan akan kembali dagang seperti mula

hambaALLAH said...[Balas]

salam
ustaz, sya nak minta penjelasan ustaz mengenai solat sunat nikah...
berdasarkan bahan bacaan saya, ada yang mengatakan hadis yang menyatakan solat sunat nikah ini adalah hadis lemah...mohon penjelasan dri pihak ustaz

mohdrusli said...[Balas]

@hambaALLAH
Tak ada solat sunat yang dinamakan solat sunat nikah.

Anonymous said...[Balas]

Lafaz tu kita jawab, "Sadaq ta, wa baror ta"....
apa makna dia ye ustaz?

Jazakallah

mohdrusli said...[Balas]

@Anonymous
Betul engkau, dan engkau dapat kebajikan

dark michiko said...[Balas]

as salam..
tumpang tanya..
solat sunat nikah tu pa pulak???

Post a Comment